.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, November 16, 2011

TAJUK 261: MENCARI GAP – JGN CEPAT MUAL (BHG 1)

Husss.... sapa yang mual tu bro?

U ada masalah ke dengan tajuk tu? Nantilah wa citer....

Tak derlah...

U buat apa skang?

Tengah cari tajuk nak buat research ler....  tak der tajuk camner nak buat research !

U buat research utk apa?

Nak kaji ler?

Kaji apa?

Kaji apa yang perlu....

Abis kalau nak kaji.... bukan cari tajuk....

Abis cari apa bro?

Nak isi borang PhD pun diaorang mintak tajuk... 

Org buat kajian sebab ada masalah... nak tambah pengetahuan dalam isu yang dikaji.... nak cuba dicari langkah2 memperbaiki atau menyelesaikannya...

Masalah tu adalah Research GAP....ada research gap baru ada kajian....dah ada research gap baru kecoh2 cari tajuk... tu pun working title dulu....

Tu macam ka bro?

Abis ko nak macamaner? 


Macam pasangan suami isteri..... sebagai analogy.....pastikan "gap diisi" dahulu dengan persenyawaan....dah berlaku persenyawaan barulah sibuk2 cari nama anak...kalau persenyawaan tak ada... “gap tak diisi”.... takyah sibuk2 ....

He he.... 


Juga.... mesti ghairah mencari dan ghairah membaca journal.....barulah cepat jumpa gap.... kalau 3 bulan baca 3 journal baik tok sah..... biar ghairah sampai baca 2,3 jurnal sejam.... Jgn hanya ghairah nak lakukan persenyawaan jer.... tapi lesu bila nak buka jurnal..... !!


Dahsyat analogi ko bro... nasib baik aku dah kawin...

Nak isi gap tu pun bukan senang bro.... ikut rezeki juga.... ada yang sekali dua baca terus jumpa gap..... sama seperti persenyawaan....kadang2 sekali jer dah jadi.... tapi ada yang tiap hari exercise pun....masih belum menampakkan hasil..... penat juga tau....!! Paling best ada yang buat santai2 jer pun jadi bro....

Alamak...... analogy u buat wa rasa tiba-tiba nak balik rumah cepatlah pulak....... 
Saya dapat dua-dua sekali
Siap thesis dan dapat baby 

Wa tanya lu....
Nak buat introduction..... mestilah berdasarkan persekitaran gap kajian

Nak tulis research statement.... itulah pernyataan tentang gap.... bukan tentang tajuk !!

Nak buat objektif mestilah utk mengisi gap

Nak buat research questions... mestilah mengambilkira instrument mendapatkan data yang akan menjawap persoalan yang bakal mengisi gap

Nak buat LR, mestilah yang menyokong kupasan teori dan perbincangan isu yang memperkukuhkan keperluan kajian anda untuk mengisi gap

PENDEK KATA.... RESEARCH IS ABOUT FILLING THE GAP NOT ABOUT LOOKING FOR THE TITLE !!

Abis macamana saya tak pernah dengar dan tahu pun benda ni ? Tak pernah diajar cari research gap pun ? Wa ditanya “Apa tajuk kajian u nak buat pHD ni?”

Abis u buat aper?

Cari tajuk ler ni..... dah dapat tajuk then baru nak cari pernyataan masalah dari tajuk tersebut.... tu yang saya tak jumpa2 sampai sekarang.... pening saya membaca journal tu jorunal ni....tak banyak yang saya jumpa relevan dengan tajuk saya. Kalau ada yang relevan sikit2.... tak jumpa ler pulak research gapnya....

Nak habaq mai..... patutnya U cari dulu research gap... sebab itulah tujuan kajian



Macam tak caya lah bro....

Katakan U nak tulis research question (RQ)
U MESTI tahu BEFOREHAND gap in the literature review....then method kajian utk dapatkan data dengan scale dan analisis yang sesuai yang dapat memberikan findings bagi menjawab RQ u tersebut... dan SEKALIGUS MENGISI RESEARCH GAP tu !!


Then nak tulis bentuk2 RQ samada berbentuk:
1. Descriptive (Apakah kekerapan......)
2. Relationship (Adakah terdapat hubungan...
3. Causal (Sejauh manakah keberkesanan....)

4. Indepth (Bagaimanakah fenomena....)


Semua di atas memerlukan anda mengetahui gap kajian anda... dan sesuaikan dengan bentuk2 RQ yang anda ingin tulis menepati keperluan dapatan  (kuantitatif ataupun kualitatif) yang sesuai dalam mengisi gap tersebut...

Hu hu patutlah saya fening dan mual memanjang..... tak nampak tujuan kehadapan.... resah dan gelisah jer..... rasa macam banyak yang tak settle dalam otak ni...sebab dah ada RQ tapi tak ada method dll.....

Tau tak per....

Kalau macam tu.... apa pulak RESEARCH GAP atau GAP in the LITERATURE tu bro....

Iskhhh..... banyak betullah persoalan u... kita sambunglah pada BHG 2...lagi panazzz...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...