.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1748 - 10 perkara utk difahami dan 'addessing the gap' ..

Apakah Tujuan Membuat Kajian ? #3

Bila anda membaca status #1 dan #2 sebelum ini,

1. kajian bermula dgn satu persoalan yang ingin diketahui jawapannya oleh penyelidik
2. ini didefinisikan sebagai 'masalah' kajian
3. masalah kajian ini diformulasikan menjadi RQ
4. dari RQ ini muncullah objektif kajian


Kemudian dilakukan LR (dari pelbagai sumber) utk

5. menjustifikasi apa yang 'sudah dikaji' bagi memposisikan kajian yang ingin dilakukan dari aspek IV, DV, teori dan methodologi (jika quantitative)


6. memastikan kajian yang bakal dilakukan bukan kajian pengulangan yang tidak ada novelty.


7. Jika kajian semasa yang di review (katalah selepas membuat review 30 sumber, beberapa tahun terkini) didapati persoalan kajian memang memerlukan jawapan yg novel, maka apa perlunya membaca sehingga 500 artikel ? Artikel hanya dibaca utk menyokong setiap pernyataan yang ditulis dan ini akan berlaku sepanjang 3 tahun pengajian - bukan SEBELUM menjalankan kajian.


8. Maka, mencari DAHULU apa yang belum atau tidak dikaji, bukan cara yang normal bagi seorang penyelidik semasa yang tahu perkembangan dalam bidangnya sendiri. Saranan 'cari dulu gap' adalah khilaf dan membuang masa dan tidak menambah apa2 kebaikan kepada penyelidik, malah menyusahkan penyelidik novis.


9. Penyelidik di luar negara akan mulakan kajian dgn satu persoalan yang mereka hadapi, yg jadi isu semasa, yang mereka minat, lalu membuat review bagi mengesahkan wujudnya keperluan utk kajian baru tersebut... barulah menggunakan perkataan 'In order to address the gap' bukan belumpun memulakan kajian, lalu mencari dahulu 'apa yang belum belum dikaji' ! Faham dok ni..


10. Maka bukan sesuatu yang wajibpun nak tulis 'to fill the gap' atau 'to address the gap' melebihi menyatakan dalam penulisan aspek novelty kajian yang dilakukan. Sebab itu, masalah (RQ dan objective), novelty dan kesimpulan adalah elemen WAJIB dalam penulisan terutama artikel, dan kebanyakkan artikel tidak pun menulis perkataan 'gap' sebagai 'kajian yang belum dibuat lagi' dalam penulisan mereka !


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...