Aah musim hujan ni macam musim Mendeley ler pulak.
Aku tengok Mendeley ko lain macam jer... version 1.7 ker?
Aah, ko jgn tak upgrade bro.... GUI nya nampak lebih kemas...aku suka..
Citer per pulak kali ni?
Pasal tiga generasi iaitu X, Y dan Z.
Aphal ler ko ni dgn X, Y dan Z....macam blaja maths jer?
Generasi Y... lahir 1977-1994.......generasi TV color.... mula jumpa komputer 286, 386 sampailah pentium...komputer hanya ada kat universiti..... kena blaja Word Star....kat sekolah komputer lom ada lagi tahun 1980an...... komputer masih lagi tak berapa friendly user....zaman ni hp adalah mainan orang kaya2 jer... budak2 tak boleh guna hp.... sebab ada yang berat dia 3 kg !!
Ni ler handset 1990an.... mak datok beratnyer !! |
Generasi Z... lahir 1995 - 2012....fuhh... dasyat generasi ni. Ada baby yang lahir tahun 2011, bapa dia terus capai Ipad dan tekan iTunes mainkan azan.... maknanya lahir jer dah dengar iTunes dan lihat ipad dulu sebelum dengar suara bapak dia sendiri ! Mak dia relex sebab guna epidural ....terus capai hp Samsung S3, snap photo baby yang baru berusia 10 minit... utk apa tu? Apa lagi utk masuk dalam facebook lah sat lagi !!
Nine....anak Generasi Z |
Ko zaman apa pulak bro?
Aku? He he...aku lahir 1963.... zaman Apollo bro....... zaman Three Stooges ! Masa tu tv tak ada bro.... elektrik pun tak ada.... tgk wayang pacak Kementerian Penerangan ditengah padang bro.... citer koboi .... sambil bawa tikar ramai2... ..... jgnkan hp, telefonpun tak ada kat rumah bro.... komputer ketika itu hanyalah sebuah type writer jer bro, itupun aku tengok kat sekolah !!
Ini dah kira type writer canggih masa tu.. sama macam pentium duo-core ler gamak nyer !! |
Apa kene mengena dgn Mendeley?
Aku cuma nak tanya, aku lahir zaman Apollo, aku berusaha utk menguasai secara asas beberapa software utama dalam research spt SPSS, ATLAS.ti dan Mendeley, maka sudah barang tentu postgraduates yang menjadi generasi Y dan kini berada dalam era generasi Z boleh menguasainya juga dengan lebih baik....!
Aku tak pernah ikuti kelas SPSS sebab zaman aku buku SPSS pun tak ada nak blaja SPSS, apa lagi youtube.... .... apa tube pun tak ada.... kecuali tube motosikal pancit yang aku kutip dan kemudian aku kerat2 buat lastik burung!
sama dgn idea research hibridization aku ler.... bila kasut di"hybrid" dgn lastik he he... |
Aku juga tak masuk kelas Atlas.ti sebab software qualitative tu tu baru jer sampai kat Malaysia semenjak dua menjak ni atau Mendeley, yang begitu user friendly....tapi generasi Y hampir semuanya ada... buku, ebook, Youtube, bengkel, blog, facebook, Astro, DVD, pdf, e-forum...fuhh semput nafas aku sebut satu2...... maka jadikan ini sebagai kekuatan utk menguasai semua software tersebut bagi menjalankan kajian dan menulis thesis...
Maksud ko?
Maksud aku.... jika ada postgrades yang baru mengenali Mendeley, cubalah explore dahulu.... spt macamana nak organise articles, camner nak buang DOI pada bibliography, macamana nak tahu capacity yang kita dah guna dalam Mendeley, camana nak download ATLAS.TI dan lain2 persoalan asas.
Abis camner?
Memang mudah nak tulis benda ni, tapi aku ambil sikap, selagi boleh bantu....aku akan bantu. Contoh mudah, byk tips yang aku bagi dalam blog.... dan jika tak dapat buat jangan terus give up !!
Contoh mudah ramai tak tahu capacity Mendeley yang mereka guna....dan bertanya kepada aku. Ini jawapan aku....
Klik Tool - Option dan terpangpanglah apa yang dilihat berikut:
Ini adalah storage Mendeley aku, baru guna 44 MB dari 1 GB yang diberikan oleh Mendeley. Ini adalah storage bagi 56 file pdf aku. Maknanya jika aku ada 560 articles pdf... baru guna dalam 440 atau 500MB. Aku jangkakan 1GB boleh proses lebih 500 articles..... iaitu lebih dari mencukupi utk thesis PhD.
Aku sebenarnya baru terima satu message melalui facebook yang mendakwa Mendeley tak boleh proses lebih dari 500 ++ pdf spt EndNote. Timbulnya dakwaan ini kerana tak memahami storage yang diberi secara percuma adalah 1 GB. Jika ada pelajar yang berjaya kumpulkan, katakan 600 artikel pdf yang journal yang established, itu dah memadai utk menghasilkan satu thesis yang mantap. Selalunya projek yang besar2 dgn ramai collaboration yang perlukan banyak pdf dan kumpulan ini boleh purchase more space dari Mendeley.... tak kisahlah sampai 5000 pdf pun tiada masalah...
Yang kedua, utk buang DOI, sebab ada IPTA yang masih benarkan format biblography APA 5th Edition yang tak perlukan DOI.
Klik Tool - Option - Document Details. Apa yang perlu dilakukan adalah dgn untick DOI...lihat garisan dotted merah dibawah.... semunya sempoi.
Pesanan aku yang bukan dari generasi Y .... ambillah sedikit inisiatif meneroka apa yang telah dipelajari...
Emmm.... ko perli aku ker bro?
Bukan perli.... sebab ko dari generasi Y yang kini bersama generasi Z yang juga dipanggil Net-G iaitu Network Generation... generasi social networking, generasi facebook, internet dan collaboration.... jadi manfaatkan lah semua ini bagi melicinkan perjalanan research dan penulisan thesis ko.... jgn asyik nak kena suap baru nak tahu.... explore bro explore.... dan terkesimakan SV ko dgn apa yang ko tahu....!! Moga berjaya..
OT
No comments:
Post a Comment