.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 25, 2011

TAJUK 236: Kesilapan besar dlm LR - anda gagal memberi justifikasi !

Kali ini saya akan jelaskan keperluan menulis pernyataan dengan hujah / argument / justifikasi yang logik. Saya tak berhajat untuk menjadi cikgu BM.... emmm..... sekadar berkongsi pengetahuan...

Dalam penulisan LR khususnya sains sosial, memberi hujah / argument / justifikasi adalah sangat penting. Ini kerana banyaknya pernyataan dalam sains sosial yang memerlukan hujah / argument / justifikasi. Tanpa hujah / argument / justifikasi.... pernyataan anda hanya akan berbentuk ANDAIAN.


Hah andaian? Penat saya baca dan tulis....mana mungkin ANDAIAN!


Iya... ANDAIAN ler....


Cess.... cuba buktikan !!

Terdapat pelajar yang tanpa disedari menulis pernyataan dalam thesis khususnya LR hanya berdasarkan andaian. Sebagai contoh, pelajar menulis pernyataan berikut dalam thesis:

 1. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.

2. Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.

3. Dapatan dari kaedah soalselidik boleh digeneralisasi.


Tak OK ker ayat tu? Semua orangpun tulis macam tu kan? Grrrr.....


Sabar...sabar... biar saya jelaskan....

Menulis ayat2 di atas akan dianggap sebagai ANDAIAN semata-mata jika tidak disertakan dengan fakta, hujah atau justifikasi yang logik.  Ini akan menjadikan pernyataan  anda tergantung, tidak logik, tidak boleh dipertahankan dan boleh dipersoalkan.

Sebagai contoh:

1. 95% guru sekolah adalah guru wanita menunjukkan golongan ini mendominasi profession perguruan di Malaysia.

- ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik

2. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.

- ayat dianggap sebagai andaian semata tanpa hujah / rasional yang logik.

Oleh itu anda perlu memahami bagaimana untuk menulis ayat dengan hujah / rasional yang logik.


Benda ni boleh jalan sendiri tau... mcm tak logik jer...
Apa justifikasinya NINE tak pulak tau... hehe...

Perhatikan 3 contoh berikut:

Contoh 1:

Ali akan mati - ini cuma andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Ali manusia.
Semua manusia akan mati.
Jadi Ali akan mati.

Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Ali akan mati kerana Ali adalah manusia – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 2:

Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran - ini andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Pelajar ponteng tidak masuk kelas.
Pelajar tidak masuk kelas ketinggalan dalam pelajaran.
Jadi pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.


Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Pelajar ponteng tidak masuk kelas maka mereka akan ketinggalan dalam pelajaran – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 3:

Dapatan dari kaedah soalselidik boleh digeneralisasi - ini andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Kaedah soalselidik menggunakan sampel rawak.
Sampel random membolehkan dapatan digeneralisasi.
Jadi kaedah soal selidik membolehkan dapatan digeneralisasi.


Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Kaedah soalselidik yang menggunakan sampel rawak membolehkan dapatan kajian di generalisasi – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Oleh itu setiap pernyataan dalam tulisan anda perlu disertakan dengan hujah / rasional yang logik.


Perhatikan pula ayat berikut....

Ayat 1:

Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan di Malaysia telah didominasi oleh guru wanita.

Ayat ini boleh diperbaiki dengan menambah hujah / argument / rasional yang logik....

Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan telah didominasi oleh golongan wanita yang mewakili 95% bilangan keseluruhan guru di Malaysia.


Anda "nampak" tak perbezaannya? 


Phew..... baru saya nampak.... minta maaflah sebab saya tak perasanpun sebelum ini. Lagipun tak der sesapapun ajar saya benda2 simple macam ni.... he he...mekacih mekacih...


Jadi anda akan tahu sebabnya jika SV anda komen.. ayat anda tergantung.... tidak rasional.... andaian semata2....tak ada sokongan fakta.... tak LOGIK.... tak jelas..... tak sampai maksud......dan yang sewaktu dengannya.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...