.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 11, 2014

Tajuk 683: 8 cara jadikan menulis sebagai habit !

8 cara jadikan menulis sebagai habit !

Aku bukan penulis. Tetapi tiba2 dah macam jadi habit ler pulak. Sementelahan anda semua sedang menulis proposal atau thesis atau apa sahaja…. Meh aku kongsikan sikit kenapa tangan aku ni gatal jer nak menulis... tips dari penulis tersohor mungkin lain sebab aku ni penulis picisan jer...

Pertama:
Jadilah seorang activationist yang akan "bertindak" menulis apa sahaja bila ada idea. Bila terfikir sesuatu, terus jot down wpun pada note dalam hp… atau rakam idea anda jika berada di dlm kereta dll. .. supaya x lupa... terutama yang dah tua macam aku ni !

Kedua:
Ketahuilah bahawa idea tanpa penulisan sama spt tiada apa-apa idea. Idea pun ada jangka hayat... selepas beberapa lama idea anda mungkin hilang diganti idea lain plak yang juga akan hilang...

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Copenhagen

Ketiga:
Jgn tunggu idea menjadi perfect. Idea akan perfect bila anda mula menulis. Bila anda mula menulis anda mula berfikir. Bila anda mula berfikir anda akan "dipaksa" berfikir utk kembangkan idea utk meneruskan penulisan anda.

Jadi anda sebenarnya bukan stucked kerana tidak ada idea tapi anda gagal dikembangkan idea anda. Idea anda sampai bilapun tak akan berkembang kalau anda tidak menulis. Stucked menulis lebih baik dari tak menulis apa2.

Tapi stucked lepas tu tak nak menulis... ini pun tragis...jadi bro.... menulis tidak sesuai bagi seorang perfectionist !

Keempat:
Jgn menulis terlalu nak ikut sekuen dulu. Tulis dulu apa2 idea hatta terlompat2…. then barulah kemudian aturkan sekuennya.... macam puzzle. Kalau tak mula satu dulu sampai bilapun anda tak mula... malah ko boleh mula dari tengah atau belakang.... kalau itu idea yang ko dapat dulu....

Kelima:
Jgn takut utk menulis dan terima kritikan. Kalau takut…. hilanglah confident… abislah ceriter !
Kritikan ada dua - satu kritikan membina, kedua kritikan tak guna !

Keenam:
Menulis adalah tindakan mekanik bukan magik. Jadi bila ada idea…. bangun.... buka computer dan menulis… bukan tunggu magik !!

Ketujuh:
Banyak membaca bro.... dlm topik yang anda minat dan tak minat juga....membaca sambil membuat analisis... kalau tak membaca....berangan tunggu idea.... jadi pisang beranganlah idea anda tu !!

Kelapan:
Pastikan tulisan ada boleh menyumbang kepada kebaikkan.... atau sekurang2nya membuat pembaca berfikir.... kalau tidak lebih baik abiskan masa dgn berzikir....

OT - Copenhagen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...