.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 11, 2014

Tajuk 679: 10 peringatan sebelum hantar manuskrip tesis

Berikut adalah 10 peringatan yang perlu anda ketahui sebelum menghantar manuskrip thesis anda kepada SV…. yang aku tulis sementara menghabiskan malam yang panjang.

Pertama:
Tolong jgn sampai ada kesalahan ejaan, salah spacing, tak justified ….semua ini adalah indicator anda menulispun tak qualified. Anda hanya menjatuhkan “maruah” anda sendiri di mata readers. Maaflah aku nak katakan bahawa kesalahan kecil spt ejaan adalah “nothing dan normal” dalam FB tapi menjadi “dosa besar” dalam penulisan thesis !

Kedua:
Bila diselak bahagian References….. tak jumpa senarai high impact journal dalam bidang yang dikaji…. memang anda belum bersedia lagi.... memang nak kena taji !

Ketiga:
Jangan ada statement yang kaw-kaw tapi tak ada citation ler pulak atau citation dari artikel student undergrad, suratkhabar picisan ataupun buku teks.... online atau dari artikel yang jurnalnya tak sapa pernah dengar !

Keempat:
Bila dibaca.... tiada satupun nama-nama tersohor dan leading authors dalam senarai citation dan references anda…. yang banyak nama2 lain yang anda jumpa online…. yang ntah sapa2.... samalah anda mengutarakan teori multimedia dalam pembelajaran tanpa mengupas kajian Sweller, Mayer, Moreno, Clark, Kozma, Chi dll… dan selitkan juga tulisan oleh Othman dan Rozhan dalam konteks Malaysia !!

Kelima:
Elakkan pernyataan yang definite atau generalisasi yang tak bertempat spt “TIADA kajian lagi dibuat…. Pada HAKIKATNYA…. SEMUA dapatan kajian lepas menunjukkan…. “ giler ker?

Keenam:
Ayat anda banyak yang bermula yang bermula dgn “According to….” diikuti dgn ayat lain “… while X mentioned….” ditutupi dgn satu ayat lagi…. “ theferore Y argued….” yang semuanya hanya SATU ayat setiap SATU author sahaja tanpa sebarang kupasan lanjut.

Ketujuh:
Awal-awal lagi menulis dgn satu kecenderungan dan bias… theory ini adalah yang terbaik….. kajian ini akan mengupas persoalan…. modul . model ini berkesan....dapatan kajian akan merungkai masalah…. Please stay neutral lah bro….

Kelapan:
Menganggap approach kajian anda adalah yang terkini…. Kajian anda yang terkehadapan…. Conceptual framework anda yang the latest…. Sedang bila dibaca manuskrip..... anda hanya mengupas beberapa kajian lepas yang outdated !

Kesembilan:
Manuskrip thesis adalah lambang diri anda sendiri sebagai calon PG yang berada dalam dunia scholar peringkat tertinggi, maka kehebatan anda hanya boleh dibaca dan diserlahkan dari cara anda menulis dan menyiapkan manuskrip tersebut…. selain itu…tak sapa yang tahu tak sapa pun yang kisah....

Kesepuluh:
Anda dianggap tidak layak berada dalam dunia scholar , dunia akademik peringkat tertinggi, kalau dalam manuskrip anda ada tanda2 yang jelas anda malas… tak menguasai secara mendalam apa yang anda kaji…. membaca secara surface, tidak meluas dan menyeluruh sehingga kedangkalan pemahaman terserlah dalam manuskrip yang anda sediakan….

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...