.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, October 1, 2015

Tajuk 794 - ANDA LEMBAB DAN LEMAH ENGLISH - Post ini utk anda !

AMARAN KERAS: 
Tak sesuai dibaca utk yang terror BI atau yang sewaktu dengannya.

8.7.63 – 1.1.1970
Lahir seorang budak lelaki, di Kg Senama Hilir, Rembau, bertemankan lampu gasolin dan berbidankan nurse comel yang datang naik basikal. Mak aku nak namakan bayi tersebut sebagai Azman Talib, sebab kakak aku bernama Asmah dan seorang lagi Azimah (still born) tapi ntah camner, pegawai polis Rembau ketika didaftarkan tulis nama aku sebagai Othman Talib… pergh.. rupanya rezeki nama “OT” tersebut terserlah kemudian !

Aku dibesarkan oleh uwan (nenek) sebab mak aku stay dgn ayah aku yang bekerja sebagai British army di KL. Maka bermulalah episod aku jadi budak kampung, pakar menyelinap hutan, mandi sungai bogel dan tak balik selagi belum senja. Hobi aku, main senapang buah cenderai… dan konda kondi

1970 - 1975
Aku dihantar Pak Cik Shariff ke SRK Undang Rembau, sebab mak dan ayah aku masih di KL...tinggal di army barrack. Pas daftar diapun balik. Ramai kawan2 aku yang menangis bila mak dan ayah mereka balik, aku jer yang selamba. Aku masuk Kelas 1 Kuning (Kelas A) mengikut daftar nama.

Aku terkejut berok bila kawan2 aku semua dah kenal A, B, C… sedang aku menatang apapun tak tahu. Masuk jer Cikgu Tan yang ajar BI… macam nak pengsan, kecut dan takut. Inilah pertama kali aku dengar lagu Twinkle2 Little Star sebab aku tak pernahpun masuk tadika !

Aku ingat lagi Cikgu Maimunah ajar BI mulai Darjah 3. Aku byk kali berdiri atas kerusi. Dia jerit kat aku sebab tak boleh jawab soalan-soalan simple. Aku tak tahu bila nak guna “the” atau “a” benda2 simple. BI dalam report card aku mesti MERAH ! Tapi mak dan ayah aku tak MARAH sebab mereka di Melaka bila ayah aku pencen dan bekerja sebagai buruh di sana. Nasib baik wan aku tak boleh baca… jadi Pak Cik aku yang tolong tandatangan. Selamat !

Masa ambil Penilaian Darjah 5, aku dapat 3A, 1B dan 1C…. ha ha.. C tu BI lah !

1976 – 1980
Dgn keputusan penilaian di atas, aku boleh masuk sekolah King George V, di Seremban. Aku terpaksa berulang jauh dari Rembau ke Seremban. Masa tu mak aku ada sebab ayah aku dah pencen dan kemudiannya menoreh getah di kampung. Hujung minggu selalu aku tolong ayah aku motong gotah - real bro bukan berlakun ! My bonus is jual getah lantun !

Oleh kerana sekolah jauh (Rembau – Seremban), aku balik lewat dan tak bergaul sangat dengan rakan2 KGV yang lain, kecuali ketika aktiviti club. Akhirnya aku dapat gred 7 dalam SPM utk BI. Gred 7 tu “just pass”. Ramai kawan aku dapat distinction dan gi obersi…. aku hanya gigit jari.

1980 – 2000
Aku masuk matrik UKM… belajar semua dalam BM di UKM... sehingga bergraduate. Kemudian aku mengajar matrik UPM 15 tahun juga dalam BM. Aku ambil master pun dalam BM. Dah tak ada BI lagi yang tinggal dalam kepala aku ni.
2000 – kini

Tahun 2000 aku join Fakulti Pendidikan UPM. Aku mula membuka semula pintu hati aku utk membaca bahan dalam BI bila diminta ambil IELTS supaya boleh buat PhD.. Aku meronta2 tak nak gi obersi, takut bangat dgn BI dan semua yang berkaitan dgnnya. Namun, aku gagahkan juga ambil IELTS. Beberapa bulan sebelum itu, aku mula membaca bahan2 dalam BI… dalam kepayahan tapi matlamat dapat PhD menguatkan azam aku.

Tahun 2002, aku pertama kali ambil IELTS, di KL…. yang memerlukan aku dapat band 6.5 jika ingin belajar di UK atau Oz. Aku kena jawab soalan Listening, Comprehension dan Oral bersama dgn anak2 orang kaya… sebab semua pakat speaking London.. aku jer otai yang terkebil2. Kat situlah pertama kali aku diinterview dalam BI oleh seorang Mat Salleh.

Selepas sebulan, aku terima surat…. Allah is GREAT…. Aku mendapat overall band 7 utk IELTS, yang setaraf dengan mereka yang “terror” English !! Ini antara sebabnya aku diterima masuk ke MONASH University, Oz, tapi aku pilih utk ke Uni of Adelaide… bandar yang tidak terlalu Metropolitan, sesuai utk otai macam aku!

Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Oz… aku terus membaca siang dan malam sehingga banyak terminologies dan vocabulary yang aku baru fahami…. yang penting aku focus… syukur xde FB masa tu. Aku belajar menulis secara CPR (copy-paste-rephrase) tiap2 mlm sehingga aku boleh menulis ayat2 mudah. Teknik ZDOT dan FBOT melancarkan penulisan setiap hari…. sehingga aku cuma perlukan 3 bulan sahaja utk menyiapkan proposal.

Inilah pertama kali seorang otai berucap dalam satu dewan penuh dgn Mat Salleh ketika depend proposal ! Aku masih tak boleh speaking dgn baik... broken ma... sebab lidah dah keras …. tapi aku buat bodo… dgn sedikit preparation dibantu dgn slide aku yang simple tapi interactive (aku guna flash) aku konfiden cakap jer… lantaklah mana past tense mana present tense.. aku tak nak tension.. apalah sgt bezanya “I understood..” dgn “I understand…” asal audien faham apa yg aku present … kan..kan… .. so dari situ aku develop skill aku sikit2… maintained...!

Dari lahir aku dibesarkan di kg… yg tak pernah kenal tadika, tuisyen dll … kini aku dah bergelar Dr OT… dah present paper / melawat separuh dunia…. dan hampir setiap hari aku membaca buku2 BI…



Jadi bukan anda sahaja yang lembab BI... kita serupa !

Buatlah kesimpulan sendiri… di zaman yang ada byk facilities ini… dgn proofreader… software yang boleh membantu… jgn takut menulis dalam BI, maybe sukar beberapa bulan pertama. Jika BI lah yang membolehkan tesis ditulis, agaknya semua guru TESL akan ada PhD.. tapi ini tidak berlaku.
So…. English shouldn’t be one of the major obstacle for PG students…. The main obstacle is yourself and your determination..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...