.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, October 19, 2015

Tajuk 796: JIKA ANDA TAKUT BERMAIN DGN CITATION DAN PARAPHRASE - POST INI UNTUK ANDA !

Amaran - perlu dibaca sampai habis macam makan antibiotik !

Aku sering mendapat pertanyaan dan merasakan betapa timbul ketakutan utk mengubah petikan yang diambil dari sumber tertentu....takut mengubah maksud ayat yang dipetik.... tetapi jika tak diubah ayat tersebut.....plagiat ler pula.

Ratusan PEMINAT aku dalam satu TALK JOM HEBAT !!

Semua orang tahu…. tiada dua kajianpun yang sama 100%. Jadi setiap artikel atau sumber rujukan ditulis mengikut kehendak pengarang…. dgn cara dan style berbeza... context berbeza.... sampel berbeza..nmethod berbeza dll.

Timbul persoalan, macamana nak gabungkan beberapa petikan dari beberapa artikel (termasuk buku dll) yg berbeza sedangkan setiap petikan tersebut ditulis oleh pengarang berbeza dgn cara yang berbeza utk kajian yang berbeza?

Biar aku ulas perlahan-lahan..... Perhatikan satu ayat di bawah yang ditulis dalam satu artikel yang terhasil dari petikan LIMA artikel lain yang berbeza. Ayat ini diambil dari artikel Mayer (2002) terbitan journal tersohor - Educational Psychology Review, Vol. 14, No. 1, March 2002.

Perhatikan ayat oleh Mayer (2002) berikut dan lima senarai artikel di cite dalam artikel beliau:

Mayer (2002) menulis.... 
In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts (Dunbar, 1993; Moreno & Mayer, 2000; Moreno et al., 2000; Rieber, 1990; White, 1993).

Lima sumber yang di cite oleh Mayer (2002) adalah dari: 
1. Dunbar, K. (1993). Concept discovery in a scientific domain. Cog. Sci. 17: 397- 434.

2. Moreno, R., and Mayer, R. E. (2000). The case for minimizing irrelevant sounds in the design of multimedia instructional messages. J. Educ. Psychol. 92: 117–125.

3. Moreno, R., Mayer, R. E., and Lester, J. C. (2000). Life-like pedagogical agents in constructivist multimedia environments interaction. In Proceedings of EDMEDIA 2000, AACE Press, Charlottesville, VA, pp. 741–746

4. Rieber, L. P. (1990). Animation in computer-based instruction. Educ. Technol. Res. Dev. 38: 77–86.

5. White, B. Y. (1993). ThinkerTools: Causal models, conceptual change, and science education. Cogn. Instr. 10: 1–100.

Persoalan 1: Adakah kesemua lima artikel yang dirujuk oleh Mayer (2002) di atas menulis tentang science dan maths ? Tak ada kan? Cuma Dunbar (1993) dan White (1993) yang menulis tentang science, tapi kedua2nya dalam context yang berbeza (discovery dan conceptual change).

Tiga lagi artikel adalah berkaitan dengan multimedia, animation dan constructivist, yang juga dalam context yang berbeza. Bagaimana dgn mathematics.... tak adapun !

Persoalan 2: Jika dah kesemua lima sumber rujukan tu berbeza, macamana Mayer (2002) boleh merumuskan kelima2 sumber tersebut dalam satu ayat pendek berikut.... boleh ke?
In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach scientific or mathematical concepts......

Persoalan 3: Adakah Mayer (2002) yang menulis petikan tu tak takut mengubah maksud asal kesemua artikel yang dirujuk kerana kesemuanya di cite sedangkan masing2 dalam context kajian yang berbeza…..tak takut ke Mayer (2002) buat begitu....atau kerana dia adalah sifu yang established dan tersohor dalam multimedia learning?

Penjelasan: 
Mayer (2002) telah menggabungkan kelima2 artikel sebagai citation kerana semua artikel yang dirujuk mengkaji KONSEP YANG BOLEH DIGABUNGKAN BERSAMA (animation, multimedia dan constructivist learning) yang apabila digabungkan telah membawa kepada maksud umum yang secara CONCEPTUAL menyokong kajian Mayer (2002) iaitu:

SEBARANG ANIMASI ATAU MULTIMEDIA ATAU GAMES (DITULIS SEBAGAI MICROWORLD) YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN SECARA CONSTRUCTIVIST (SPT SCIENCE DAN MATEMATICS), PELAJAR MENGANGGAP MICROWORLD TERSEBUT HANYALAH SEBAGAI GAMES.

Kesimpulan:
Memetik satu sumber artikel atau gabungan beberapa artikel bukan melihat kepada maksud perkataan demi perkataan atau context kajian yang pasti berbeza dari satu artikel ke artikel yang lain… TETAPI menganalisis dgn memetik KONSEP atau IDEA yang sama dari artikel2 tersebut dan kemudiannya disintesis dalam ayat sendiri dalam bentuk yang berkaitan dgn kajian sendiri....

Knp benda2 camni xdiajar pun masa kelas Research Methodology?

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...