Woo ko JB ke bro? Ko buat apa?
Sambil menyelam minum air…. sambil mengisi undangan bengkel,
aku jalan2 ler…gi Legoland
SROT - Speed reading on target… satu yang baru ker ni? Rahsia terpendam?
Bagi aku tak der rahsia… aku nak bongkar semuanya…maybe terpendam
dalam konteks penulisan thesislah… sebab ramai yang tak tahu
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Ku ceritakan
Sebelum tu aku nak bagi tahu ko sejarah. Maybe Mendeley masih baru tapi Doc Map yang ko guna dengan Mendeley telah berusia 31 tahun
sejak Bill Gates mula hasilkan MS Word pada 1981…. Lebih tua dari ko bro. Ini
kerana MS Word adalah word processing,
memproses perkataan utk penulisan. MS Word disediakan utk penulisan paling
kompleks dgn citation, bibliography, index, caption dll dalam konteks sebuah
thesis.
Woo cam tu plak….
Doc map adalah keperluan bagi merealisasikan konsep
1file1thesis, konsep yang aku namakan begitu supaya ko faham dan jgn tulis
thesis ikut bab lagi. Jika ada mana2 postgraduate yang buat 3,4,5 chapters
berasing file, tu adalah langkah silap mengikut MS Word, sebagai word processor
yang canggih dan mampu berfungsi dalam penulisan yang kompleks hanya dengan
satu file.
Membuat beberapa file berasingan utk setiap chapter sama
seperti menulis kebelakang yang sukar wpun ko bukan mengidap dyslexia…izinkan aku
memahamkan ko situasi ini supaya semuanya jelas tanpa bias bro...
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu
kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Sepuluh perkara yang aku bengkelkan dalam penghasilan z-draft selama ini dengan doc map atau nav pane seperti styles, page break, proofing, split view, caption, TOC, LOF dan LOF adalah feature MS Word yang dah lama wujud... sekurang2 selama ko beli komputer ko yang ada MS Office tu ! Berapa ramai pelajar paksa diri bangun dalam keheningan tengahmalam kerana siapkan penulisan thesis, berat mata memandang berat lagi mata yang tak cukup tidur ....jadi aku tak mahu pendamkan perkara ini sebagai “Biarlah rahsia”…
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia
Fuhh syahdunyer….
Kini dgn bantuan Mendeley, utk “cite while you read” menjadikan penulisan thesis dan bibliography sesuatu yang fully otomatik bukan macam mesin basuh ada yang separa otomatik! Malah bukan itu sahaja, Mendeley juga boleh digunakan sebagai speed reading article2 ko tanpa perlu ko ragui kerana GUI nya yang bagi aku sangat sempoi...
Apa pulak yang ko maksudkan dengan speed reading tu? Idea baru
ke?
Semuanya bukan idea baru.. sama spt doc map. Cuma aku dapati Mendeley boleh menjadikan speed
reading semakin mudah. Speed reading adalah kemampuan membaca sebanyak
mungkin dalam masa yang singkat…Aku tengok Mendeley terus terbit idea speed reading ni..... dan ianya boleh dilakukan secara dua
dimensi – within dan between article !
Fuh amende pulak between dan within tu bro? Manalah ko dapat semua ni bro?
Ko ingat aku dapat sambil melopong tengok TV jer ker.... explore lah bro.... macam rancangan discovery tu...katakan ko ada 300 articles, cam ner ko nak baca…. ? Kalau
nak baca satu-satu… mahu gugur rambut ko yang tak berapa nak ada tu .. ... silap hari bulan rambut ko abis dulu sebelum ko abis baca artikel tu....haru bro...
Jgn ler cam tu....sensitive oo....!
Katakan ko nak baca semua yang berkaitan animation yang ada
membincangkan cognitive load theory. Between tu jika ko taip key word “
animation” dalam Query "Q" Mendeley utk “All Document” maka kuarlah semua senarai artikel yang ada key
word tersebut.
Ingat, ko boleh sahaja terus taip "Cognitive Load" maybe keluar artikel yang bincangkan "Cognitive Load" tapi dikhuatiri bukan dari article yang berkaitan animation. Jadi cari article animation dulu... then baru cognitive load. Inilah teknik yang betul bagi memastikan kerelevenan article ko.
Katakan ko ada 300 artikel, then keluarlah senarai 50 articles yang ada key word “animation”, so ko baca 50 artikel tu jerlah.
Giler ker ko
nak baca dan cari satu2 dalam 50 artikel tu tentang cognitive load..
Tau tak per....
Sebab itulah ko kena buat speed reading on target within article lak.
Kalau yang kuar tu 5 artikel tak perlah... kalau 50...?
Within tu jika ko buka satu artikel sahaja dalam Mendeley (dari senarai 50 tu), then ko taip perkataan “cognitive load ” dalam Query "Q" maka Mendeley akan highlight semua perkataan tersebut dalam satu article yang ko bukak tu sahaja.. Ko tekan “Next” atau “Previous” utk terus membaca yang berkaitan key word tu ....ini bukan speed lagi.. ini dah berdesup2 bro…kira macam Formula One !! Lihat contoh berikut:
Kalau yang kuar tu 5 artikel tak perlah... kalau 50...?
Within tu jika ko buka satu artikel sahaja dalam Mendeley (dari senarai 50 tu), then ko taip perkataan “cognitive load ” dalam Query "Q" maka Mendeley akan highlight semua perkataan tersebut dalam satu article yang ko bukak tu sahaja.. Ko tekan “Next” atau “Previous” utk terus membaca yang berkaitan key word tu ....ini bukan speed lagi.. ini dah berdesup2 bro…kira macam Formula One !! Lihat contoh berikut:
Ini memudahkan ko nak explore apa2 keyword dan terus membaca tanpa perlu lagi membaca ayat demi ayat. Ini adalah speed reading
era baru, iaitu era Mendeley...bukan Era Fazira atau radio Era yang macam merapu pagi2 tu.
Aku dapat idea membuat cross reference between dan within articles ini supaya dapat membaca sesuatu TARGET dgn pantas tanpa mengorbankan kerelevenan article. Aku namakan sebagai SPEED READING ON TARGET (SROT) !
SROT ini penting apabila ko mula nak menyelongkar dan memahami apa2 key word dalam ratusan artikel yang ko kumpulkan. Jadi tak derlah anak bijik mata ko yang hitam tu boleh jadi kelabu atau biru....bila nak cuba membaca dgn cepat beratus2 artikel dgn mencari keyword2 yang penting spt speed reading old style....
SROT ini penting apabila ko mula nak menyelongkar dan memahami apa2 key word dalam ratusan artikel yang ko kumpulkan. Jadi tak derlah anak bijik mata ko yang hitam tu boleh jadi kelabu atau biru....bila nak cuba membaca dgn cepat beratus2 artikel dgn mencari keyword2 yang penting spt speed reading old style....
Fuhh.... tak sangko den....SROT dgn Mendeley ni benar2 melele...selepas KOT dan RFOT......
OT
Oh... dah faham nak baca macam mana... Terima kasih byk2...
ReplyDeletei like everyrhing with OT ending... RFOT SROT
ReplyDelete