Yer ker.... ko kena baca dan fahami yang tersirat....bukan hanya baca yang tersurat.....
Kenapa pulak ada RFOT dlm tajuk tu....kalau aku tak buat RFOT tak boleh ker?
Boleh... ramai yang tak buatpun.... sebab tanpa RFOT tak yah ler ko cari artikel dan fening2.... ko relex jer lah dulu...
Aku dengar students ko semua kena bentang RFOT... sampai yang tajuk seks bebas pun ada... takut ler aku
Apa yang ko takut.. tu kajian jer....kat bawah entry ni aku akan attachkan RFOT tersebut..
Tapi kalau aku tanya dan minta SV aku yang bagi cadang boleh tak pasal research aku?
Boleh.... macam yang dibuat oleh kebanyakkan siswazah...tak yah fening2... serahkan semuanya pada SV...
Tapi aku feninglah....
Hah fening lah pulak? So apa masalah ko?
Jgn lah ko perli aku... nilah aku nak share…. belumpun research bermula...aku mula fening kefala…kerana aku baru dia tahu.... rupa2nya SV ku ni pilih bulu…..
Apalak fening kefala bro.. biasalah sikit sebanyak manusia mesti pilih bulu tu!
Jgnlah cam tu bro.....
Sapa tahu kat mana Perdana University ni?
Yes betul... sebelah UPM jer !!
Gini…aku ni baru nak mencari2 committee supervisory maka akupun approach lah beberapa potential committee. Bila dengar sahaja nama SV aku tersebut, ada yang terus reject dan tak mahu jadi committee aku kerana katanya tak sebulu….lain school of thought lah...sedang mereka satu fakulti malah satu jabatan !! Yang ini kata dia lebih suka qualitative, yang itu kata suka quantitative… emmm… maka fening aku yang tak tahu apa-apa ni utk menentukan gerangan siapakah yang bakal menjadi committee aku....cuba ko katakan bro..
Tu jer .. eeleeh tak der lah fening sgt.......
Ada lagi.....aku memang datang sini nak belajar...sumpah !! Aku tak malu nak belajar dan tak malu mengaku aku tak tahu apa2 tentang research. Tajukpun aku nak serahkan SV aku cadangkan... aku tak kisah... aku tak malu bro... sebab itu aku tak buat lagi RFOT....atau mula apa2pun lagi...
Iskhh iskhh… kat sinilah kesilapan ko ..…inilah kesilapan paling BESAR yang ko lakukan !!
Hah? Jgn bagi aku confused... aku ikhlas nak belajar ni..
Ini yang aku nak bagi tahu sebab pilih bulu…pilih clique…semua tu diluar kawalan ko… malah aku dah tulis sebelum ini pun dalam blog aku ni.. oleh kerana ko tak boleh ubah style SV… maka ko lah yang mesti berubah.
Camner tu bro… jgnlah ko berfalsafah…menambah kefeningan aku lagi bro...
Begini le…. biar aku recap dulu masalah ko ni….. ko kata ko buat PhD dan tak malu utk belajar… jadi ko pun serahkan kepada SV utk tentukan approach kajian dan tajuk PhD ko. Oleh itu SV ko cadangkan buat kajian quantitative.
Then dgn semangat “tak malu utk belajar” kopun kemudian jumpa potential committee... dan dgn "tak tahu malu" ko meminta pandangan approach kajian ko pada dia pula. Then individu inipun cadangkan kajian ko tu dijalankan secara qualitative pulak. Kemudian SV ko tak setuju sebab tak sebulu dgn pendekatan qualitative!!
Aah… cam tu kisahnya bro…..
Oklah.... biar aku simpulkan dulu the moral of the story:
1. Sifat manusia suka dengan sesuatu yang dia mahir jadi clique quantitative lebih senang dgn pendekatan quantitative. Ini belum lagi clique psychometric Rasch Model selesa dgn clique Rasch sahaja dan tak berapa selesa dengan clique classical analisis yang guna t-test, ANOVA dll dgn SPSS. Ini lazim... bukan benda pelik dan memeningkan..
2. Tapi yang kedua ni ko kena baca betul2.....Jgn ko malu tak bertempat bro!! Ko dah sampai tahap PhD dan ko patut rasa malu bila jumpa SV dengan otak kosong… hanya menunggu utk diisi oleh SV. Ko patut dtg dgn satu ketetapan yang jelas, apakah kajian dan approach yang bakal ko gunakan... disinilah RFOT memainkan peranan !!
SV hanyalah pemberi guidance bukan penentu kajian ko. Ko sendiri perlu yakin dan dapat yakinkan SV serta bakal committee akan kajian yang bakal dijalankan, bukan menyerah bulat2 utk penentuan SV… yang setiap seorang ada kecenderungan masing2 yang maybe berbeza2..
Oleh kerana SV dan committee hanya sebagai pembimbing, dan apabila mereka yakin dengan apa yang ko sendiri ingin jalankan, maka tak kisahlah samada mereka dari clique qualitative atau quantitative….Rasch atau classical dll… mereka boleh menerima ko...
3. Persiapan diri dgn pembacaan yang mendalam dalam bidang kajian sgt penting…memahami dan menguasai apa yang ko ingin dijalankan….adalah TANGGUNGJAWAB ko SEORANG ... bukan TANGGUNGJAWAB BERSAMA dgn SV ko !! Sebab itu bila ko kena resubmission atau apa2pun.... SV ko tak ada apa2..... teruskan kerja dia cam biasa jer!
Dgn beribu2 artikel yang boleh ditelaah sendiri.. dgn buku dan sumber2 lain yang kini berlambak2… mengapa ko tak membaca dan mengkaji…dan menentukan kajian ko sendiri... tambahan ko dah berada diperingkat PhD? Mana perginya pengalaman ko diperingkat Master? Pls bro…. jgn malukan diri ko sendiri...
Akhirnya….. memanglah sikap manusia sedikit sebanyak akan memilih bulu….tak terkecuali ko juga.... Tapi bila ko menunjukkan yang ko berkemampuan dgn apa yang ko nak lakukan……wpun hanya dgn pertemuan pertama….mereka akan terima ko…. malah kalau ada SV yang tahu ko seorang calon PhD yang komited....yang boleh berdikari... yang tahu apa nak buat.....tunjuk pulak RFOT yang mantap... mampu menjelaskan semua aspek asas kajian yang bakal ko jalankan.... dgn merujuk kepada artikel yang establised...ada kebolehan menulis artikel ler pulak.... fuhhh....pasti mereka nakkan ko jadi supervisee mereka dan mereka dgn tangan terbuka dan rela hati sanggup jadi SV ko tau....tak timbul lagi soal bulu....malah kawan ko yang akan berbulu tengok ko kamcing dgn SV ko..
Tapi kalau ko datang dgn muka tak malu.... macam orang tak tahu apa2..... wpun diperingkat PhD.....semua akan buat alasan utk REJECT ko.... bukan sangat kerana mereka pilih bulu.....tapi sebab saham ko tu macam tak laku....so jangan ko tak tahu.... dan ini adalah NORMAL kerana ko pun takkan layan pekerja ko yang semuanya tak tahu.... semua nak kena ajar.... betul tak bro?
Tima kasih . statement ko buat aku terkedu.... tertunduk malu dan hu hu....
Hah... skang aku nak bagi satu contoh, pelajar aku semalam membentangkan RFOTnya tentang seks bebas buat kali pertama... dan dgn pembentang tersebut, aku nampak kemampuan pelajar tersebut dan tak ada sebab dia perlu menagih simpati org lain utk menentukan kajian sendiri walaupun pelajar tu baru semester 1 bro... Inilah RFOT yang dibentangkan...wpun masih ada ruang utk dimantapkan namun secara keseluruhan sebagai research framework.... pelajar ini mempunyai hala tuju yang jelas....walaupun belum berjumpa dengan SV lagi...
Contoh RFOT kajian kualitatif seks bebas |
Moga ko faham yang tersurat, tersirat dan terbuku..... manusia memang ada kecenderungan pilih bulu...jadi janganlah buat muka tak malu....barulah perjalanan hidup ko akan maju...
OT
No comments:
Post a Comment