.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1762 - Boleh tak buat research kalau tiada teori ?

1. Macam ni lah… anda nak buat research. Sebelum buat research anda nak tahu apa yang dah dibuat dalam kajian lepas utk rasionalkan apa yang perlu dibuat lagi dalam kajian.

2. Apa lagi….. anda pun mulalah membuat literature search utk membuat LR – maka jangan lah tak tahu bahawa membuat LR dari previous studies ini adalah sebenarnya anda sedang membaca “THEORY” kepada kajian yang nak buat !!

3. Bukan kah teori tu macam ada nama – Maslow’s Need Theory atau Mayer Multimedia Learning Theory dan lain-lain ….termasuk yang tak ada nama seperti SixSigma theory?

Aku nak tanya - Dari mana datangnya semua teori tersebut?

4. Datang dari kajian2 lepas yang dibuat oleh penyelidik lepas spt Maslow, Mayer dan penyelidik2 lainlah !

5. Hah…. sebab itulah theory adalah rumusan2 kajian lepas yang di review dalam LR untuk menyokong keperluan kajian yang nak dibuat… jadi tak semestinya theory tu ada nama seperti 'conceptual change theory' yang merujuk kepada kajian2 lepas yang berkaitan dengan fenomena conceptual change tersebut…..

6. Apa yang anda buat masa menyediakan LR ?
A. Mendefinisikan semua terms / variables / keywords seperti yang digunakan dalam kajian lepas.
B. Mengenalpasti dan membuat critical review kajian lepas terutama yang melibatkan variable maka inilah teory supaya boleh buat kajian dari perspektif baru berdasarkan variable yang maybe baru atau variable sedia ada dalam kajian lepas tapi dijalankan dalam setting yang baru !

7. Secara ringkas LR diperlukan bagi menjelaskan pengendalian kajian2 lepas dalam topik yang sama sebagai teori kajian yang akan dilakukan…. Cuma ada topik kajian yang jelas dijalankan berdasarkan “sesuatu theory yang specific” tetapi ada juga kajian yang dijalankan berdasarkan “apa yang telah dijalankan oleh kajian lepas” tanpa “sesuatu theory yang specific” !

8. Jika terdapat theory yang jelas dgn variable2 tertentu…. anda boleh bina theoretical framework…. Tetapi jika tiada…. Kau boleh gabungkan variable2 dalam kajian lepas utk hasilkan conceptual framewok khusus untuk kajian sendiri... dan fokus kajian jangan terkeluar dari kerangka ini.

9. Walau bagaimanapun…. kebanyakkan kajian akan ada theoretical framework dalam LR dari kajian2 lepas dan dari sini boleh bina conceptual framework kajian sendiri di bahagian methodology.

10. Bagaimanapun… terdapat kajian yang secara relativenya “baru” yang tiada “theory yang specific” maka anda buat critical review di bahagian LR tanpa ada theoretical framework….. tetapi ada conceptual framework kajian tersebut.

11. Ingat… theory adalah sesuatu yang dah “established” manakala concept adalah idea yang kau nak uji. Jika idea ini consistent dengan dapatan kajian setelah diuji… dan diulangi oleh kajian lain, ia akan menjadi theory...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...