.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 6, 2012

Tajuk 403: 10 sebab santai anda lebih dahsyat dari wartawan


Asslm bro…. langit mendung jer petang2…. sampai mood pun hilang…

Mana boleh moody….. ko ni macam wartawan jugak….tak leh moody, semua assignment kena beres hari tu jugak, tak boleh tangguh2 bro

Aku bukan wartawan da…

Sapa kata ko bukan wartawan…. malah ko lebih dasyat dari wartawan 

Ha ha … nak beranalogi lah tu!

Cer ko baca ni bro… 10 perkara yang dilakukan oleh wartawan… yang ko jugak lakukan.... aku tulis secara santai... 

Pertama: 
Wartawan kena hasilkan tulisan yang “catchy” yang “fresh” yang “menyumbang” kepada berita dan yang “tidak” disiarkan dimana2 akhbar atau majalah yang lain.

Kedua:
Wartawan mestilah berupaya menganalisis dan mensintesis maklumat dari beberapa sumber supaya berupaya membuat kupasan yang mantap

Ketiga: 
Wartawan ada etika, bukan main ambik tulisan orang lain dan siarkan semula… tu plagiat bro

Keempat:
Wartawan kena pergi field work, cari maklumat, cari data, bukan menganga jer depan komputer

Kelima:
Wartawan mesti buat rujukan, selidik, interview… bagi memastikan kesahihah berita

Keenam:
Wartawan seorang yang pro… bukan main kecik2 hati, ikut2 mood, tangkap feeling atau sensitive bila ditegur

Ketujuh:
Wartawan mesti kreatif, proactive, pandai komunikasi …. bukan sambil main facebook sambil tunggu maklumat datang bro… 

Kelapan:
Wartawan mestilah computer savvy ! Tahu memanfaatkan email, fb dan ada collaborate sesama sendiri supaya boleh bertukar2 info…. 

Kesembilan:
Menghormati kerahsiaan sumber maklumat, dan privacy pemberi maklumat

Kesepuluh:
Hasilkan artikel yang “original”,  readable dan paling penting publishable dalam suratkhabar atau majalah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara!!

Phew…. yer ta yer jugak…. Benda2 kat atas tulah yang aku selalu buat tapi kadang2 bersemangat kadang2 down bro…

Mana ko boleh down bro….sebab ko lebih dasyat dari wartawan ….nak tahu kenapa?

Pertama:
Qualification utk ko jadi calon PhD dan Master lebih ketat dari kelayakan nak jadi wartawan

Kedua:
Syarat artikel ko utk publish jugak jauh lebih ketat dari syarat artikel di surat khabar atau majalah

Ketiga:
Kajian ko lebih detail dan rigorous… bukan main ikut pendapat ko atau pendapat orang ramai jer

Keempat:
Ko tak boleh tulis dan berfikir sebarangan …. Setiap perkataan ko ada nilai akademik… dan maksud yang khusus… saintifik…..bukan tulis ikut sedap tangan ko jer….

Kelima:
Ko perlu mendapatkan maklumat dari sumber primer dan perlu memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat tersebut…. Gossip wpun satu ayat... tak main lah

Keenam:
Ko kerja utk diri sendiri… bukan utk SV atau IPTA ko. Jadi kalau dah kerja utk diri sendiri, mestilah lebih hebat, bersemangat dan kerja kuat

Ketujuh:
Ko memiliki kemahiran penulisan yang lebih dasyat….tapi kalau ko pun tak tahu apa itu doc map, nav pane, Mendeley, SPSS…. baik ko tulis rencana satu dua muka surat, hantar kat suratkhabar KOSMO jer… dapat gak RM150 satu artikel…. glamer per !

Kelapan:
Kalau wartawan tulis satu dua muka surat setiap hari, ko pulak menulis dua tiga bekas muka surat tiap2 hari…. Ada ko buat?

Kesembilan:
Kalau wartawan yang gigih hasilkan koleksi berita bertahun2 lamanya, maybe adalah sorang dua yang dapat anugerah, tapi semua postgraduate hasilkan satu thesis jer…dalam  4 tahun.....semua gerenti dapat gelaran Dr…. mana tak dasyat …

Kesepuluh:
Akhirnya bila ko dah jadi lecturer, researcher… jadi expert….wartawan yang sama juga akan berkejar2 mencari ko bagi mendapatkan maklumat terkini dan sensasi…. Dgn soalan standard spt....

“Pada pendapat Prof sebagai pakar psikology, apakah sebabnya lagu santai Gangnam Style nyanyian  Psy yang dah otai, begitu popular dari Singapore sampai ke Thai?”

Atau.....

Ko dijemput sebagai kolumnis utk menulis dalam surat khabar atau majalah tentang isu2 semasa kerana kepakaran ko... so bukankah ko dah jadi researcher cum journalist !!

Jadi janganlah moody.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...