.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 11, 2011

Tajuk 259: Critical Review dan keciputan ilmu anda !

The 'critical' review of LR….

Jam menujukkan pukul 1.05 am. Wife dah lama dibuai mimpi. Saya berada di Hotel Selesa PD, kerana menemani wife berbengkel di sini. Seharian dok melayan anak-anak…. Now masa untuk menulis.


If you think Im cute ... (perasan)
you should see my dad... below.... (lagi critical .. he he)

Saya gembira kerana tulisan saya  tentang critical review (dan discussion of findings) telah mendapat banyak respons. Saya ingin buat sikit rumusan dari perspektif pelajar siswazah berkaitan hal ini. Saya memang sekali sekala perlu berada diposisi anda dan cuba memberi penerangan semudah mungkin dari perspektif anda. 

Saya sejak dulu berpendapat, pelajar siswazah sebagai penyelidik berstatus pelajar, yang membuat kajian sebagai memenuhi pra-syarat mendapat ijazah…. belum “layak” berada dalam posisi mencari dan mengkritik  "kelemahan" kajian yang telah established yg diterbitkan dalam journal setelah artikel tesebut melalui proses review yang ketat.


Malah ramai yang tidak perasanpun, artikel yang cuba dikritik adalah artikel ditulis oleh pakar yg dah established dalam bidang kajian tersebut....yang dah tulis ratusan artikel......silap haribulan, author tersebut dilantik jadi examiner thesis anda..... tak ker naya!! Kes ini berlaku pada saya, apabila Prof Treagust (sifu chemistry education) dilantik oleh University of Adelaide sebagai pemeriksa thesis saya.... tetapi saya gunakan artikel2 beliau utk mantapkan LR saya, bukan sebaliknya..... 
Santai jalan-jalan di Port Dickson.... 

Habis, apa sebenarnya maksud critical review? Saya dah jalankan aktiviti ini dalam bengkel saya. Peserta bengkel saya telahpun mendapat penjelasan dan melakukan latihan. Biar saya jelaskan pada pembaca blog pula.

Maksud saya anda belum layak mengkritik kelemahan berdasarkan “pengetahuan” dan “pengalaman” anda sendiri (kerana anda masih lagi dianggap kecetekan dan keciputan pengetahuan anda dalam bidang yang baru anda ingin kaji). Anda sendiri tunggang langgang nak memahami teori yang berkaitan kajian anda, inikan pula nak kritik artikel yang mungkin ditulis oleh mereka yang telah menyumbang lebih dahulu kepada teori yang anda sedang kaji tapi anda masih blurrr lagi.......(baca tak faham2...). Namun selepas berjaya menyiapkan LR yang mantap, anda berubah menjadi seseorang yang lebih knowledgeable....



Ini logic saya. Anda masih perlu mengkritik dalam LR anda. Sama seperti idea "critical and creative thinking"....... anda bersikap critical dengan maksud membina sesuatu yang kreatif dan lebih baik dari yang sebelumnya, bukan menghentam begitu sahaja. Fokus anda kepada artikel anda, mengurangkan kelemahannya, berdasarkan artikel2 lepas yang anda baca... 


Oleh itu, maksud kritik atau critical review dari sudut pandangan saya adalah:

(i) tidak menulis seperti ringkasan kajian secara diskriptif sahaja… kerana anda tidak perlu kritis utk membuat demikian...

Contohnya:
According to Subra (2007)….. ....
Then as stated by Simon (2008)…. 
This is supported by Kurt (2009)......
At the same time Willian (2007) added that…..  
Additionally Lim (2007) suggested that......
Finally Maria and Smith (2011) mentioned that..... 
Therefore.....

(ii) menganalisis semua artikel2 yang relevan dan mensintesiskan semula bagi menyokong dan menguatkan “thesis statement” atau kepentingan kajian anda dijalankan sambil memasukkan suara dan pemikiran anda sendiri….ini yang penting !! Paling penting, mensintesis akan mengelakkan LR anda kelihatan seperti ringkasan2 kajian lepas yang tidak jelas perkaitannya antara satu sama lain, termasuk kaitannya dengan kajian anda sendiri. Mensintesis akan memberi ruang kepada suara dan pemikiran anda di “masuk”kan dalam LR. 


(iii) jika perlu, gunakan kritikan oleh pakar dalam artikel yang established (bukan anda yang kritik) terhadap sesuatu isu, atau kelemahan dalam artikel yang lain, bertujuan menyokong keperluan dan relevansinya kajian anda. Analisis artikel sifu2 dalam bidang kajian anda, dan sintesis artikel sifu2 ini secara kritis bagi memperkokohkan kajian anda. Jika dalam bidang pembelajaran multimedia, Mayer adalah salah seorang sifu semasa yang tersohor....

Contohnya:
(Kajian anda berkaitan dengan pembinaan koswer pendidikan Sains dengan aplikasi penyelesaian masalah....)

Unsur permainan dalam pembinaan koswer pendidikan seperti dalam pengajaran sains telah mula praktikkan bagi menjadikan aktiviti pembelajaran dengan koswer satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dapatan beberapa kajian lepas telah menunjukkan koswer dengan unsur permainan lebih berkesan berbanding dengan koswer yang hanya berasaskan kepada isi kandungan sepenuhnya (lihat Albert, 2009 & Brown, 2101). Walau bagaimanapun, kebanyakkan kajian yang telah dijalankan (contoh Albert, 2009; Crown, 2009 & Freddy, 2010) hanya memberikan fokus kepada aspek cabaran dan interaksi secara multimedia dalam pembinaan koswer pendidikan. Mayer (2006) telah menegaskan keperluan mengambilkira teori beban kognitif dalam persembahan multimedia pendidikan termasuklah koswer yang mempunyai unsur permainan. Tanpa mengambilkira teori beban kognitif, pembinaan koswer tidak akan menyumbang kepada kemahiran pemikiran tahap tinggi. Tambahan, penguasaan kemahiran berfikir tahap tinggi seperti kemahiran penyelesaian masalah adalah satu keperluan dalam kurikulum pengajaran Sains sekolah menengah (PPK, 2009).

Ada juga author yang dah established mengkritik kajian lain seperti  tidak mengambil kira statistical power dalam penentuan sampel saiz atau yang mengkritik kajian yang tidak menguji assumption ujian statistic (spt kenormalan data), maka anda menjadikan krtikan ini sebagai hujah menguatkan kajian anda kerana anda telah  mengambilkira kedua2 aspek tersebut. 


Contoh:
The parametric statistical tests mentioned in this study required assumptions for conducting a particular hypotheses-testing procedure. As stressed by Shavelson (2004), parametric tests measure an interval scale such as scores by individuals, must be tested for normality distribution in the population. Therefore, in this study, the assumption of normality was tested using the Shapiro-Wilk test. 
OT
Hotel Selesa
1.37 am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...