Lately aku selalu dengar tajuk PG tak diterima kerana 'luar / bukan bidang'. Tak mudah nk bagi pendapat dlm hal ini melainkn perlu merujuk amalan uni. ternama / established yg lain..
1. Istilah 'luar bidang' ini boleh difahami jika PG berada di Jabatan Sejarah, maka PG tidak boleh buat kajian tentang Teknologi. Begitu juga PG yang berada di bawah fakulti sosial sains tidak sesuai membuat kajian experimen melibatkan tikus di makmal, begitu juga sebaliknya.
2. Namun, ada tajuk yang melibatkan beberapa disiplin yang saling berkaitan katalah A, B dan C. Ini bermakna A boleh berada dalam bidang B atau C dan sebaliknya bergantung kepada weightage.
3. Tentulah tidak tepat jika terus menolak tajuk hanya kerana wujudnya perkataan dari 'bukan bidang' sedang kajian keseluruhan mempunyai weightage kepada bidang kajian.
4. Zaman dah berubah. Sempadan 'bidang' telah menjadi kabur. Maka tajuk kajian yang 'baru' perlu menjadi keutamaan dgn multidisiplin supaya wujud novelty (bukan terus menggali kelompongan dalam lompong yang sama). Ini spt bermakna, PG mampu menguasai dua bidang sekaligus !
5. Kajian mungkin sahaja tidak lagi menggunakan hanya SATU teori dalam bidang kajian seperti zaman doulu-doulu, sebaliknya wujud beberapa teori yang dikombinasikan bersama secara smart utk menjawab RQ dan mencapai objektif kajian.
Contoh:
6. Jika bidang Augmented Reality / Visual Reality, tentubya berada dalam bidang compter science. Namun, aplikasinya juga berada dalam pendidikan, marketing etc. Dalam kes ini, membuat kajian melibatkan AR / VR dengan social science atau sebaliknya tentulah tidak terkeluar bidang asalkan weightage nya diambilkira.
- Jika AR / VR dibina dgn pengetahuan spt vision skills, 3D modelling, programming, C++ maka weightage nya adalah dalam CS tetapi boleh diaplikasikan dalam sosial science
- Jika AR / VR yang tersedia diaplikasikan dalam education dgn mengkaji aspek science social maka ia mempunyai weightage dalam social science.
7. Berikut adalah tajuk tesis PhD yang boleh berada dalam beberapa bidang. Menolak tajuk spt berikut atas alasan 'luar bidang' tentunya satu langkah kebelakang.. apatah lagi yang menyatakan ia 'luar bidang' hanya tahu satu bidang sahaja.
a. AUGMENTED REALITY READING SUPPORT IN HIGHER EDUCATION: EXPLORING EFFECTS ON PERCEIVED MOTIVATION AND CONFIDENCE IN COMPREHENSION FOR STRUGGLING READERS IN HIGHER EDUCATION (2017).
- Iowa State University
Subjects: Augmented Reality; Motivation; Scaffolding; Adult and Continuing Education Administration; Instructional Media Design
b. CHARACTERIZING THE AUGMENTED AND VIRTUAL REALITY INDUSTRY (2017).
- MIT
Subjects: Engineering and Management Program; Integrated Design and Management Program.; System Design and Management Program.
c. ENLIGHT : A PROJECTED AUGMENTED REALITY APPROACH TO SCIENCE EDUCATION (2014)
- MIT
Subjects/Keywords: Computer Science; Science Education.
d. AUGMENTED REALITY FOR EDUCATIVE AND COLLABORATIVE ENVIRONMENTS (2014).
- National University of Colombia
Subjects: Computer science, Education
OT
No comments:
Post a Comment