.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, September 3, 2011

TAJUK 209: Hadiah BLOG dan ANAK YATIM

Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 27 August 2011, beberapa hari sebelum Syawal. Hari ini saya dan wife bertolak ke Sendayan bagi membawa anak-anak yatim membeli belah sempena Syawal. 


Sebelum itu saya selitkan gambar hadiah kemenangan blog drotspss....kemenangan buat anda pembaca blog.....


Inilah hadiah blog terbaik yang saya menangi..... camera digital Samsung, external hard-disk, sijil kemenangan, 3 thumb-drives, CD
Terima kasih atas sokongan anda....


Pintu gerbang ke Sendayan...canggih woooo
Termenung juga baca kisah
peneroka ditipu jutaan ringgit setelah menjadi jutaan segera....

Bertemu anak yatim di taman permainan

Tercatat no telefon jika anda berminat untuk menyumbang wang dan tenaga.... Inilah saham akhirat untuk anda. Allah jadikan mereka
utk menguji orang yang berada supaya sentiasa bersyukur dan berbuat kebajikan

Sumbangan kuih....

3 dari 4 beradik yang menghuni rumah anak yatim..... akibat kemiskinan dan penceraian. Berdosa besar bapa memutuskan hubungan dengan anak atau ibu yang menghalang hubungan tersebut kerana penceraian...

Deretan kereta yang datang untuk bersama anak-anak yatim... hanya saya dan wife sahaja pasangan suami isteri... yang lain semuanya anak-anak muda yang prihatin....sungguh tak sangka...

Masih muda tetapi terpanggil untuk bersama anak-anak yatim 

Pendaftaran bermula......

Antara mainan anak yatim yang mungkin dikutip di mana-mana. Tentu anda ada mainan yang hanya tersimpan dalam stor rumah anda yang jauh lebih baik dari yang ini......

Hampir semuanya masih kecil-kecil.....mereka sentiasa riang....namun disudut hati mereka perlukan belaian....

Sumbangan baju......tentu anda mampu juga menyumbang baju2 anak yang masih baru tetapi dah tidak dipakai lagi....

Membahagikan anak-anak sebelum shopping di Seremban2.
Lihat betapa gembiranya mereka dapat kakak angkat wpun sehari sahaja...

Inilah anak angkat saya......

Bergambar bersama sebelum shopping....

Mencuba kasut Ben-10

Siap dengan beg untuk shopping... maklumlah hari Sabtu tak der bag plastik

Mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada usaha penganjur menggembirakan anak-anak asnaf ini menjelang Syawal..... saya hanya mampu menitiskan air mata apabila meninggalkan mereka..... InsyaALlah saya akan kembali lagi....Terima kasih juga kepada wife yang aturkan semua ini.......

OT
27 Ramadhan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...