.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 12, 2016

Tajuk 832 - Ada 5 tahap penulisan thesis - di manakah anda?

Ada 5 tahap dalam menyiapkan kajian dan tesis. Jgn biarkan diri anda tersangkut ditakuk 2 atau 3 sahaja....

Tahap 1. Tahu
Sebelum buat kajian anda kena TAHU dulu apa yang anda nak buat. Contohnya kalau anda hanya “terfikir” satu tajuk yang anda nak buat kajian tanpa anda ada pengetahuan … anda tahap 1 pun anda tak lepas !! Anda akan relex jer…. sebab kepala anda pun tak pening.. anda tak tahu apa yang anda tak tahu…. Natijahnya bila SV tanya kenapa pilih kajian ni…. dan soalan2 lain ….mulalah anda merapu…. Jadi jg ringan2 bro... teruskan ke tahap seterusnya

Tahap 2. Faham
Mulalah membaca dan terus menulis draf proposal anda. Jika anda dah mula membaca bahan yang releven…menulis… berfikir…membaca… dan terus menulis… anda akan mula pening kepala sebab byk benda baru yang anda baru TAHU tapi anda masih tak FAHAM.



Maybe anda boleh mulai dengan definisi oleh Wikipedia , membaca handbooks, buku2 specific...meneliti artikel... Katakan anda jumpa perkataan “assimilation” yang digunakan oleh Piaget… utk kajian yang anda nak jalankan… membaca secara focus apa sahaja yang berkaitan dgn terminology tersebut dari bahan yang anda kumpulkan dalam Mendeley. Anda akan mula memahami apa yang anda tahu. Semakin banyak anda membaca…dan menulis… lagi dalam kefahaman anda. Ketika ini penulisan anda dah mula berkembang….

Anda jgn kisah bro… anda baca dan tulis jer dulu…sambil cuba memahami….Ini normal lah bro…. yang penting anda dah nak masuk Tahap 2…. tahap anda mula nak faham. Inilah tahap yang pada aku mula menghairahkan aku untuk terus membaca dan menulis.. tak henti2..

Tahap 3. Application
Ini tahap penguasaan naik setakuk lagi. Memahami terminology, variable, analisis data, rekabentuk kajian dll yang berkaitan dgn apa yang anda nak kaji belum memadai jika anda tak tahu bagaimana semua itu diaplikasikan. Jadi teruskan pembacaan artikel dgn lebih mendalam secara khusus dan menulis bagi memahami pula bagaimana kesemua ini diaplikasikan dalam kajian2 lepas.
Mendeley akan bantu anda mengesan perkataan khusus / keyword dalam artikel yang anda kumpul. Katakan anda tahu dan faham ANOVA tapi tak tahu bagaimana diaplikasikan dalam kajian anda. Maka dengan membaca artikel2 yang releven yang menggunakan aplikasi analisis ANOVA…. Barulah anda tahu dan faham applikasi ANOVA dan boleh anda gunakan pulak dalam kajian anda. Apa lagi…. penulisan anda dah mula berkembang…. Keghairahan anda akan mula meningkat..

Tahap 4. Analysis
Bagus…. anda dah tahu, faham dan mula kuasai aplikasi, katakan terminology “assimilation”. Dgn pembacaan dari pelbagai kajian, anda dah boleh menguasai konsep “assimilation" dari pelbagai sudut dan context kajian. Ketika inilah kemahiran aplikasi anda dah mula memasuki fasa analisis. Anda dah mula tahu menganalisis semua aspek kajian berkaitan assimilation dan mula merancang untuk menjalankan kajian yang dapat mengembangkan lagi aplikasi konsep “assimilation” kepada keprluan semasa sambil menjawab sebahagian isu berkaitan.

Anda dah mula berupaya mengekstrak maklumat dan pendetailan assimilation yang hanya releven dengan kajian anda. Pada tahap ini penulisan anda dah mula mantap wpun masih longgar sana sini.
Oleh kerana anda dah tahu, faham malah boleh mula mengaplikasikan apa yang anda faham dalam kajian anda maka pada tahap ini proposal anda sepatutnya dah boleh dibentangkan. Ingat bro....pada tahap ini penulisan anda maybe tidak begitu kritis....tapi tahap ini dah memadai utk anda siapkan penulisan yang lengkap.... dan anda mula merasai nikmatnya menulis.

Tahap 5. Synthesis
Tahap analysis bermakna anda berupaya mengektrak maklumat yg penting dan releven sahaja utk kajian anda. Maklumat yang diekstrak dari pelbagai sumber ini perlu disintesis supaya penulisan thesis anda menjurus kepada apa yang anda ingin lakukan secara kritis. Menulis secara kritis memerlukan tahap penguasaan yang tinggi…. Iaitu gabungan keupayaan menganalisis dan mensintesis… dan inilah klimaks dalam menulis !!

OT - ini adalah tahap ikut Bloom !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...