.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, November 2, 2015

Tajuk 804: Memperkenalkan OTMF Template

Memperkenalkan OTMF !
Post ini khas bagi semua yg merangkak-rangkak nak mulakan projek, master, PhD... berasa malulah dgn KURA-KURA !


Rangka dinasour terlengkap di dunia - Muzium LONDON

Ketahuilah bahawa ABSTRACT adalah wajib bagi setiap artikel akademik, bagi memudahkan pembawa membuat glance thru apa yang terkandung dalam artikel tanpa perlu membaca keseluruhannya terlebih dahulu. Tak perlu lakukan skimming pada artikel, kerana abstract telah disediakan utk tujuan tersebut.

Hanya yang terlebih cerdik sahaja dan tak ada kerja lain akan terus membaca keseluruhan artikel satu persatu lalu pening dan terkulai layu !

Dgn ini, aku ingin memperkenalkan OTMF Template (Objective, Theory, Method, Finding). Tiga dari element ini iaitu Objective, Method dan Findings adalah ELEMENT UTAMA dalam abstract semua artikel kecuali theory yang ada kalanya tidak dinyatakan dalam abstract dgn jelas.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh buka setiap article dalam Mendeley, dan type “theory” pada icon glass magnifier supaya semua perkataan “theory’ dihighlight. Jika anda bernasib baik, terus jer anda dibawa ke paragraph yang menyatakan teori yang digunakan tanpa perlu membaca keseluruhan artikel

Kenapa OTMF?

Pertama:
Memang byk template dan matrix yang telah diperkenalkan selama inipun serta menjadi amalan sebahagian besar PG. Setelah aku membaca byk artikel, aku dapati lebih mudah menguasai bidang kajian diperingkat awal dgn OTMF, atau menerusi abstract dahulu. Ini juga bagi memastikan anda wpun tanpa byk pengetahuan dalam bidang kajian, atau masih blurr, boleh saja terus bina OTMF ini...dgn bantuan MS Word dan Mendeley, sebelum bersedia utk membaca keseluruhan artikel.

Kedua:
Katakan hasil literature search dgn Mendelely, anda bjaya dapatkan 30 artikel, tentulah anda tidak mampu utk membaca dan memahami setiap satu artikel. Jadi anda boleh sahaja sediakan OTMF ini, dgn hanya membaca abstract, then anda extract objective, theory (jika ada), method dan findings then copy-n-paste sahaja spt contoh foto yang aku lampirkan. Semua citation dalam OTMF anda boleh insert terus dari Mendeley ke MSWord anda. Pada peringkat ini anda tidak perlu menaip sehabuk pong !





Ketiga:
Bahagian objective perlu dicerakinkan lagi kepada DV dan IV serta isu (lihat foto) kerana tidak dinyatakan dgn jelas dalam abstrak. Anda sendiri kena kenalpasti IV dan DV serta belajar utk merumuskan isu yang cuba diselesaikan pada artikel tersebut hanya dgn mengetahui objective kajian... supaya akhirnya OTMF ini akan memberi anda idea bagi menjawab: 

- What else need to be done? (contribute to knowledge)
- Why scholar care about it? (significance of study)

Aku dah siapkan contoh... tengok dah fahami contoh tersebut ! Inilah istimewanya objective, yang dalamnya terkandung variables serta isu yang ingin diselesaikan.

Jgn kata tak boleh buat, sebab ini hanyalah pembacaan dari abstrak dan copy-n-paste sahaja utk anda meneroka seimbas lalu hasil kerja kajian lepas (terutama 12 bulan terkini) yang current / recent / hot !
Berasa malulah dgn kura-kura jika inipun terkial2 nak buat… setakat 30 artikel…. 2 hari dah boleh siap OTMF !!

Keempat:
Selepas dapat dea “what else need to be done” dan boleh menjawab soalan “Why scholars care about it?” maka terserahlah pada anda utk membuat template yang lebih canggih atau terus sahaja menggunakan ZDOT (zero draft of thesis).

Ingat - Hanya kotak IV / DV serta Isu sahaja yang anda kena fikir dan tulis sendiri, itupun dari objective kajian. Kotak2 lain semuanya copy-n-paste dari abstract dgn membukannya mengunakan Mendeley! Citation tu pun insert dari Mendeley.

Moga dapat membantu anda !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...