.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 12, 2016

Tajuk 842 - Operational Definition / Definisi Operasi - boleh rujuk kamus tak?

Terdapat banyak istilah dalam kajian yang perlu dijelaskan yang mungkin mempunyai maksud yang berbeza dari yang difahami umum, maka istilah tersebut perlu didefinisikan / quantify secara operasi dalam konteks kajian anda supaya difahami oleh pembaca.

Jika kajian anda bertajuk:
Kajian keberkesanan aplikasi animasi bagi mata pelajaran Sains terhadap penguasaan konsep fotosintesis dalam kalangan pelajar Tahun Dua di Daerah Kajang.

DV = penguasaan konsep
IV = aplikasi animasi

Terdapat istilah yang tidak perlu didefinisikan kerana anda menggunakannya dalam konteks yang difahami umum seperti mata pelajaran Sains, pelajar Tahun Dua dan Daerah Kajang. Namun begitu, istilah seperti keberkesanan, aplikasi animasi, penguasaan konsep perlu didefinisikan secara operasi dalam konteks kajian anda.

Pertama, anda mendefinisikan variable (apa saja yang diukur dalam kajian anda) spt keberkesanan dan penguasaan konsep.

Kedua, anda mendefinisikan konsep abstrak / umum yang anda gunakan dalam kajian seperti aplikasi animasi.

Maka istilah2 spt ini wajib anda berikan definisi operasi seperti berikut:
1. Keberkesanan - perbezaan min skor yang diperolehi dari ujian pasca berbanding ujian pra selepas subjek menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.

2. Aplikasi animasi - koswer sains Tingkatan Dua yang menggunakan animasi fotosisntesis berdurasi 20 minit untuk pengajaran tiga period (90 minit).

3. Penguasaan konsep - skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam ujian pra dan pasca selepas menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.
atau anda boleh merujuk kepada definisi operasi kajian lepas yg sesuai dgn kajian anda spt...

3. Penguasaan konsep mengikut Russel (2003) adalah skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam satu set soalan berkaitan konsep yang ingin diuji. Oleh itu, dalam kajian ini penguasaan konsep membawa maksud skor yang diperolehi oleh individu subjek dalam ujian pra dan pasca selepas menjawab 30 soalan konsep fotosintesis.

Jangan sekali-sekali (dua kali lagi tak boleh) merujuk definisi dari Kamus Dewan atau kamus Oxford, apa kamuspun tak boleh, termasuk Ust Ismalil Kamus... juga Wikipedia kerana semua itu bukan definisi operasi kajian anda...

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...