Kita nak jawab persoalan kajianlah. Jadi ko kenalah interview responden supaya respon mereka dapat menjawab persoalan kajian ko. Then ko transkrip jawapan yang macam2 dan panjang tu...
Taman Botani Putrajaya 1: Menganalisis data kualitatif ibarat satu perjalanan yang panjang |
Contohnya?
Katakan ko nak buat kajian, utk tahu kenapa berlakunya “penagihan berulang”, sedang lulusan pusat serenti ini telah mendapat segala bentuk rawatan zahir dan batin dari menagih semula. Tak kurang yang menyatakan seribu penyesalan sehingga jiwa mereka kosong setelah terlibat dengan fenomena “pandai hisap dadah” atau PHD, ringkasan yang penagih sendiri berikan, tapi menagih semula dalam tempoh 3 bulan setelah keluar.
Jadi ko pun merancang utk menemubual tiga mantan penghuni pusat serenti yang menjadi penagih semula. Tiga sample ini adalah sampel purposive yang menjadi informan yang “kaya” dgn maklumat yang anda perlukan kerana mereka adalah penagih berulang yang paling lama berada di pusat serenti, paling bersih ketika dipusat serenti tetapi paling cepat menagih semula.
Persoalan kajian:
Bagaimanakah berlakunya penagihan semula dalam kalangan lepasan pusat serenti?
Bagaimana nak jawab persoalan di atas?
Jadual 1 berikut adalah soalan interview dan temubual dgn tiga responden A, B dan C... Oleh kerana setiap transkrip pada asalnya panjang menjela2….malah berbeza2 ikut responden maka perlu dijalankan proses coding.yang telah aku ringkaskan. Perhatikan kod-kod yang diberikan bagi mewakili pernyataan dalam interview..
Jadual 1 |
Langkah pertama: Tema asas
Mula2 ko buat transkrip ler data interview ko......dan sudah pasti selalunya jawapan responden A, B dan C panjang menjela2…. maka perlu diberikan satu kod yang mewakili pernyataan2 yang mewakili satu tema yang asas dalam pernyataan responden. Kod2 ini membawa makna yang terhad spt Jadual 1 di atas.
Langkah kedua: Tema kelompok / tersusun
Kemudian semua kod-kod responden A, B dan C yang berada dalam satu kelompok tema asas yang sama kerana maksudnya hampir2 sama samada yang tersurat dan tersirat, dikelompokkan dan disusun bagi membawa tema yang lebih luas.
Contohnya semua kod yang berkaitan dgn tema kawan dikelompokkan dibawah satu tema yang lebih besar iaitu...."Pengaruh Kawan".
Langkah ketiga: Tema menyeluruh
Tema2 yang telah disusun dan dikelompok kemudiannya digabungkan bagi mendapatkan satu tema yang lebih menyeluruh bagi memudahkan interpretation.
Aku ringkaskan dalam Rajah 1 berikut bagi menunjukkan hubungan antara Tema asas, Tema tersusun dan Tema menyeluruh seperti Peta Minda atau Network. Tanpa peta minda ini, sukar utk memberikan tafsiran yang bermakna kepada keseluruhan transkrip interview yang menjela2 panjangnya....
Rajah 1 - Kaitan tema asas, tersusun dan menyeluruh |
Setelah dilakukan tiga langkah di atas terhadap kod-kod dalam jadual tersebut, kita akan dapat membina peta minda atau network yang menghubungkan semua tema2 spt Rajah 2 berikut.
Taman Botani Putrajaya 2: Membina tema spt menyusun batu menuju satu destinasi ... |
No comments:
Post a Comment