.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 11, 2014

Tajuk 682: Adakah draft thesis mesti SEMPURNA dan LAIN dari yang lain ?

Aku nak menulis skit pasal 2 saranan yg aku baca supaya….

Pertama: Jgn hantar draft selagi tak sempurna

Research bukan bermatlamatkan kesempurnaan. Research hanya satu usaha utk mendapatkan jawapan yang boleh menjelaskan part and partial sesuatu fenomena atau penyelesaian masalah mengikut prosidur pengumpulan dan analisis data yang bersesuaian. Ini menjelaskan mengapa research dilakukan berulang kali dalam topic yang sama tetapi dgn beberapa modifikasi.
Presentation di Aaolborg University, Denmark, Okt 2014


Tiada research yang sempurna, begitu juga penulisan thesis…. lebih2 lagi diperingkat PG. Tak percaya bagilah mana2 tesis minor / major correction yang telah di”sempurna”kan kepada penilai yang lain…. anda akan dapati wujud lagi kekurangan di sana sini… malah berbalah sesama panel akan sesuatu aspek dalam thesis adalah suatu lumrah malah acap terjadi dan sesuatu yang normal – jadi milik siapakah kesempurnaan itu?

Kesempurnaan tak wujud bukan sahaja pada draf . Questionnaire pun tidak sempurna. Setiap satu item dlm questionnaire mempunyai error…. Begitu juga dgn analisis data yang semuanya berasaskan estimation, bukan perfection. Pemilihan sample yang walaupun random tetapi masih mengikut probability… apatah lagi yang bukan random dgn kewujudan extraneous yang tidak boleh dikawal?
Tugas PG adalah utk menyediakan draft yang lengkap….dari segi structure.... format… kandungan - selebihnya adalah tugas SV utk menyemak dan verify standard draft tersebut berdasarkan “pengalaman” dan “expectation” SV. Thesis sebagai manuskrip hanyalah “partial requirement” bagi mendapatkan master / doctorate kerana pengetahuan dan pengalaman menjalankan kajian tidak dapat dicatatkan dalam thesis.

Jadi hantarlah draft thesis yang lengkap dari segi structure, format dan kandungan bagi menepati kriteria sebuah thesis yang baik bukan yang “sempurna”. Pastikan draft tersebut bukan dibuat secara CINCAI dan dangkal…… ditambah dgn kesalahan ejaan dan format citation yg tak sepatutnya berlaku.

Kedua: Jgn replicate kajian yang sudah dilakukan !

Research lebih2 lagi pada peringkat PG adalah replicated. Theory…. analisis data…. semuanya replicated…melainkan dilakukan sedikit modification disana sini bersesuaian dgn objektif kajian. PG masih dalam fasa belajar…. fasa mamahami…. fasa latihan akademik tahap tertinggi…. malah sebahagian besarnya bermula dari “zero”.... maka kajian mahu tidak mahu adalah satu replikasi sebahagian aspek dari kajian lepas…. bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku secara intensif…. dalam bidang kajian masing-masing…. dgn modifikasi yang dilakukan boleh diterima sebagai contribution to knowledge…

Ketahuilah bahwa PG diberikan seorang SV kerana mereka masih novice ! Seorang novice yang dilatih utk jadi expert dalam dunia research sgt memerlukan highly personalized experienced melalui latihan menjalankan research. Namun…. research bukan terhenti selepas mendapat PhD…pintu membuat research tidak pernah tertutup selepas graduated….maka sebab itulah tujuan PG membuat research adalah lebih kepada membina skills melalui proper research and realistic expectation …

OT - Copenhagen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...