.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, September 5, 2011

TAJUK 210 - BETUL KE PANGGIL PROF MADYA SBG "PROF" ?

Salam lebaran,

Dunia akademia ni dunia pelik. Dunia penuh teknikal dan prosidur. Jika anda hantar thesis dengan format yang salah hatta koma dan noktah sekalipun akan ditegur dan minta dibaiki.

Katalah pensyarah anda seorang Prof Madya (PM) yang hanya ada master tanpa PhD. Beliau juga akan pastikan anda ikut semua pendetailan tersebut - format citation, margin, caption dll mengikut format thesis yang ditetapkan. Detail, terperinci dan mengikut format. Jika anda silap, kenalah buat semula. Jika tidak, anda akan ditegur.....

Setujukan?

Emmm...jadi apa kena mengena pulak dengan tajuk kali ini?

Saja gua kasi korang gempak sikit.... cuba korang fikir....fikir dan fikir...


Dalam dunia akademik, semuanya detail dan documentad. Sebagai pelajar, anda diajar supaya kena ambil tahu, cari maklumat dan jgn ikut2an sahaja. 


Saya ingin senaraikan 5 kumpulan asas pegawai akademik, khususnya di IPTA:


1. Pensyarah DENGAN doctorate (Phd, EdD, DBA dll) yang membawa gelaran "Dr" - kumpulan ini diiktiraf melalui konvokesyen. Gelaran "Dr" ini KEKAL wpun pensyarah telah bersara.


2. Pensyarah kategori 1. yang mendapat Professor penuh yang membawa gelaran "Professor". 


3. Pensyarah kategori 1. yang mendapat pangkat Prof Madya. Pangkat PM ini tidak membawa apa2 gelaran tambahan dari "Dr" ke "Professor". Mereka masih dipanggil "Dr" kerana memiliki ijazah doctorate. Gelaran "Dr" kekal walaupun telah bersara.


4. Pensyarah TANPA doctorate (Phd, EdD, DBA dll) tetapi ada ijazah Master ataupun 1st degree akan dipanggil "En" ataupun "Puan" sahaja.


5. Pensyarah TANPA doctorate (Phd, EdD, DBA dll) tetapi dinaikkan pangkat kepada jawatan Prof Madya. Kenaikkan pangkat ke PM ini tidak akan mengubah panggilan "En" (Mr) dan "Puan" (Mrs / Madam) kepada "Dr" atau "Professor",  tapi gunakan Prof Madya dipangkal nama.   


Saya utarakan hal ini bagi menjelaskan kedudukan kumpulan2 pegawai akademik, kerana dunia akademik dunia yang jelas, dan memerlukan interpretasi yang tepat, sebagaimana yang anda diajar semasa menjalankan kajian.



My PhD student Raihan datang beraya dgn hubby German, Martin
Martin ni bedal sambal soto semacam jer.....


Jika anda tidak pasti amalan di IPT anda, tanya pihak yang boleh memberikan jawapan, mungkin terdapat prosidur yang berbeza2.....


Wpun terdapat beberapa gelaran.....ini tidak akan menghilangkan wibawa mana2 pensyarah jika memang dia seorang yang berwibawa..... ibarat ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya....sedang di obersi, saya sendiri panggil Prof saya sebagai Kevin sahaja dan dia membahasakan diri dia juga sebagai "Im Kevin" wpun dia seorang Professor tersohor di universiti saya.... sebab semua pelajar lain pun panggil dia "Kevin" jer......Begitulah adanya...


OT hanya ada satu panggilan didunia ini.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...