.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 6, 2011

TAJUK 212: Cari GAP dan outline LR dgn Synthesis Matrix - Bhg 1

Salam Syawal. Hari ini pelajar baru UPM mendaftar. Bermulalah episod baru sebagai mahasiswa.


Bagi mahasistua pula..... saya masih mendengar rungutan..... "Saya masih belum lagi mulakan LR".... Walaupun anda yang merungut, tapi saya pula yang terkena tempiasnya.... macamana lagi dapat diberikan cara utk anda mula bergerak.....

Saya telah sarankan supaya anda menyelongkar aspek2 dalam fokus kajian anda dari pilot artikel secara snow ball. Apa yang anda cari adalah gap, supaya anda boleh membina tajuk yang menjurus kepada pengisian gap tersebut. Saya telah sarankan supaya jangan cari tajuk dulu... cari gap dalam bidang yang anda minati dulu..... dengan alasan yang saya dah kupas dalam entry sebelum ini. Logiknya, research adalah untuk mengisi gap.....

Saya suka menyarankan salah satu kaedah yang bukan baru dan praktikal bagi menggerakkan injin minda anda supaya mula membaca dan menulis.


Selepas raya, semuanya agak lembab sebab banyak makan lemang.... maka berlakulah pengumpulan lemak2 di sana sini.... dan penatlah jantung anda utk mengepam darah.... sehingga yang sampai ke otak pun tak banyak lagi.... 


Saya suka cadangkan penggunan matrix atau crosstab table. Ada yang namakan sebagai synthesis matrix (sm). Dengan sm, anda akan dapat mencari gap dan dalam masa yang sama anda telah mula meneroka bidang fokus anda dan dalam masa yang sama juga anda telah mula membina outline dan content LR anda.

Apa dia sm? Ini adalah corsstab table yang mempunyai bahagian vertikal dan horizontal seperti contoh berikut. SM bertujuan membuka minda awal anda tentang apa yang berlaku dalam bidang kajian anda sekali gus memberi anda idea tentang perkembangan dan gap dalam bidang kajian anda. 

Dengan mengetahui gap ini, anda boleh membuat working title dan seterusnya membuat outline LR anda. Anda boleh menambah lagi isi yang anda ingin cari selain dari 5 isi seperti contoh crosstab table berikut:


1
2
3
4
5
Artikel
(Terus taip dalam Refrences)
Intro / bground
Isu / Gap
Teori / Conceptual framework / IV dan DV
Methodology
Main finding / suggestion / Future research
Artikel 1





Artikel 2






Katakan anda ada 15 articles, anda skimmed kesemuanya dan cuba ringkaskan idea / fact atau copy and past dahulu beberapa petikan paling relevan di bawah setiap column. Mungkin  ada column yang kosong kerana ketiadaan isi yang berkaitan. Its OK... sebab tujuan anda aadalah untuk mendapatkan the big picture of your focus area.

SM akan memberikan anda idea, apa yang berlaku dalam mainstream bidang anda. Setelah anda jelas dan dapat gambaran, anda boleh membina outline LR dengan document map dan membaca dengan lebih details setiap artikel supaya memudahkan anda menulis idea utama serta mensintesis fakta2 yang berkaitan dari kesemua artikel tersebut.

Pastikan anda mendapat artikel2 paling relevan, terutama 5 – 7 tahun kebelakangan. Katakan anda berminat mengkaji kesan animasi dalam pembinaan courseware pendidikan sains.

Artikel
(Terus taip dalam Refrences)

Intro / bground
Isu
Teori / Conceptual framework / IV dan DV
Methodology
Main finding / suggestion / Future research
1.   Simon (2005)
Animasi melalui pergerakkan teks – Fizik (PowerPoint)
Konsep sains berhirarki / interconnected
Sistem pemprosen maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat minat
2.   Ron et al (2006)
Animasi dan multimedia – Fizik
(PowerPoint)
Ransang semua deria pelajar
Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat pencapaian
3.   John  (2008)
Animasi dan multimedia dalam biologi (Flash 8)
Peningkatan ingatan pelajar
 Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat pencapaian
14. Meyer (2009)
Animasi konsep sains -Kimia
(Flash mx)

Teori pembelajaran multimedia
Pre-post-retention exp. design / qnaire
Animasi meningkat pencapaian dan motivasi / cadang pendekatan social constructivist
15. Albert et al (2010)
Animasi konstruktivis - Sains
(Flash mx)
Animasi dibina berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar
Cognitive load / Cognitive Constructivism
Clinical interview
Animasi meningkat pencapaian dan mengatasi misconception 

Anda sebenarnya telah boleh menggambarkan perkembangan yang berlaku dalam bidang animasi dalam pendidikan sains.

Jadi dimana gapnya? Dari matrix diatas, anda boleh dapati animasi 3D belum dikaji lagi. Selain itu anda boleh kombinasikan research approach dalam kajian anda, ambil yang benar2 mantap dan lebih advance dari kajian yang telah dijalankan. Antara cadangan saya secara spontan adalah....


1. Animasi 3-D dalam persekitaran cognitive constructivism - quantitative approach
2. Animasi 3-D dalam persekitaran social constructivism - qualitative approach 
3. Animasi 3-D dalam persekitaran social constructivism - mixed method.
4. Animasi 3-D dalam persekitaran social constructivism vs cognitve constructivism - mixed method 
5. Dll....lu fikir ler pulak....


Jadi anda perlu tambah bacaan anda terhadap artikel berkaitan 3D pula la


Terdapat byk kombinasi yang boleh mengisi gap kajian anda....wpun semasa anda sedang menyiapkan matrix tersebut....




Dah ada SM kalau tak buat juga
baik gigit jari jer uncle dan untie semua....ngabih kan lomang jer...

Mana pulak outline LRnya? Dari catatan isi dalam matrix di atas, berikut adalah cadangan outline..... sekurang2nya anda dah ada outline bagi document map anda sebagai permulaan zero draft.....yahoo....

1.0 Konsep sains

2.0 Teori Pembelajaran Konsep sains
    2.1 Sistem Pemprosesan maklumat
    2.2 Teori Pembelajaran multimedia
    2.3 Teori Beban Kognitif

3.0 Pendekatan konstruktivist dalam pembelajaran sains
    3.1 Pendekatan konstruktivist kognitif - Piaget
    3.2 Pendekatan konstruktivis social - Vygotsky

4.0 Animasi dalam pendidikan sains
   4.1 Animasi dalam kajian lepas
   4.2 Animasi 3-D


5.0 Kesimpulan


Then....?


Then apa lagi sayang oiii...... write and write and write while u readlah....


Tapi ingat, anda perlu analisis setiap artikel dan sintesis supaya tulisan anda adalah kritis. Tulis dalam paragraph yang lengkap dengan cuba mengambilkira 4C. Memang anda tak akan dapat LR yang perrrfeeecttt.... at first..... tapi anda akan improve....


Eeeee.... dah berbuih mulut chek beletiak benda ni berkali2.....


Bila dan buat sm, jgn lupa show off (dgn niat memotivasi diri... bukan takbur) dlm fesbuk..... tiru macam Satirah yang ikut tip saya....


"Wow bangganya aku dengan diri aku sendiri..... sungguh tak sangka bagus betullah aku ni....sebab dah dapat gap dan outline LR yang selama ini ku cari2....!! Wa cakap lu..... MANTOP beb.....Lepas ni berdesup ler aku tulis..... Selamat tinggal dunia kura-kura....dan pengikut2nyer...... Wa challenge sama lu Satirah.....he he"


Kalau malas gak lagi..... tgk jer filem kuch kuch otak hei
 sambil makan lemang....


Dalam masa yang sama, ikuti bengkel analisis data supaya anda mendalami bentuk analisis yang bakal anda jalankan....

Lain-lain tu akan ditambah apabila anda mula mengumpul artikel baru atau membaca dengan lebih mendalam dalam menyediakan zero draft anda.

OT... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...