.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 28, 2015

Tajuk 803 - Sumber kepeningan calon master dan PhD sdg kajian belumpun bermula !

Sumber kepeningan calon master dan PhD sdg kajian belumpun bermula !

10 bahan utk diviralkankan kpd seluruh warga PG...

"Tak nak pening jgn buat PhD" adalah antara kata2 yang lazim kedengaran. Wpun buat kajian memang memeningkan, tetapi membuat PG pening tak pasal2 kerana sesuatu penjelasan yang contradict adalah episod yang malang dalam dunia intelektual.



Ketika TALK Putrajaya...

Pertama:
Aku dulu pun terpengaruh dgn soalan “what is your research gap?”. Lama-lama aku terfikir, kenapa tak tanya dulu, “What is your research problem?” sedang buat research ni nak isi gap ke nak solve problem?

Maybe ada yang jawab, solve problem tu dilakukan dgn fill the research gap. Betul ker? Solve problem adalah mencari jawapan kepada sesuatu isu / argument supaya lebih dapat difahami, sedang ini tidak menepati maksud “fill the gap” yang berkisar kepada pengisian sesuatu yang KUNUNnya tidak dilakukan sebelumnya.

Kedua:
Bila dapatan kajian diperolehi, maka, dapatlah diberikan penjelasan kepada isu / argument yang dikaji, maka penjelasan ini menambah kepada pengetahuan sedia ada. Jadi, kenapa perlu pening2 dgn “fill the gap”?

Ketiga:
Ditagih juga, impak kajian kepada pihak ketiga (selain penyelidik dan pihak IPTA) spt policy makers. Impak jika benar diperlukan oleh pihak ketiga tersebut, tentulah sesuatu yang berguna yang telah membantu menyelesaikan isu / argument semasa, bukan sesuatu yang telah “fill the gap”.

Keempat:
Dapatan kajian dikatakan KUNUNnya tidak lengkap jika tidak disokong oleh kajian lepas. Maka dimintalah pelajar menulis spt 

“Dapatan kajian ini disokong oleh kajian oleh A (2000), malah selari dgn dapatan kajian B(2002)…” malah ditegur jika dapatan kajian tidak disokong kajian lepas...
Tentulah pelik jika kajian dikatakan utk mengisi gap, tetapi dapatan kajian tersebut sama / disokong / selari dgn kajian lepas. Kalau macam tu, tak kenalah dgn maksud “fill the gap”! Ke guano?

Kelima:
Ditagih pula kajian utk diterbitkan dalam jurnal berwasit dan berimpak tinggi. Jurnal2 sebegini hanya mendambakan dapatan yang menjawab isu / argument semasa yang hangat dipasaran, bukan dapatan yang “fill the gap”.

Keenam:
Juga ditagih dapatan kajian yang novel yang baru yang fresh. Abis, kalau sibuk mencari gap, missing element, dan apa yang tidak dibuat dalam kajian lepas “to fill the gap”, tak payahlah sibuk2 dgn novelty.


Kyushu, Jepun yang indah dan bersih 

Ketujuh:
Tak kurang juga yang menyentuh soal originality. Kalau banyak artikel yang telah ditulis dalam sesuatu tajuk, maka dikatakan kajian dalam tajuk yang sama sudah tidak original - KUNUNnya dah banyak orang lain buat !

Tetapi ketahuilah, original bukan sifat knowledge. Original adalah sifat perbuatan. Sesuatu yang dibuat sendiri adalah original. Sifat knowledge adalah berkembang dan diperbaharui. Maka buatlah tajuk yang sama pun, asalkan kajian dilakukan sendiri, maka dapatan yang menyumbang kepada mengembangkan knowledge dan memperbaruinya, maka itu menepati originality !

Kelapan:
Signifikan pula adalah kepentingan kajian. Penting untuk apa dan kepada siapa? Sudah tentulah pertama sekali penting kepada pelajar sendiri bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran membuat research secara independent, namun ini adalah hasil akan diperolehi jika pelajar terus menjadi menyelidik selepas mendapat PhD. Maka yang perlu dicatatkan dalam thesis adalah kepentingan pengetahuan yang diperolehi dalam bidang kajian.

Kepentingan ini wujud bila pengetahuan tersebut dpt dirujuk dan dikembangkan lagi oleh scholars dalam bidang yang sama, tak ada kena mengena kepentingan kajian kepada pihak lain, samada teori mahupun praktikal, sedang mereka tak tahupun apa yang berlaku... dan knp pulak nk tahu ? Cer deme bagi tahu...

Kesembilan:
Bila kajian melibatkan product spt penghasilan instrument, qnaire, prototaip dll…. kajian sebegini adalah kajian yang menepati maksud novelty, bukannya “fill the research gap” !

Kesepuluh:
Last sekali “we do research at master / PhD level as part and partial of solving the latest issue in order to contribute to knowledge… so finding the gap is out of question !“

Boleh juga tampal post ini utk bacaan umum di Graduate School...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...