.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, November 8, 2012

Tajuk 404: KOT - Kenapa anda menulis proposal tanpa panduan ?

Salam semua. Esok saya ada satu bengkel dgn postgrads UiTM yang diadakan di I.Learn. Ini kali ke 6 kalau tak silap saya dijemput oleh postgrads UiTM.... bagus diaorang ni, rajin tambah kemahiran diri. 

Sebelum saya teruskan dgn KOT, maybe mulai entry ini, saya akan cuba selitkan photo2 dari sentuhan DSLR saya.... Ni macam hobi baru ler pulak... tapi tak ler sampai tahap gaban, sekadar dipinggiran jer. Jgn ler marah kalau asyik si NINE anak saya tu jadi model ..... itu jer model  yang free of charge ! Kalau ikutkan aku, nak ambik Shila Hamzah, penyanyi yg baru pakai tudung tu jadi model....  sure meletup2 blog ni...

Jika ramai yang akan tenung  hp sambil baca sms yang sama berpuluh2 kali sebab tak ada kerja lain nak buat.... biarlah saya snap photo.... satu dua keping buat tatapan sendiri. 

OK.... ini kisah KOT pulak. Saya telah mengisi slot bengkel di AKEPT 2012 Melaka dua minggu lepas. Oleh kerana saya diberikan hanya 2 jam utk membuat demo teknik penulisan tesis, maka tercetuslah idea utk saya membina satu cycle yang saya namakan KOT Cycle… sebagai satu reflection bagi memudahkan saya menerangkan idea penulisan tesis saya.


KOT Cycle? Ini adik beradik RFOT ker? Apasal dua2 ada “OT”?

KOT Cycle = Keep On Track Cycle
RFOT = Research Framework On Template

Lazimnya bila saya tanya pelajar, betulker u buat proposal macam ni? Selalunya mereka jawab secara selamat “betul kot..” dengan nada tersangkut2… dan kelihatan sedikit takut. 


REFLECTION !
Perasan tak apa2 pada tag my_PHOTO tu....

Jadi bagi memastikan semuanya berada pada landasan yang betul, maka keluarlah idea KOT Cycle. KOT cycle adalah jenama baru tetapi sebenarnya telah banyak dibincangkan dalam blog DROTSPSS. Cuma…. perbincangan tersebut kini diringkaskan dalam satu cycle bagi memahami kenapa penulisan thesis bukan sahaja perlu pantas tetapi perlu berada dalam landasan yang betul.

Berikut adalah KOT Cycle yang saya maksudkan. 




KOT ini tentu mudah difahami kepada ex-particpants bengkel saya, tetapi saya juga ingin membantu menjelaskan kepada “bakal” peserta bengkel akan perjalanan awal menyiapkan proposal dan thesis.


KOT bukanlah penyelesaian mutlak. KOT hanyalah satu proses bagi memastikan kelancaran penulisan thesis dengan beberapa teknik yang tidak pernah diajar pun dalam mana2 kursus oleh sesiapapun. Kenapa? Ini kerana teknik ini adalah sesuatu yang unik yang saya refined dan combined dari pengalaman saya serta kecanggihan software berkaitan penulisan thesis.

Berdasarkan KOT cycle tersebut, semua calon atau bakal2 calon master atau PhD perlu menguasai beberapa kemahiran yang sering diabai atau sengaja tidak diberikan perhatian. 

Kemahiran mencari maklumat primer:
Kemahiran mencari maklumat utama / primer / established dalam bidang kajian perlu mendahului kemahiran yang lain. Kemahiran ini perlu bagi memastikan langkah literature search yang berkualiti dilakukan secara INTENSIVE dan EXTENSIVE. Mudah kata, kemahiran ini akan memastikan tiadanya artikel atau dokumen rujukan primer yang tertinggal dalam pembacaan anda. 

Apakah langkah yang lebih baik dari langkah mempersiapkan diri dengan segala pengetahuan, pemahaman, perbincangan, isu, sifu dan perkembangan dalam bidang kajian anda?  Kemahiran ini saya juga telah kupas dalam entry sebelum ini.

Dan…. Jgn lupa utk simpan segala rujukan dgn selamat dalam Dropbox bagi tujuan sendiri ataupun collaborate / sharing dalam bentuk paperless.



Kemahiran menyaring artikel yang releven:
Mengumpulkan bahan dan menyaring bahan yang relevant juga memerlukan kemahiran. Jika anda ada 150 artikel, tentu ada yang releven dan ada yang kurang releven. Sila baca Tajuk 356, 385, 399, 400 dan tajuk2 lain yang berkaitan dengan kemahiran ini. 


Pic ni aku snap kat satu shopping mall di KL

Pembinaan z-draft:
Amende z-draft tu? Maaf sebab saya tak dapat jelaskan dengan panjang lebar kerana pembinaan z-draft memerlukan bengkel utk difahami dan dipraktiskan. Secara umum, teknik z-draft adalah penulisan pra-proposal mengguanakan teknik doc map / nav pane supaya konsep CWYR dan DMIRMIW dapat dilaksanakan sebagai impetus kepada pemahaman anda sendiri terhadap focus kajian yang akan anda lakukan. 

Teknik doc map yang disepadukan dengan kemahiran menggunakan reference manager Mendeley akan menjadikan kerja penulisan pantas dan kerja2 editing yang cepat. Mendeley juga perlu dimanipulasi utk mencari artikel yang paling releven dgn “isi” yang anda hendak tulis. 

Katakan anda ingin menulis satu teori berkaitan “cognitive load” maka anda boleh secara cepat menggunakan Mendeley utk mengasingkan dari 150 artikel anda kepada artikel yang ada perbincangan tentang “cognitive load”. Jadi kerja2 penulisan semakin focus… tanpa perlu anda “melilau” mencari secara “try-n-error’ mana2 artikel yang menulis tentang “cognitive load”.


Dunia kanak2 yang sentiasa happy....

Pembinaan RFOT:
Z-draft yang disiapkan perlu berada dalam satu kerangka kajian yang mantap dan tepat. Jika anda menyiapkan z-draft sebanyak 100 muka surat, maka anda perlu transform semua ini dalam bentuk RFOT yang hanya 1 muka surat !! Ini membolehkan z-draft anda disemak dan dikomentar secara cepat oleh sesiapapun tanpa perlu meneliti butir2 yang terlalu detail.

Selepas semuanya berjalan dengan baik, cepat dan effisyen, tiada yang mustahil anda dapat sediakan z-draft hanya dalam satu semester, maka tibalah masanya utk anda convert z-draft anda kepada proposal. InsyaAllah, proposal anda akan lebih focus dan anda sendiri berkeupayaan menguasai apa yang anda tulis. Penyediaan proposal akan dimantapkan dengan bertambahnya pengetahuan dan bacaan anda. 

Kesimpulan
Inilah ROUTE 1 yang cuba saya jelaskan dgn KOT cycle. Terdapat ramai pelajar yang mengikuti ROUTE 2 sehingga ada yang “terkial2” sebelum bermulapun ikhtiar…. “terkinja2” bila dah nak mula, “tersentap2” bila yang ditulis macam tak mantap2 malah ada yang akhirnya “terduduk”apabila terpaksa tukar tajuk…… “tersedu2” menahan pilu….mengapa begitu "siksa" utk mendapatkan master......apatah lagi jika bakal menjadi satu "tragedy" dalam menuju PhD!

OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...