.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, October 1, 2015

Tajuk 795 - CARA MENENTUKAN KAJIAN ANDA SIGNIFIKAN ATAU TIDAK UNTUK DIJALANKAN.

Dari “So What” kepada “Why scholars care about it?”

Sejak turun temurun, SV suka tanya soalan “So what” bila anda ingin mulakan kajian, sebagai cara memastikan kajian anda signifikan / worth it.

Aku tak sure pulak, sejak bila soalan “So what” ini wujud dan popular, tetapi biasalah…. apa sahaja yang terkeluar dari mulut SV… maka diperturunkanlah kepada supervisee…tanpa soal... sehinggalah “So what” menjadi soalan wajib selain gap!

Soalan “So what” tak salah, cuma aku sekadar ingin mencadangkan soalan “So what” tu diganti dengan soalan “Why scholars care about it? ”

Hah? "So what ?" tukar jadi "Why scholars care about it ?"

Walaupun soalan yang diganti panjang skit, tetapi lebih jelas utk dijawab, sekurang2nya pada aku. "Scholar" tu penting kerana kajian hanya signifikan jika diperlukan dan didambakan oleh scholar dalam bidang yang dikaji, selain menjadikan anda expert dalam bidang tersebut. Ingat, kajian yang signifikan bagi anda tidak semestinya signifikan bagi scholar ! Contribution kpd knowkedge hanya bmakna jika diperlukn oleh scholars..

Kajian diperlukan bila ada isu / fenomena / argument yang menarik perhatian dan dapatan diperlukan supaya penjelasan dapat diperolehi yang membawa kepada mana-mana berikut: 
a. “contribute to knowledge in that particular issue” 
b. “add something to knowledge relevance to the issue” 
c. “advanced the knowledge related to the issue”

1. Contoh: Keberkesanan inquiry-based learning strategy dalam pengajaran maths terhadap pelajar berbeza kebolehan ruang (partial ability).

Jika anda ingin membuat kajian di atas, anda kena lulus soalan “So what?”. Boleh anda jawab?
Sekarang cuba pula soalan – “Why scholars care about it?”

Ini jawapan "why scholars care about it" yg lebih mudah dijelaskan.... "Dapatan kajian, jika diterbitkan, bukan sahaja anda tetapi scholar dalam bidang pendidikan matematik akan mengetahui lebih lanjut bagaimana inquiry-based dapat membantu pembelajaran pelajar yang berbeza kebolehan ruang, maka dapatan akan membawa sesuatu yang pemahaman yang lebih mendalam bagi isu yang dikaji, lalu menyumbang sesuatu kepada knowledge"

2. Contoh: Pembinaan qnaire utk mengukur tahap ketagihan FB dalam kalangan PG

So what? Cer jawab dulu soalan ini
Sekarang cuba pula – “Why scholars care about it?”

Ini antara jawapannya "Scholar dalam bidang ini tentunya paling concerned kerana mereka sentiasa memerlukan pelbagai instrument utk menjalankan kajian termasuk ketagihan FB, jika instrument tersebut belum lagi dibina. Pembinaan yang berdasarkan konstruk2 yang telah ambil dari review pelbagai theory lalu diuji kesahan dan reliability memberikan pengetahuan baru akan konstruk yang dapat mewakili attribute ketagihan FB"

3. Contoh: Kajian kombinasi beberapa catalyst P, Q, R dalam meningkatkan keberkesanan combustion buangan kelapa sawit.

Why scholars care about it?
"Scholar dalam bidang ini perlukan evident bagi mengoptimumkan pembakaran buangan kelapa sawit… maka ciri-ciri dan ratio catalyst dan kombinasi yang berpotensi meningkatkan efficiency combustion akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, disamping meningkatkan cost effective"

4. Kalau ada SV yang tanya “So what?” boleh saja anda minta utk tukar soalan tersebut kepada “Why scholars care about it?"

Lazimnya anda diminta cari gap dulu....lepas anda pening melilau mencari gap... lalu mempersembahkan apa yang anda ingin lakukan kononnya utk mengisi gap.... hinggap pula soalan "so what?", silap haribulan dari pening terus masuk wad !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...