Apakah Tujuan Membuat Kajian ? #2
Sila baca status #1 dulu.
Bagaimana kriteria nak pilih persoalan yang sesuai utk kajian, sebab ada banyak persoalan yang muncul dalam minda?
Ini saranan yang sering disebut kepada PG di obersi... supaya memikirkan soalan yang..
- Anda minat kerana ia memberi kepentingan kepada anda dan kekuatan utk meneruskannya
- Skop kajian yang sesuai dgn jangkamasa pengajian.
- Bidang yang anda ada pengetahuan tentangnya, termasuklah multidisiplinary
Katalah, sebagai guru sains, anda nak buat kajian tentang computational thinking, CT in Sains..
Langkah 1: Perhalusi
- pembinaan modul ?
- keberkesanan CT dalam sains ?
- kesan CT kepada kemahiran menyelesai masalah ?
- hubungan CT dgn engagement?
Langkah 2: Pilih
- Anda memilih untuk mengkaji kesan CT terhadap kemahiran penyelesaian masalah.. maka
RQ1: Apakah kesan menyepaduan CT dalam pengajaran sains terhadap pencapaian ?
Langkah 3: Bina objektif
- Kajian ini bertujuan menentukan kesan penyepaduan CT dalam PnP subjek sains Tingkatan 4 kepada skor ujian post murid.
Langkah 4: Semak
- Ada tak teori?
- Ada tak instrumen (soalan post test) yang dapat mengesan skor hasil intervensi CT
- Semak kewujudan IV (CT sebagai intervention) dan DV (skor post test) dalam RQ dan Objektif kajian (bagi kajian quantitative)
Bila dah ada persoalan yang perlukan jawapan, maka tugas awal adalah menyorot literatur dari sumber laporan, artikel, handbooks dll utk mendapatkan..
- theoretical background kepada persoalan (masalah)
- perkaitan elemen yang telah dikaji dengan yang akan dikaji
- ruang memberi sumbangan kepada scholar lain dalam bentuk pengetahuan
- kepastian kajian yang bakal dilakukan 'researchable'
Jadi kajian bukan bertujuan mencari kajian lain yang 'belum dibuat lagi' ataupun apa yang disebut kelompongan.
OT
No comments:
Post a Comment