.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, November 10, 2014

Tajuk 676: PG, VIVA dan Supervisory Committee... isu dgn kuku !

Post ini utk pembacaku yang majoritinya bakal menjadi SV. Sedikit bahan utk berfikir... sambungan post sebelum ini. Jgn takut. Aku orang kecil. Aku bukan policy maker. Aku tak boleh ubah apa2..

Aku hanya berfikir dan ingin berkongsi apa yang aku fikir. Jadi kalau tak setuju…. tidak akan menjejaskan apa2… Sama spt GOT....dan Thesis SOT (submitted On Time) dulupun aku diangap pelik bila sebut GOT dan SOT... nanti thesis tak berkualiti... tak ada perseverance... tapi bila KPM sebut GOT... semua dok pakat2 setuju...

Aku percaya bahawa apa sahaja system ciptaan manusia ada kelemahan dan tiada system yang perfect… di Barat mahupun di Timur. Tetapi manusia sentiasa berfikir utk mamperbaikinya… supaya tidak JUMUD… apatah lagi dalam komuniti intelektual.

Ada uni buat VIVA ada yang tidak…. dgn alasan masing2…. no big deal. Aku menulis bahawa … yang tiada ViVa atau yang ada Viva…. bukan persoalan utama…. Tetapi fokus perlu diberikan kepada memantapkan “proses” menjalankan kajian oleh PG sebagai formative evaluation…. dan viva jika adapun.... tak sepatutnya dianggap macam “interrogation” sehingga terkeluar perkataan nak “screw up” pelajar (minta izin menggunakan perkataan dari salah satu respon yang diterima) mcm lah kejayaan ViVA adalah indicator kejayaan selepas bergraduate sedang...

1. LANGKAH PERTAMA nak buat PhD adalah dapatkan SV dalam bidang kajian

2. LANGKAH KEDUA adalah supervisory committee….yang dipersetujui oleh SV. Utk apa ini semua ? Tentu utk memastikan anda mendapat bimbingan dari EXPERT dalam bidang anda.

3. Anda tak akan dapat sambung belajar kalau tak dapat SV yang sesuai dari university yang dipersetujui rankingnya. Ini membuktikan peri pentingnya SV tersebut kepada perjalananan PhD anda.

4. Bila tulis article kan ada nama SV dan co sebab mereka juga involved dalam memastikan proses kajian berjalan in a proper way. Ini bermakna SV dan committee adalah PART and PARTIAL kepada proses kajian pelajar….

5. Selagi SV DAN COMMITTEE MEMBERS tak turunkan SIGNATURE atas manuskrip thesis PhD anda sebagai tanda dah bersetuju bahawa manuskrip tersebut LAYAK dan MENCAPAI TAHAP utk submission…. anda tidak layak pun utk memohon utk VIVA...

6. Juga ... lulusnya pelajar doctorate / Master adalah salah satu KPI dan criteria wajib kenaikkan pangkat SV dan co... kerana kedua2nya saling berkaitan... isi dgn kuku. Ini termasuk juga penambahan jumlah paper yang sbg co-author bersama pelajar.




Jadi jgn sahaja fokuskan kepada VIVA sahaja... (mentang2 lah pelajar yang akan hadapinya sendirian selepas bertahun2 jalankan kajian dan berbulan2 menunggu) sedang itu hanya berlansung 1 - 3 jam sahaja... sedang proses yang lebih awal, lebih panjang, lebih crucial, lebih ISI DGN KUKU sebelum ViVa perlu lebih dianggap serius....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...