.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1766 - Novelty VS Gap - Choose significance !

1. Bila PG menulis proposal.. seronok betul jika dapat tulis 'this issue has not yet entensively studied...' yang diharap akan mengisi 'kelompongan' ... dan sekaligus menjadi novelty kajian.

2. Aku tak tahu sejak bila kajian dilakukan
- utk cari yg kurang dikaji
- apa sandaran sesuatu itu kurang dikaji?
- knp tiada sapa yg kaji?
- adakah ia terlepas pandang hingga xde kajian?

3. Sesuatu yg 'kurang' dikaji tidak semestinya akn jadi satu kajian yg signifikan wpun didakwa mengisi 'kelompongan'. Sesuatu yg tidak signifikan sukar menjadi satu novelty.

4. Maka buatlah kajian yg tetap ada signifikan tak kiralah klu dah 'banyak' dibuat kerana tiada 2 kajian yg sama dari pelbagai aspek.

5. Sesuatu yg signifikan bila dikaji dgn dapatan baru yg terhasil adalah kajian yang novel.


OT

Tajuk 1765 - Kenapa anak-anak menjauhi sains.. #1

1. Samada kita ajar sains ataupun tidak, anak-anak secara fitrah (spt orang dewasa) mempunyai rasa ingin tahu dan sering membuat pemerhatian kepada persekitaran dan cuba belajar sesuatu darinya. Ini dikatakan intrinsic motivation. Intrinsic motivation inilah yang perlu dikekalkan utk anak-anak terus menanamkan sifat ingin tahu.

2. Memperkenalkan subjek sains secara ‘smart’ kepada anak-anak akan membawa sikap yang positif kerana ia selari dgn intrinsic motivation anak-anak tersebut.

3. Pendedahan awal adalah langkah yang signifikan utk menyuburkan pemahaman dan pemikiran ‘saintifik’ anak-anak yang perlu dijalankan secara berhati-hati, jika tidak, ia akan membawa kesan negatif.
4. Pemilihan kandungan dan bahasa sgt mempengaruhi keinginan anak-anak mempelajari sains dan memahami konsep asas. Anak-anak tidak boleh memahami konsep sains dengan istilah yang mereka tidak faham utk memahamkan konsep tersebut.

5. Anak-anak di awalan persekolah perlu ‘doing science’ bukan ‘reading science’. ‘Doing science’ sama spt yang disarankan oleh Vygotsky apabila menyatakan bahawa anak-anak belajar ketika bermain, maka mereka juga akan belajar bila ‘doing science’.

6. Dari ‘doing science’ anak-anak mula ‘talk science’ dan secara tidak lansung ‘thinking scientifically’. Memaksa mereka berfikir secara saintifik melalui jargon spt hipotesis, inferens, perhubungan ruang dan masa, pemboleh ubah dimanipulasi etc di awal pengenalan sains hanya akan menjadikan sains lebih sukar, membunuh curiousty dan mematikan intrinsic motivation anak-anak.

7. Maka silibus serta bahan mengajar termasuk buku teks tidak boleh dihasilkan sebarangan utk anak-anak. Semua pihak termasuk guru sains sekolah rendah perlu sensitif kepada PnP sains, dan memahami bagaimana anak-anak mendekati sains. Sains adalah subjek menarik, 'learning by doing' dan Sains adalah kehidupan. Maka sains sepatutnya menjadi subjek yang diminati bukan subjek yang dibenci !

Tajuk 1764 - Kenapa anak-anak menjauhi sains.. #2

1. Sains berkaitan dengan penyelesaian masalah. Pokok yang mati mempunyai pelbagai sebab - kekurangan air, kepanasan, tiada cahaya matahari atau serangan penyakit. Dalam mempelajari sains di sekolah rendah, masalah yang dikemukakn sering bersifat well-defined, dgn satu procedure yang jelas.

2. Bukan itu sahaja, skema jawatan juga telah disediakan. Tentu kita sering terdengar jawapan anak-anak salah kerana tidak mengikut skema. Ini bermakna, pemahaman yang lemah boleh ditampung dgn mengetahui cara menjawab mengikut skema.

3. Kita juga biasa dengar ‘kalau soalan begini, kena jawab begini dan begini’. Maka ramai yang masih boleh survived dalam subjek sains walaupun tidak memahami sains. Maka dgn cara yang sama, berjaya menjawab soalan ‘KBAT’ juga bukan jaminan pemahaman konsep. Pemahaman yang kurang pun masih boleh membawa kepada ‘jawapan yang betul’.

4. Memanglah anak-anak kena berfikir dan memberi alasan ketika menjawab soalan tertutup ataupun terbuka. Tetapi jika semuanya berasaskan rule-based reasoning (RBR) dgn semua masalah dan soalan berkait dgn satu prosidur menjawab yang skema, maka sukarlah dibina asas sains yang kukuh.

Kalau macam ni susahlah nak ajar sains sekolah rendah?

5. Bukan susah, tetapi tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Bila tak tahu, yang mudah jadi kompleks spt kompleks itu adalah sebahagian sains....

OT

Tajuk 1763 - Tajuk PG di tolak: Apa maksud 'Luar bidang' ?

Lately aku selalu dengar tajuk PG tak diterima kerana 'luar / bukan bidang'. Tak mudah nk bagi pendapat dlm hal ini melainkn perlu merujuk amalan uni. ternama / established yg lain..

1. Istilah 'luar bidang' ini boleh difahami jika PG berada di Jabatan Sejarah, maka PG tidak boleh buat kajian tentang Teknologi. Begitu juga PG yang berada di bawah fakulti sosial sains tidak sesuai membuat kajian experimen melibatkan tikus di makmal, begitu juga sebaliknya.

2. Namun, ada tajuk yang melibatkan beberapa disiplin yang saling berkaitan katalah A, B dan C. Ini bermakna A boleh berada dalam bidang B atau C dan sebaliknya bergantung kepada weightage.

3. Tentulah tidak tepat jika terus menolak tajuk hanya kerana wujudnya perkataan dari 'bukan bidang' sedang kajian keseluruhan mempunyai weightage kepada bidang kajian.

4. Zaman dah berubah. Sempadan 'bidang' telah menjadi kabur. Maka tajuk kajian yang 'baru' perlu menjadi keutamaan dgn multidisiplin supaya wujud novelty (bukan terus menggali kelompongan dalam lompong yang sama). Ini spt bermakna, PG mampu menguasai dua bidang sekaligus !

5. Kajian mungkin sahaja tidak lagi menggunakan hanya SATU teori dalam bidang kajian seperti zaman doulu-doulu, sebaliknya wujud beberapa teori yang dikombinasikan bersama secara smart utk menjawab RQ dan mencapai objektif kajian.

Contoh:

6. Jika bidang Augmented Reality / Visual Reality, tentubya berada dalam bidang compter science. Namun, aplikasinya juga berada dalam pendidikan, marketing etc. Dalam kes ini, membuat kajian melibatkan AR / VR dengan social science atau sebaliknya tentulah tidak terkeluar bidang asalkan weightage nya diambilkira.
- Jika AR / VR dibina dgn pengetahuan spt vision skills, 3D modelling, programming, C++ maka weightage nya adalah dalam CS tetapi boleh diaplikasikan dalam sosial science
- Jika AR / VR yang tersedia diaplikasikan dalam education dgn mengkaji aspek science social maka ia mempunyai weightage dalam social science.

7. Berikut adalah tajuk tesis PhD yang boleh berada dalam beberapa bidang. Menolak tajuk spt berikut atas alasan 'luar bidang' tentunya satu langkah kebelakang.. apatah lagi yang menyatakan ia 'luar bidang' hanya tahu satu bidang sahaja.

a. AUGMENTED REALITY READING SUPPORT IN HIGHER EDUCATION: EXPLORING EFFECTS ON PERCEIVED MOTIVATION AND CONFIDENCE IN COMPREHENSION FOR STRUGGLING READERS IN HIGHER EDUCATION (2017).
- Iowa State University
Subjects: Augmented Reality; Motivation; Scaffolding; Adult and Continuing Education Administration; Instructional Media Design

b. CHARACTERIZING THE AUGMENTED AND VIRTUAL REALITY INDUSTRY (2017).
- MIT
Subjects: Engineering and Management Program; Integrated Design and Management Program.; System Design and Management Program.

c. ENLIGHT : A PROJECTED AUGMENTED REALITY APPROACH TO SCIENCE EDUCATION (2014)
- MIT
Subjects/Keywords: Computer Science; Science Education.

d. AUGMENTED REALITY FOR EDUCATIVE AND COLLABORATIVE ENVIRONMENTS (2014).
- National University of Colombia
Subjects: Computer science, Education

OT

Tajuk 1762 - Boleh tak buat research kalau tiada teori ?

1. Macam ni lah… anda nak buat research. Sebelum buat research anda nak tahu apa yang dah dibuat dalam kajian lepas utk rasionalkan apa yang perlu dibuat lagi dalam kajian.

2. Apa lagi….. anda pun mulalah membuat literature search utk membuat LR – maka jangan lah tak tahu bahawa membuat LR dari previous studies ini adalah sebenarnya anda sedang membaca “THEORY” kepada kajian yang nak buat !!

3. Bukan kah teori tu macam ada nama – Maslow’s Need Theory atau Mayer Multimedia Learning Theory dan lain-lain ….termasuk yang tak ada nama seperti SixSigma theory?

Aku nak tanya - Dari mana datangnya semua teori tersebut?

4. Datang dari kajian2 lepas yang dibuat oleh penyelidik lepas spt Maslow, Mayer dan penyelidik2 lainlah !

5. Hah…. sebab itulah theory adalah rumusan2 kajian lepas yang di review dalam LR untuk menyokong keperluan kajian yang nak dibuat… jadi tak semestinya theory tu ada nama seperti 'conceptual change theory' yang merujuk kepada kajian2 lepas yang berkaitan dengan fenomena conceptual change tersebut…..

6. Apa yang anda buat masa menyediakan LR ?
A. Mendefinisikan semua terms / variables / keywords seperti yang digunakan dalam kajian lepas.
B. Mengenalpasti dan membuat critical review kajian lepas terutama yang melibatkan variable maka inilah teory supaya boleh buat kajian dari perspektif baru berdasarkan variable yang maybe baru atau variable sedia ada dalam kajian lepas tapi dijalankan dalam setting yang baru !

7. Secara ringkas LR diperlukan bagi menjelaskan pengendalian kajian2 lepas dalam topik yang sama sebagai teori kajian yang akan dilakukan…. Cuma ada topik kajian yang jelas dijalankan berdasarkan “sesuatu theory yang specific” tetapi ada juga kajian yang dijalankan berdasarkan “apa yang telah dijalankan oleh kajian lepas” tanpa “sesuatu theory yang specific” !

8. Jika terdapat theory yang jelas dgn variable2 tertentu…. anda boleh bina theoretical framework…. Tetapi jika tiada…. Kau boleh gabungkan variable2 dalam kajian lepas utk hasilkan conceptual framewok khusus untuk kajian sendiri... dan fokus kajian jangan terkeluar dari kerangka ini.

9. Walau bagaimanapun…. kebanyakkan kajian akan ada theoretical framework dalam LR dari kajian2 lepas dan dari sini boleh bina conceptual framework kajian sendiri di bahagian methodology.

10. Bagaimanapun… terdapat kajian yang secara relativenya “baru” yang tiada “theory yang specific” maka anda buat critical review di bahagian LR tanpa ada theoretical framework….. tetapi ada conceptual framework kajian tersebut.

11. Ingat… theory adalah sesuatu yang dah “established” manakala concept adalah idea yang kau nak uji. Jika idea ini consistent dengan dapatan kajian setelah diuji… dan diulangi oleh kajian lain, ia akan menjadi theory...

Tajuk 1760 - ADIDA Template

ADIDA Template utk education / social science..

Sambil santai tengahari ni.. aku ciptakan ADIDA template utk anda semak terminology bagi methodology anda. Saya isikan Study A-F sebagai contoh sahaja.
Sila isi ruangan kuning yang kosong utk kajian anda... kalau tenganga tu maknanya anda tak jelas lagi terminology untuk methodology anda...




OT

Tajuk 1759 - Six Sigma

Normal distribution, six sigma dan standardized curriculum
1. Aku nak tulis pasal konsep pengurangan error atau non compliance. Ramai yang tak perasan, konsep lean six sigma misalnya adalah berasaskan normal distribution yang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian kiri dan 3 bahagian kanan bell shape normal distribution tersebut dalam bentuk 6 s.d. atau dipanggil juga six sigma (sigma adalah simbul bagi s.d)

2. Dalam pendidikan, sekiranya diwujudkan satu piawaian yang sangat detail spt sistem OBE (yang konsepnya diikuti oleh DSKP) dijadikan ukuran standard, maka akan 'lebih mudah' berlakunya variation pencapaian murid yang lebih besar berbanding dgn satu ukuran piawaian yang lebih flexible.

3. Ini antara sebab sistem exam berterusan dan grading yang diperlukan bagi mengetahui tahap murid compliance atau non compliance akan menghasilkan satu variation yang besar antara murid sehingga menghasilkan ramai outliers, sedang pendidikan bukan seperti satu mass production.

4. Sistem PBD tanpa exam standard dgn grading bagai telah lama menghasilkan murid yang lebih manusiawi, comprehensive dan dinamic.

Itu je aku nak tulis. Kalau tak faham tak apa.. tak ada exam pun..

OT

Tajuk 1758 - Keperluan buku teks..

1. Di UK, sekolah tak ada textbook yang standard sehingga kerajaan 'dilarang' memaksa ibubapa beli textbook. Di negara maju lain, lebih flexible, mereka ada textbook yang difikirkan sesuai oleh guru. Guru boleh guna satu atau beberapa textbook utk pengajaran tetapi murid boleh ada atau tidak textbook tersebut. Murid-murid tidak memikil hari-hari textbooks ke sekolah.

2. Di sini memang sejak merdeka, textbook wajib ada utk murid pikul ke sekolah dan utk guru gunakan semasa mengajar. Maka, pengetahuan gurupun berkisarlah kepada isi textbook.. apa sahaja yang ada dalam tu lah yang disampaikan, itupun terkejar2 sebab selalunya tak sempat nak hadamkan semua kepada murid.

3. Kalau murid tak bawa textbook, adalah yang berdiri atas kerusi (akulah tu) sepanjang period dgn muka 'jobo' bila kawan2 kelas sebelah lalu. Itu zaman aku lah, zaman la ni aku agak dah tak boleh buat dah macam tu...

4. Bila texbook diwajibkan, maka ia nampaknya makin lama semakin sendat kerana dijadikan tempat memasukkan kandungan yang semakin padat kerana pakar kandungan semakin lama menjadi semakin hebat kepakarannya, dipadatkan dgn nilai murni, nilai perpaduan, sayangi Msia, majulah sukan untuk negara, belilah minyak sawit Msia, semangat keusahawanan, patuhi peraturan jalan raya, jaga lah kebersihan pantai, hormati ibubapa, tutup lampu jika tidak digunakan, kurangkan penggunaan plastik ... kepada pemikiran kritis, kreatif, abad 21, computational, KBAT etc, apa sahaja yang boleh difikirkan oleh orang dewasa... 😎

5. Bagi aku, buku teks adalah tools, memang perlu dan baik utk panduan guru dan murid... namun guru dan murid tak sepatutnya terikat dan tertumpu kepada satu-satu buku yang diwajibkan... tambahan ada pelbagai sumber lain yang ada kalanya dipermudahkan, realistik dan interlink dgn pelbagai sumber lain... on-line dan off-line.

Itu je...

OT

Tajuk 1757 - Cut-off value reasoning (cvr)

1. Ramai PG yg buat kajian melibatkan statistik bersandarkan kpd cut-off value reasoning (cvr). Sebenarnya xada pun istilah cvr ni.. aku je yg reka mlm ni ...😎

2. Jika PG buat kajian guna inferential statistic.. maka cut-off value spt p< .05 dijadikan alasan utk menjustifikasikan dapatan kajian.. baik bagi normality.. Anova.. Manova.. malah correlation.. tanpa tahu apa sebenarnya maksud p< .05 tersebut melainkan menyebutnya sbg significance atau tidak.

3. Bagi yg buat second generation analysis spt Smart-PLS atau SEM ... lagi byk. nilai cut-off bermula dari KMO.. chronbach alpha.. loading factor.. GFI.. RMSEA etc yg dahpun tersedia tanpa faham maksud setiap satunya. Ini juga cvr yg selalunya diberi sebagai jawapan dan reasoning dgn disandarkan reasoning tersebut kpd nama2 yg mencadangkn cut-off value berkaitan.. spt Prof. J.F Hair yg dah nipis rambutnya..

4. Jika ditanya knp ada cut-off tinggi atau rendah... apo nk jawab ?

OT

Tajuk 1756 - interpretation, implication

Interpretations: What do the results mean?
- In line with the hypothesis…
- Contrary to the hypothesized association…
- Based on the findings, a more plausible explanation ...

Implications: Why do the results matter?
- The results do not fit with the theory that…
- The experiment provides a new insight into the ..
- These results should be taken into account when considering..
- The data contributes a clearer understanding of…

Limitations: What can’t the results tell us?
- The generalizability of the results is limited by…
- The reliability of this data is impacted by…
- Due to the lack of available data, the results cannot confirm…
- The methodological choices were constrained by…
- It is beyond the scope of this study to…

Recommendations: What practical or studies should follow?
- Further research is needed to establish…
- Future studies should take into account…

OT

Tajuk 1755 - mixed-methods

Kalau guna mixed-methods, camner nak tulis dlm artikel?
Tulislah cenggini... contohnya lah...
This study employed a sequential mixed methods research design, incorporating survey and case study in an attempt to triangulate research data.

OT

Tajuk 1754 - Aku bukan statistician...

1. Aku pengguna statistik dan cuba jawab soalan ini. Nilai p-value bkaitan reject null hypothesis. Nilai p-value rendah < .05.. anda boleh reject null hypothesis.. iaitu predictor mbawa perubahan dlm model secara bermakna (significance).. regardless besar atau kecil R sq.

2. Jika sebaliknya.. > .05 .. gagal reject null hypothesis yg bmakna perubahan kpd predictor tidak secara signifikan mbawa perubahan kpd model.

3. Nilai R sq lebih sesuai digunakan utk mjelaskn model.. bukan fitness of model khususnya dlm social science yg berubah mengikut context. Nk uji fitness better dgn SEM-AMOS. Nilai signifikan hanya menguatkan lagi explanation ini.. bukan utk menyatakan model itu salah whatsoever.

4. Nilai R sq. yg rendah adalah expected dlm social science. Klu dapat 30% variance pun dah kira besar. Selalunya range 5 - 30% pun dah ok.

5. Tapi jika ia tak signikan.. R sq. punya power of explanation pun rendahlah juga.. weak evidence lah.. utk context / setting yg dikaji😎 dan bukan dapatan btentang dgn teori.

OT

Tajuk 1753 - Knp kelas Research Methodology dikatakan tidak bkesan ?

Ini cadangan simple2 utk kelas RM...
1. Kelas RM bukan kelas teori dgn lecturer guna PPoint presentation sepanjang masa.
2. PG mesti dah ada dummy / working title kajian.. dibincangkn 2 minggu pertama kelas RM.
3. PG diminta siapkn a brief proposal dgn cadangan Approach, Design dan Procedure (ADP) utk kajian masing2
4. Dari ini PG buat presentation utk rasionalised pemilihan diikuti class discussion
5. Group quali dan group kemudian berbincang lebih mdlm
6. Perbaiki bahagian methodology proposal setelah mdpt komen.. ptanyaan dan pembacaan lebih mdlm.
7. Jika ramai dlm kelas RM.... hanya PG quali dan quanti terpilih perlu present RM masing2.
8. Di akhir 14 minggu kelas RM.. masing2 PG patut dah ada ADP dan memahami sepintas lalu methodology PG lain dari presentation mereka.
9. Perbincangan juga melibatkn sumber rujukan yg penting utk mmantapkn ADP.
10. RM dlm proposal mestilah sedetail yg mungkin... termasuk sampling teknik dan instrumentation disiapkan dlm 14 minggu kelas RM
11. PG perlu fokus kpd ADP mereka sahaja.. termasuk analysis data. Klu sendiri punya ADP yg satu pun tak clear.. buat penat je masuk kelas RM...

OT

Tajuk 1752 - Bagi yang TAK PERNAH publish apa-apa artikel.

Ini bukan tips... ini kerja yang perlu dibuat.

1. Artikel mesti dgn kajian yang ada RQ atau isu dikaji yg ada novelty. Fikir dan munculkan novelty nya.
2. Pilihan jurnal utk dihantar dgn berhati-hati, biar sekufu dgn artikel anda
3. Kena baca sebiji-sebiji Instruction for Author
4. Ikut format – APA, IEEE, Chicago etc
5. Nipis dan kritis... jgn tulis novel cinta, banyak tersirat.
6. Kena selidiklah skit sentence structure dan tenses artikel yang dah diterbitkan
7. Baca artikel terkini yang sama ‘genre’ dgn tajuk anda dan lihat cara presentationnya
8. Fokus kepada ABSTRACT. Editor tuju ini dulu. Kalau ada grammatical error atau tak cukup syarat, boleh bye-bye.. hari ni hantar lusa dapat emel – rejected !
9. Tajuk bukan macam tesis kat Msia – menjela-jela dan boring ! Pilihlah yang berunsur provocative skit.. asal jgn over..
10. Semua figure, table, illustration mesti lengkap dgn label, didahulukan dengan penjelasan
11. Senaraikan beberapa rujukan artikel dari jurnal yang ingin dihantar
12. Kalau boleh, dapatkan native English speaker yang tolong semak juga, nak-nak yang bercita2 nak submit ke Q1 dan Q2.

OT

Tajuk 1751- Tajuk oh Tajuk.. yang dah byk dibuat orang #1

Kebanyakkan tajuk tesis yg kita tahu adalah strereotype dgn IV dan DV serta terikat dgn ayat spt:
'The development and validation of.....'
'The relationship between...'

Namun kita tak tahu kebanyakkan tajuk tesis di obersi unik. Apa anda fikir bila baca tajuk tesis berikut?

1. Science Education as a Catalyst for Social Change? Justice-Centered Pedagogy in Secondary Chemistry.
2015, University of Illinois

2. "They" Science to "Our" Science: Hip Hop Epistemology in STEAM Education.
2015, University of Washington

3. Implementing Social Learning for More Equitable Collaboration in Introductory Computer Science Education.
2019, Cornell University

4. Learning to relate : an exploration of Indigenous Science Education.
2016, University of British Columbia

5. Exploration of a Collaborative Non-Formal Science Education Program in Australian Secondary Schools.
2018, Australian National University

6. Disability Studies, Multiculturalism and Urban Science Education: A Mixed-Methods Phenomenography of Graduate Student Learning.
2017, Columbia University

7. Linking the ‘know-that’ and ‘know-how’ knowledge through games: a quest to evolve the future for science and engineering education.
2016, Rhodes University

8. The Knowledge Building Approach to Science Education: A Problem-Solving Perspective.
2019, University of Minnesota

9. Linking the ‘know-that’ and ‘know-how’ knowledge through games: a quest to evolve the future for science and engineering education.
2016, Rhodes University

10. Computer-Animated Instruction and Conceptual Change in Electrochemistry
2007, University of Adelaide

Kalau anda tak boleh agak secara pasti apa yang dikaji dalam 10 tajuk di atas, mana mungkin anda boleh sebut kajian tersebut 'telah banyak dibuat orang' .. as simple as that !

OT

Tajuk 1750 - Berapa IV utk kajian PhD ?

Berapa IV utk kajian PhD ?

Sedang aku layan Atlas.ti, datang PG cantik manis memberi salam.. sayu kedengarannya. Dia mengadu, katanya tak lena tidur.

Fuh... aku tanpa berlengah meminta dia duduk lalu dgn penuh sopan bertanya.. kenapa begitu?

Kajiannya yang baru dirangka sebagai proposal dikatakan tidak sampai maqam master kerana hanya menggunakan 1 IV sahaja. Kawan2nya yang lain kata, mereka dimaklumkan bahawa kajian master mesti ada lebih 2 IV dan PhD lebih 3 IV. Maka sedihlah si cantik manis...

Akupun cool... tanya baik-baik dan minta jelaskan kajian dia yang ada 1 IV tersebut.

Selepas dia jelaskan.. aku pun tersenyum lalu berkata, kajian dia dah terlebih maqam .. 😁

Fuhhh... terkejut manjalah si cantik manis... spt tidak percaya.. 'Camner tu Dr...?' katanya yang mula menguntum senyum...

Izinkan aku jelaskan hal ini, supaya semua bisa faham...
1. Bilangan IV spt yang dikatakan merujuk kepada kajian correlational study (gunakan SEM, PLS, Rasch etc). Tentulah tidak mungkin kajian spt ini kurang dari 3 IV.

2. Tetapi kajian PG di atas bermula dgn membina module, diikuti dgn kajian experimen dan diakhiri dgn temubual klinikal. Ini menjadikan kajian beliau mixed-methods.

3. Kajian tersebut melibatkan kesan intervensi modul (yang menjadi IV) ke atas tahap pencapaian (skor) (DV). Skor pula dipecahkan kepada skor soalan prosidural dan soalan konseptual, dgn 3 kali ujian: pre-pos-retention.

4. Oleh kerana kajian si cantik manis adalah mixed methods maka boleh aku jangka RQ kajiannya berkaitan:
a. Penghasilan module - ADDIE
b. Beza pre test kumpulan (t-test)
c. Beza post test kumpulan (t-test)
d. Beza post-retention test kumpulan (t-test)
f. Beza post test (2 tahap soalan) (ANOVA)
g. Beza retention test (2 tahap soalan) (ANOVA)
h. Sejauhmana kesan intervention (analisis temu duga klinikal)

5. RQ dalam kajian experimen dapat menjawab perkaitan cause-effect, diiintergrasi penjelasannya dgn hasil temu duga, maka dapatan lebih mendalam dan tiada masalah utk mencapai tahap master.

6. Adalah berbeza kajian correlational dgn survey yang respondennya tidak dikawal dgn kajian experimen yang dikawal.

7. Adalah tidak sama keperluan bilangan IV kajian eksperimen dengan kajian correlational.

8. Nampaknya si cantik manis sendiri baru faham apa yang berlaku, kerana kajian beliau bukan kajian correlational.

Aku akhiri penjelasan yang disambut dengan senyuman... Siapakah gerangan si cantik manis ?

Saja bagi suspen...

OT

Tajuk 1749 - PG dikabur tentang kelompongan ?

Apakah Tujuan Membuat Kajian? #1
Kenapa ramai PG dikabur tentang kelompongan ?

Baca senario berikut:
Ini 4 pihak terlibat dalam satu perkhidmatan dengan persoalan yang mereka perlukan jawapan.
- Penyedia perkhidmatan W: Bagaimanakan tahap kepuasan pelanggan menggunakan perkhidmatan W
- Pengurusan kerajaan: Apakah criteria perkhidmatan W yang diperlukan oleh orang awam?
- Pelanggan: Syarikat manakah yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan untuk jangka panjang?
- Professional: Apakah hubungan antara keperluan X, Y, Z pengguna dengan kepuasan menggunakan perkhidmatan W ?

Maka muncullah keperluan untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan seperti di atas

Lalu kajian adalah bertujuan utk menjawab persoalan. Persoalan apa? Persoalan yang dikemukakan sebagai RQ. Maka...
Persoalan nak di kaji = Masalah yang perlu dikaji

Bagaimana soalan RQ disediakan?

Sebagai contoh, kajian yang dibuat pada tahun 1990 kepada satu perkhidmatan perlu diperbaiki utk mendapat jawapaan yang lebih komprehensif pada tahun 2000 pula kerana keperluan manusia telah berubah.. Maka muncullah perkataan....

RE + SEARCH = pengkajian semula !

Jadi kajian bukan bertujuan mencari kajian lain yang 'belum dibuat lagi' ataupun apa yang disebut kelompongan.

OT

Tajuk 1748 - Empat Langkah Membina Persoalan Kajian dan Objektif..

Apakah Tujuan Membuat Kajian ? #2

Sila baca status #1 dulu.
Bagaimana kriteria nak pilih persoalan yang sesuai utk kajian, sebab ada banyak persoalan yang muncul dalam minda?

Ini saranan yang sering disebut kepada PG di obersi... supaya memikirkan soalan yang..
- Anda minat kerana ia memberi kepentingan kepada anda dan kekuatan utk meneruskannya
- Skop kajian yang sesuai dgn jangkamasa pengajian.
- Bidang yang anda ada pengetahuan tentangnya, termasuklah multidisiplinary

Katalah, sebagai guru sains, anda nak buat kajian tentang computational thinking, CT in Sains..
Langkah 1: Perhalusi
- pembinaan modul ?
- keberkesanan CT dalam sains ?
- kesan CT kepada kemahiran menyelesai masalah ?
- hubungan CT dgn engagement?

Langkah 2: Pilih
- Anda memilih untuk mengkaji kesan CT terhadap kemahiran penyelesaian masalah.. maka
RQ1: Apakah kesan menyepaduan CT dalam pengajaran sains terhadap pencapaian ?

Langkah 3: Bina objektif
- Kajian ini bertujuan menentukan kesan penyepaduan CT dalam PnP subjek sains Tingkatan 4 kepada skor ujian post murid.

Langkah 4: Semak
- Ada tak teori?
- Ada tak instrumen (soalan post test) yang dapat mengesan skor hasil intervensi CT
- Semak kewujudan IV (CT sebagai intervention) dan DV (skor post test) dalam RQ dan Objektif kajian (bagi kajian quantitative)

Bila dah ada persoalan yang perlukan jawapan, maka tugas awal adalah menyorot literatur dari sumber laporan, artikel, handbooks dll utk mendapatkan..
- theoretical background kepada persoalan (masalah)
- perkaitan elemen yang telah dikaji dengan yang akan dikaji
- ruang memberi sumbangan kepada scholar lain dalam bentuk pengetahuan
- kepastian kajian yang bakal dilakukan 'researchable'

Jadi kajian bukan bertujuan mencari kajian lain yang 'belum dibuat lagi' ataupun apa yang disebut kelompongan.

OT

Tajuk 1748 - 10 perkara utk difahami dan 'addessing the gap' ..

Apakah Tujuan Membuat Kajian ? #3

Bila anda membaca status #1 dan #2 sebelum ini,

1. kajian bermula dgn satu persoalan yang ingin diketahui jawapannya oleh penyelidik
2. ini didefinisikan sebagai 'masalah' kajian
3. masalah kajian ini diformulasikan menjadi RQ
4. dari RQ ini muncullah objektif kajian


Kemudian dilakukan LR (dari pelbagai sumber) utk

5. menjustifikasi apa yang 'sudah dikaji' bagi memposisikan kajian yang ingin dilakukan dari aspek IV, DV, teori dan methodologi (jika quantitative)


6. memastikan kajian yang bakal dilakukan bukan kajian pengulangan yang tidak ada novelty.


7. Jika kajian semasa yang di review (katalah selepas membuat review 30 sumber, beberapa tahun terkini) didapati persoalan kajian memang memerlukan jawapan yg novel, maka apa perlunya membaca sehingga 500 artikel ? Artikel hanya dibaca utk menyokong setiap pernyataan yang ditulis dan ini akan berlaku sepanjang 3 tahun pengajian - bukan SEBELUM menjalankan kajian.


8. Maka, mencari DAHULU apa yang belum atau tidak dikaji, bukan cara yang normal bagi seorang penyelidik semasa yang tahu perkembangan dalam bidangnya sendiri. Saranan 'cari dulu gap' adalah khilaf dan membuang masa dan tidak menambah apa2 kebaikan kepada penyelidik, malah menyusahkan penyelidik novis.


9. Penyelidik di luar negara akan mulakan kajian dgn satu persoalan yang mereka hadapi, yg jadi isu semasa, yang mereka minat, lalu membuat review bagi mengesahkan wujudnya keperluan utk kajian baru tersebut... barulah menggunakan perkataan 'In order to address the gap' bukan belumpun memulakan kajian, lalu mencari dahulu 'apa yang belum belum dikaji' ! Faham dok ni..


10. Maka bukan sesuatu yang wajibpun nak tulis 'to fill the gap' atau 'to address the gap' melebihi menyatakan dalam penulisan aspek novelty kajian yang dilakukan. Sebab itu, masalah (RQ dan objective), novelty dan kesimpulan adalah elemen WAJIB dalam penulisan terutama artikel, dan kebanyakkan artikel tidak pun menulis perkataan 'gap' sebagai 'kajian yang belum dibuat lagi' dalam penulisan mereka !


OT

Tajuk 1747 - Jangan bias dalan penulisan tesis

1. Akupun sambung menyemak satu lagi tesis PhD... yang menggunakan satu strategi ABC utk melihat kesannya kepada DEF murid.
2. Dari muka 1 sampai nak abis LR, semuanya memuji kehebatan strategi ABC. Semua kajian dari kutub utara sampai kutub selatan menunjukan kejayaan strategi ABC... cuma belum banyak kajian dilakukan di Msia.
3. Aku pun tertanya-tanya, kalau dah begitu hebat, buat apa lah lagi nak buat kajian kepada aspek lain jika aspek tersebut saling berkaitan secara simple logic.
4. Analoginya.. kalau strategi tersebut boleh meningkatkan engagement, minat dan pencapaian murid dari kajian lepas, termasuk satu dua kajian yang dibuat di Msia, apa perlunya dikaji motivasi dan persepsi murid lagi? Fikirkan aspek lain...
5. Kenapa?
Jika percapaian.. engagement meningkat.. sikap pun positif.. dll meningkat dalam kajian lepas... maka logiknya motivasi murid dan aspek lain yang membawa kepada pencapaian turut meningkat...
6. Lalu akupun menjeling kepada dapatan kajian... ternyata dapatan adalah spt yang 😎 diduga... perfect !
7. Eloklah elakkan bias terang2an dari awal2 lagi kepada kajian yang akan dijalankan... penat tau membacanya...
OT

Tajuk 1746 - Masalah bukan lompong !

Uji Masalah dgn 5Ws

1. Ada yang menyatakan bahawa pernyataan masalah mestilah boleh menjawab 5Ws. Dalam status yang lepas, aku telah menulis satu dummy pernyataan masalah dalam dua ayat sahaja, yang ringkas. Berikut adalah ayat pernyataan masalah tersebut

"Terdapat penurunan minat murid sekolah menengah terhadap aliran STEM sejak tahun 2010 hingga 2018 (rujukan A, B) seperti Jadual 1.1 berikut. Penurunan ini boleh membantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional di era IR 4.0"

2. Pernyataan masalah memerlukan kita menyatakan sahaja (stating the problem) tanpa perlukan huraian what so ever. Ia bagi memastikan penyelidik 'jelas' masalah yang ingin dikaji. Ini adalah jawapan kpd 5Ws bagi pernyataan masalah di atas..

Who – siapa yg terlibat dgn masalah = murid sekolah (Ting 4)
What – apa yang menjadi masalah = penurunan minat terhadap STEM
Where – di mana masalah berlaku = sekolah di Malaysia
When – sejak bila masalah wujud = sekitar 10 tahun kebelakangan
Why – kenapa ia menjadi satu masalah = bantutkan usaha menyediakan tenaga kerja profesional

3. Maka pernyataan #1 di atas telah lulus sebagai satu pernyataan masalah yang JELAS wpun ringkas. Huraian lanjut dibuat pada bahagian2 lain terutamanya dalam LR. Tu pasal thesis PhD kat Jepun dalam 100 pages sahaja.. sebab ringkas tetapi mesti jelas.

4. Jgn tak tahu, menulis satu perkara dgn jelas dan ringkas adalah satu kemahiran, khususnya utk menulis artikel dan laporan.

5. Malangnya ada yang terlebih sudu dari kuah, bila pernyataan masalah sekadar dua paragraph terus dikatakan tidak cukup mendalam. Ini satu pegangan silap dan menjengkelkan.

6. Paling ironi, bila dua paragraph dikatakan tidak mendalam, tetapi bila ditulis 4 pages dikatakan tak jelas lah pula masalah yang nak dikaji.

Life is short make it sweet

OT

Tajuk 1745 - Proposal satu page?

Meh aku jelaskn.. knp kat obersi mcm tu

1. Proposal tebal spt tidak wujud kerana proposal bukan suatu yg disemak secara detail oleh SV

2. SV akn minta proposal bbrp page sahaja utk berbincang idea utama kajian setiap kali pertemuan.... tetapi pbincangan boleh sampai 2 jam.

3. Kajian ni termasuk working title.. RO.. RQ.. Problem Statement.. Introduction dan Method secara ringkas shj.. hanya idea utama.

4. Tugas PG adalah mjelaskn dan menerangkan secara oral kpd SV berdasarkan idea utama kajian bbrp kali sehingga SV bpuashati pemahaman PG

5. Selalunya proposal boleh mencapai setebal 5 pages sebelum PG bersedia utk mbentangknnya dikhalayak.. aka PD

6. Masa PG mbuat presentation PD... proposal setebal 5 pages tersebut hanya utk rujukan PG saja..

7. Keutamaan di obersi adalah keupayaan PG mjelaskn proposal kajian secara verbal.. Selepas berpuashati dgn perkembangan PG .. maka bermulalah kajian PG ...

8. Kesimpulannya... proposal hanyalah blue print utk mengesahkn pemahaman PG secara menyeluruh kajian yg bakal dijalankn.. itu je..

9. Klu di Jepun... proposal lagi sempoi.. tanyalah PG graduated Jepun

10. Dari blue print inilah PG menyediakn thesis dan mjalankn kajian ...

Beh kurang... cam tu lah ceghito ea...

OT

Tajuk 1744 - Buat kajian yang TAK PERNAH dibuat ?


OT

Tajuk 1743 - Sistem Pendidikan ... sejenak bersama Rosmah

1. Kita mulakan dulu dengan Faisal dan Farid yang lahir selang beberapa minit di hospital yang sama. Faisal kelihatan sedikit chubby berbanding Farid. Kedua-duanya kemudian dibesarkan dgn penuh kasih sayang. Ketika berusia 5 tahun, Faisal dan Farid belajar di TADIKA ABC.

2. Faisal petah bercakap dan aktif bersukan tetapi sukar menumpukan perhatian. Farid lebih senyap dan mudah mengikuti apa yang diajar oleh Cikgu Fadzillah, cikgu comel disayangi murid.

3. Ketika Tahun 1, mereka berdua bersekolah di SRK Othman Talib, Terengganu. Bukan sahaja Faisal dan Farid yang berbeza personaliti dan potensi, tetapi semua rakan mereka juga yang turut belajar di Tahun 1.

4. Walau berbeza, kesemua murid Tahun 1 mempunyai hak yang sama untuk berjaya. Maka tujuan pendidikan di sekolah adalah untuk merealisasikan perkara ini. Faisal berpotensi menjadi seorang pemain bola sepak dan Farid berpotensi menjadi seorang jurutera. Begitu juga Lim yang ingin menjadi akauntan dan Suresh ingin mewarisi perniagaan kereta sewa bapanya.

5. Kurikulum dalam sistem pendidikan bukan dirangka hanya untuk Farid, tetapi ia juga untuk Faisal, Lim, Suresh, Farhana, Arif, Tan dan Rosmah. Kurikulum bagaimanakah yang dapat melahirkan pemain bola sepak, peniaga kecil, pemandu teksi, jurutera, doktor, guru yang berjaya ?

6. Farid tidak boleh jadi Lim, dan Rosmah tidak boleh jadi Faisal. Maka sistem pendidikan tidak boleh dirangka untuk Farid, untuk Arif atau untuk Rosmah. Sistem pendidikan perlu memberi ruang dan peluang yang sama yang dapat mengembangkan potensi Faisal, Lim, Suresh, Farhana, Arif, Tan, Rosmah dan rakan-rakannya.

7. Pelaboran ratusan juta setahun dari rakyat dengan kudrat ratusan ribu tenaga di institusi pendidikan tentunya bukan untuk lahirkan hanya professional yang berjaya dalam kerjaya, tetapi manusia dgn apa sahaja profession untuk berjaya dalam kehidupan.

8. Ini bukan impian yang ideal tetapi satu tanggungjawab semua pihak khususnya perangka kurikulum pendidikan yang sepatutnya terlebih dahulu mempunyai paradigma yang betul.

9. Sekolah bukan kilang dengan satu ukuran standard dengan OBE yang skema. Sekolah adalah saluran mengembangkan potensi yang pelbagai.

10. Adakah sukar untuk melakukannya? Sukar atau tidak, ia bergantung kepada iltizam dengan pemahaman yang jelas dibantu dgn budi dan teknologi.

Wallahualam.

OT

Tajuk 1742 - Is it worth just for 20 mins ?

I know there are students who has been working on their proposals for the last 3, 4 semesters... but their SVs dont want to accept "the good and complete enough" proposal until it's absolutely "perfect". Some even.. have lost their count - who care ?

It can be understood what is behind the SVs' mind... but on the other hand other students.. their friends... could have written or at the final stage of their thesis submission...so... are the SVs' perfectionism WORTHWHILE? Can proposal be that perfect?

Striving for perfection and details should be emphasised on preparing the thesis NOT the proposal...and by doing so (wait until the proposal is perfect... from the eyes of the SVs...) will hold you back from completing you PhD or master.... the perfection is also SOT - Submit On Time !

How many of U striving for proposal perfection... chasing after something that doesnt really sure yet... in the journey of completing your Master / PhD?

Proposal is just a BLUE PRINT... a SKELETON of your research.. and u are given only 20 MINUTES to defend it....thats all .. and some have to do it again and again !

OT

Tajuk 1741 - Tajuk Tesis Steoreotype

Berikut contoh 12 tajuk thesis yang 'biasa' di UK. Sukar utk menacri perkataan 'relationship between' atau 'factors' atau 'development of' atau 'framework' dalam tajuk di sana

Di sini plak, tajuk tesis bunyinya sangat streotype dan akhirnya spt pi mai pi mai tang tu jugak lalu mengundang sergahan 'tajuk ini dah banyak orang buat'.. 'tajuk ini luar bidang'... 'tajuk ini tiada fokus'.. 'tajuk ini tiada IV dan DV' .. 😎


A case study of how social class and gender affects academic attainment amongst a family across three generations using auto-ethnography.

A critical analysis of the friction between child labour and education in today’s globalized world.

An exploration of the benefits and disadvantages of citizenship Education.

Applied behavioural analysis in teaching children with autism in the 3 areas.

Assessing the Quality of students entering Universities in Saudi Arabia as a Predictor of success rate.

Behavioural issues within a primary school setting and the impact on teaching and learning.

Critical analysis of an intervention approach for Autism.

Discuss with reference to recent studies the role of creativity in children’s overall development and learning in the early years?

Explore the graduate nurses’ lived experience of caring for people of different cultures in 21st century Ireland.

Has the implementation of ECM affected an attitudinal change in lecturers’ with regard to the provision of holistic care towards the students?

How do secondary school teachers look to identify talented pupils within their classes?

How might a teacher explore and develop strategies to promote boys’ reading development in a year six setting?

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...