1. Samada kita ajar sains ataupun tidak, anak-anak secara fitrah (spt orang dewasa) mempunyai rasa ingin tahu dan sering membuat pemerhatian kepada persekitaran dan cuba belajar sesuatu darinya. Ini dikatakan intrinsic motivation. Intrinsic motivation inilah yang perlu dikekalkan utk anak-anak terus menanamkan sifat ingin tahu.
2. Memperkenalkan subjek sains secara ‘smart’ kepada anak-anak akan membawa sikap yang positif kerana ia selari dgn intrinsic motivation anak-anak tersebut.
3. Pendedahan awal adalah langkah yang signifikan utk menyuburkan pemahaman dan pemikiran ‘saintifik’ anak-anak yang perlu dijalankan secara berhati-hati, jika tidak, ia akan membawa kesan negatif.
4. Pemilihan kandungan dan bahasa sgt mempengaruhi keinginan anak-anak mempelajari sains dan memahami konsep asas. Anak-anak tidak boleh memahami konsep sains dengan istilah yang mereka tidak faham utk memahamkan konsep tersebut.
5. Anak-anak di awalan persekolah perlu ‘doing science’ bukan ‘reading science’. ‘Doing science’ sama spt yang disarankan oleh Vygotsky apabila menyatakan bahawa anak-anak belajar ketika bermain, maka mereka juga akan belajar bila ‘doing science’.
6. Dari ‘doing science’ anak-anak mula ‘talk science’ dan secara tidak lansung ‘thinking scientifically’. Memaksa mereka berfikir secara saintifik melalui jargon spt hipotesis, inferens, perhubungan ruang dan masa, pemboleh ubah dimanipulasi etc di awal pengenalan sains hanya akan menjadikan sains lebih sukar, membunuh curiousty dan mematikan intrinsic motivation anak-anak.
7. Maka silibus serta bahan mengajar termasuk buku teks tidak boleh dihasilkan sebarangan utk anak-anak. Semua pihak termasuk guru sains sekolah rendah perlu sensitif kepada PnP sains, dan memahami bagaimana anak-anak mendekati sains. Sains adalah subjek menarik, 'learning by doing' dan Sains adalah kehidupan. Maka sains sepatutnya menjadi subjek yang diminati bukan subjek yang dibenci !
No comments:
Post a Comment