.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 11, 2014

Tajuk 680: 10 kejutan bila aku ke Copenhagen University... !!

Baca jgn tak baca - Hari penuh kejutan...ketahuilah wujudnya thesis warna warni dan viva sambil menikmati cuppocino.. yang 100% lulus !!

Nampaknya intuition aku.... pendapat aku dan post2 aku selama ini yang menyonsang arus perdana di Msia..... bukanlah sesuatu yang pelik... macam Ripley's Believe it or Not .... tetapi menepati apa yang dilakukan di sini.... di world class university !! Jadi baca jgn tak baca bro...

Kejutan 1: 
Kluar jer dari hotel.... aku diinterview wartawan.... tak tahu plak masuk TV atau news !! Terasa macam artis ler pulak.... Aaron Aziz pun tak sapa nak interview kalau sampai di Copenhagen.....agaknyer lah... 

Kejutan 2:
Sebelum aku ke Copenhagen University (KU) utk bengkel dgn postgraduate..... aku dibawa oleh Sdr Saiyidi kesebuah masjid di Copenhagen utk solat. Aku bertemu sekumpulan "Mat Salleh" yang sengaja datang utk melihat aktiviti masjid dan mendengar azan. Mereka sangat open. Dimaklumkan saban waktu ada sahaja Mat Salleh yang datang utk mengetahui aktiviti umat Islam di masjid tersebut. Tiada syaratpun perlu menutup kepala.... dll bagi yang non-muslim utk masuk ke dalam ruang solat.. asalkan buka kasut. Kebersihan masjid.... tip top !!

Kejutan 3:
Sampai di Copenhagen University (KU).. aku disambut 10 postgraduates. Diakhir bengkel ... aku ditunjukkan beberapa buku warna warni yang 3/4 jer dari saiz A4 dalam 200 pages.
Terkejut Tumberlina aku bila dikatakan .... itulah PhD thesis !! Belum abis aku kebah dari terkejut... aku menerima kejutan little mermaid pulak.... VIVA hanyalah satu formality memperkenalkan hasil kajian dan bertukar2 fikiran bukan penilaian dgn minor, major apatah lagi resubmission... yang dibuat secara OPEN sambil menikmati latte atau cappuccino !! VIVA tu bermakna committee advisory dah luluskan postgraduate tersebut !

Thesis pulak berupa atikel2 yang telah dipublished dan dibinding dalam bentuk buku yang bebas format ... ikutlah mana satu format standard yang difikirkan sesuai dan masuklah apa sahaja gambar yang cantik persis sebuah buku !! Colorful bro !

Kejutan 4:
Apabila balik hotel aku terkejut Viking bila aku semak internet dan dapati Copenhagen University berada pada kedudukan 45 QS world ranking.....bukan 450 bro !! Aku spt tak caya university yang penuh dgn kepakaran tersebut menjadikan proses menyiapkan thesis begitu santai kerana priority diletakkan kepada "proses" menjalankan research dgn supervision yang ketat... bukan isu titik bengik yang ntah apa2..... Sdri Intan kata dia ada 5 SVs kerana bidang kajiannya memerlukan beberapa kepakaran berbeza !!

Kejutan 5: 
Dalam kereta, kenalan pelajar Msia yang bawa aku berkata dia cuti gaji penuh 3 bulan sebab isteri bersalin....tapi kali ini aku terkejut manja bila dmaklumkan isterinya diberikan cuti 9 bulan bergaji penuh utk menjaga baby !! Wow... tingginya mereka menilai sebuah kelahiran !!

Kejutan 6:
Tak cukup dgn itu...tiba-tiba Intan yang menganjurkan bengkel aku berkata.... setiap PG daftar jer dapat sorang satu laptop... dgn meja yang boleh adjust.... kalau penat duduk.... meja boleh ditinggikan supaya kerja dgn posisi berdiri pulak.... then adjust utk posisi duduk supaya menjaga tulang belakang.... mak aiii... sampai kesitu sekali !!

Kejutan 7:
Semalam aku demo Mendeley kepada PG di Copenhagen University (KU). Kelajuan internet yang aku gunakan di makmal KU tersebut mengingatkan aku betapa slownya internet di IPTA tanah air ku tercinta. Tanpa perlu menunggu loading…. semua yang dicari oleh Mendeley dipaparkan berdesap desup.
Apa nak buat…. internet slow ni satu trademark di IPTA… pergilah manapun… takkan ada yang laju. Akupun tak tahu kenapa….



Aku bersama PG di KU, Denmark !


Kejutan 8:
Aku terkejut lagi…. sebab tiada tanda open access pada Mendeley dari search yang aku buat. Lebih terkejut lagi bila aku klik artikel yang bukan open access….. semuanya boleh didownload…. Maknanya hampir semua artikel yang dipaparkan oleh Mendeley menjadi “open access” di makmal tersebut ! Fuhhh…. Ini macam 2, 3 hari dah boleh kumpulkan semua artikel yang releven.

Kejutan 9:
Aku dimaklumkan oleh salah seorang peserta bengkel yang belajar di KU… sekiranya masih ada artikel yang tidak dapat didownload… pelajar hanya perlu inform librarian dan kemudian pilih option samada ingin dihantar ke email ataupun hardcopy ke alamat rumah ! Sampai macam tu skali?
Librarian akan dapatkan artikel tersebut utk pelajar. Bukan itu saja…. bukupun jika diperlukan tapi tak ada dilibrary pula akan diperolehi oleh library dan akan dihantar ke alamat rumah utk pinjaman dan kemudian baru dipulangkan di library semula.
Adakah ini satu mimpi?

Kejutan 10:
Thesis pelajar yang akan viva diedarkan atau boleh diperolehi di pejabat. Kemudian thesis penuh juga boleh diperolehi dari website university. Aku terkejut sebab di tanah air aku…. yang tercinta…. thesis diberi penghormatan istimewa utk berada di red spot dan memperolehi imunisasi utk tidak dibawa keluar. Kehebatan thesis yang dikatakan padat dgn contribution kepada society dan memberi impak tersebut disimpan dgn rapi dalam library…. Maybe menunggu pihak policy makers atau wakil kementerian utk datang dan merujuk ….. namun tidak pernah muncul2 !!

Aku ingat aku jer yang giler bila cadangkan supaya thesis pelajar diedarkan dan boleh dipinjam spt bukn teks yaag lain dilibrary.... rupanya University Copenhegen lagi giler dari aku !
Cukuplah 10 kejutan tersebut….. wpun aku sedar ramai yang tidak bersetuju akan perbandingan yang aku buat…. spt semuanya baik di Barat dan semunya buruk di tanah air sendiri. Ntah2 akan ada yang akan sebut – cam tu baik kuar jer dari Msia !!

Sabar bro…. sebab IPTA kita sedang berusaha utk menjadi university bertaraf dunia…. maka perlulah didedahkan sedikit sebanyak apa yang berlaku di university lain yang bertaraf dunia... taklah PG kita hanya mengiyakan apa sahaja spt itulah yang berlaku di tempat lain.

Akhir komentarku…. IPTA di Msia aku lihat sgt ketat dalam “menilai” thesis PG tetapi keketatan tersebut tidak pula ketara sepanjang “proses” kajian dan thesis tersebut berlansung sehingga sebahagian PG terbiar meraba2 mencari hala sendiri ….. memikul ungkapan “your thesis is your responsibility”... so semuanya buatlah sendiri....

Perbualan dgn PG disini menunjukkan betapa SV bersama2 mereka dalam “proses” menjalankan kajian…. dan penilaian berlaku sepanjang proses menjalankan kajian tersebut, bukan hanya berlaku apabila dah sampai dihujung jalan …. ketika VIVA !!

Aku tidak menafikan kelebihan belajar di IPTA sendiri… tetapi byk yang perlu diperbetulkan lagi utk kebaikkan semua… yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan…..

OT - Copenhagen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...