.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, September 21, 2011

TAJUK 233: CITATION DLM LIT. REVIEW...... MATILAH KALAU MACAM NI....

CITATION DLM LR...... MATILAH KALAU MACAM NI....


Saya ingin perkenalkan 3 terms yang saya "create" utk memudahkan saya menjelaskan bagaimana anda boleh kembangkan LR..... sesuatu yang saya sendiri tak pernah terfikirpun.... sebab dulupun saya main "redah" sahaja... .


Saya cadangkan hal ini kerana ada peserta bengkel yang terus menerus bertanya.... 


Saya baca artikle, internet, buku dll sumber... so saya terpaksa ker buat citation semuanya sekali apa yang saya baca....


Kenapa pulak?


Yalah... takut nanti SV saya tanya "Eh.... mana citation awak...?Macamana awak boleh tulis tanpa citation?...Sapa awak memandai2 tulis jer tulis itu ini tanpa citation? Mana awak ambik kenyataan ini?"


Jadi saya kena tulislah semua citation yang saya baca kan...kan..kan!


Hah ? Jika macam tu.... MATILAH... sebab setiap ayat akan ada citation!!


Perhatikan jadual synthesis matrix berikut yg saya petik dari entry terdahulu. 


SILA BACA DENGAN TELITI....JGN MAIN LANGKAU JER....


Senario:

Anda ingin menjalankan satu kajian terhadap aplikasi animasi 3D dalam pendidikan sains.  Salah satu langkah awal adalah dengan membina jadual Synthesis Matrix seperti berikut  dari sumber bacaan anda - buku, journal article, termasuklah bahan2 dalam internet yang tiada nama author mahupun tarikh.


Sources
Intro / bground
Isu
Teori
Methodology / data collection
Main finding / suggestion
Simon (2003)
Journal article
Animasi teks Fizik (PPoint)
Konsep sains interconnected
Tiada
Questionnaire
Animasi meningkat minat
Ron  (2006)
Journal article
Animasi teks dan rajah Fizik (PPoint)
Ransang semua deria pelajar
Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post control group design
Animasi meningkat pencapaian
Interent
Powerpoint adalah animasi 2D (anda baca artikel ini dalam internet tanpa author dan tarikh). Jadi anda bercadang nak gunakan istilah 2D yang telah diketahui umum.
Internet 
Flash – small file, easy to upload (anda baca internet... tapi andapun tahu benda ni)
John (2008)
Journal article
Animasi teks dan rajah  Biologi (Flash)
Peningkatan ingatan pelajar
 Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post control group design
Animasi meningkat pencapaian
Meyer (2009)
Journal article
(Sifu..)
Animasi diskret Kimia
(Flash)
Animasi utk konsep kompleks dan abstrak
Teori pembelajaran multimedia
Pre-post control group design + questionnaire
Animasi tingkat pencapaian / motivasi/ Cadang social constructivist
Albert (2010)
Journal article
Animasi konstruktivis Sains (Flash)
Animasi berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar (cognitive  constructicism)
Cognitive load theory
Focus group in-depth interview
Animasi meningkat pencapaian dan atasi misconception
Tan (2010)
Books

2D animation is created on 2D vector graphics, 3D animation is digitally modeled through motion capture (walaupun anda baca buku oleh Tan, tapi tak perlu cite buku ini dalam paragraph anda kerana maklumat tersebut adalah sesuatu yang common oleh semua orang dalam bidang anda....buktinya SEMUA buku pun akan tulis hal yang sama... sebab bukan Tan yang cipta vector graphic atau motion picture tu....itu dah jadi common knowledge...)

Maka andapun ingin membuat satu sub-heading bertajuk "Animasi 2D dan 3 D" dan menjelaskan mengapa anda menggunakan animasi 3D dalam kajian. Anda dapat "idea" menggunakan istilah 2D setelah membaca satu artikel internet, sedangkan anda memang dah tahu istilah tersebutpun. Maka andapun mula menulis spt berikut....


Animasi 2D ke 3D 

Kajian animasi dalam pendidikan sains bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint (Simon, 2005; Ron, 2006). Namun kemajuan dalam teknologi  komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara  lebih mudah dan fleksibel  berbanding perisian PowerPoint.  Teknologi grafik vektor pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint. Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2009 & Albert, 2010) menggantikan perisian PowerPoint. Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan  adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi "motion capture". Animasi yang dibina dalam persekitaran 3D mempunyai kelebihan berbanding animasi 2D kerana  animasi 3D berupaya menvisualkan  konsep-konsep sains yang lebih kompleks dan abstrak secara yang lebih realistik. 

Perhatikan bahawa ada 3 bentuk statement yang saya buat dalam paragraph di atas iaitu:

Strong Statement:
Kajian animasi dalam pendidikan sains bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint (Simon, 2005; Ron, 2006).

Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2009 & Albert, 2010) menggantikan perisian PowerPoint.

Soft Statement:
Animasi yang dibina dalam persekitaran 3D mempunyai kelebihan berbanding animasi 2D kerana  animasi 3D berupaya menvisualkan  konsep-konsep sains yang lebih kompleks dan abstrak secara yang lebih realistik. 


Common Statement:
Namun kemajuan dalam teknologi  komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara  lebih mudah dan fleksibel  berbanding perisian PowerPoint.  


Teknologi grafik vektor pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint.


Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan  adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi "motion capture". 


Penjelasan:

Strong statement:
Statement yang perlukan citation kerana anda merujuk kepada sumber tertentu bagi menyatakan bahawa "Kajian animasi...." dan "...kajian-kajian pendidikan sains...". Statement yang melibatkan fakta khusus yang dipetik dari kajian adalah contoh strong statement.

Common statement:
Statement yang telah difahami umum dan wpun anda membacanya dari buku, internet, journal TETAPI statement tersebut tidak perlukan citation. Contohnya flash menggunakan vector graphics adalah sesuatu yang common dalam animasi. Atau contoh makcik2...."Awan mendung merupakan indikator hujan akan turun" yang tak perlulah citation wpun anda baca dari mana2pun, dengan syarat anda gunakan ayat dan pemahaman anda, bukan copy and paste !!


Perhatikan juga, saya menggunakan istilah 2D bagi Flash dan PPoint wpun kajian yang dirujuk tidak menggunakan istilah tersebut. Istilah 2D adalah sesuatu yg sgt common dan anda bebas menggunakannya tanpa perlukan citation atau takut2....sebagai satu usaha analisis dan sintesis anda!

Soft statement:
Statement yang "mungkin" telah difahami umum....dan "mungkin" tidak. Jadi bergantung kepada anda sendiri. Jika anda fikir, statement tersebut lebih kepada pengetahuan umum, tak perlulah citation. Jika anda fikir sebaliknya.... anda letakkan citation. Jangan teragak2... hingga merencatkan penulisan anda. Jika takut juga.... letaklah citation disitu... abis cerita !! Contohnya "Pelajar yang merokok sering terlibat dengan perlanggaran disiplin yang lain". Statement ini telah menjadi common statement dan diketahui umum....tetapi jika melibatkan statistik seperti "Kajian mendapati 45% pelajar yang merokok sering terlibat dengan perlanggaran disiplin yang lain".... maka statement ini telah menjadi strong statement yang perlukan citation.

Strong relationship......

Kesimpulannya:
Jangan fikir semua yang tulis perlukan citation, wpun anda membacanya dari mana2 sumber. Hanya strong statement sahaja yang memerlukan citation, yang lain tu anda gunakan untuk memantapkan idea sintesis anda untuk anda terus tulis.... tulis dan terus menulis. 


Jangan TAKUT..... sehingga anda tidak boleh memulakan penulisan atau tersekat2 kerana semuanya nak dinyatakan citation. Misalnya nak guna istilah 2D pun takut sebab kajian lepas2 tak gunapun, sedang anda perlukan istilah tersebut supaya boleh buat perbandingan yang konsisten dengan istilah 3D dalam sintesis anda!!

MATILAH....jika semua statement dalam LR perlukan citation....di mana pulak suara anda, analisis anda, sintesis anda.... adakah pengetahuan anda "ZERO" sehingga semuanya memerlukan citation....lotehlah macam tu.... soo....satu jer motive saya....JANGAN TAKUT.... teruskan menulis...wa caya lu !!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...