.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 29, 2014

Tajuk 629: PhD / Master – Contribution to Knowledge hanya “a piece of cake” !

Hari raya tidak menghalang aku utk menikmati juadah termasuk kek sambil mencuri2 masa utk menulis… sekali sekala termenung dan berfikir sambil menelan kek. Post semalam aku menulis tentang keperluan “Contribution To Knowledge” atau CTK yang perlu dijelmakan secara jelas dalam penulisan thesis. 

CTK yang aku maksud dalam tesis agak straight forward …. spt pembinaan model atau formula atau instrumen even prototype…. dalam bidang kajian masing-masing…..maksudnya calon PhD/master yang telah lulus hanya akan memberi fokus kpd fenomena dalam bidang kajian masing2 sahaja. 

Izinkan aku nak ber”futuristic” skit !

Fenomena dunia hari ini semakin diversed dan kompleks. Membuat kajian stail keibubapaan atau stail pembelajaran dan cuba mengaitkan dgn pencapaian pelajar adalah “one piece of cake” sahaja …. kerana pencapaian pelajar adalah jauh lebih diversed dan kompleks dari itu. Ini menjadikan dapatan kajian yang sekadar mengkaji stail itu dan ini tidak akan membawa banyak makna sebagai CTK. 

Begitu halnya dengan kajian pencemaran alam sekitar spt pembuangan sampah….. yang wpun kesannya dapat dilihat secara jelas dan straight forward… namun fenomena ini bukan sekadar kajian tentang persoalan sikap atau penguatkuasaan undang-undang…. kerana fenomena ini juga merangkumi budaya hidup, keagamaan, psikology, kesihatan awam, pendidikan, penyakit berjangkit, rasuah, politik, penyelewengan dll… !! 

Maknanya, CTK yang dihasilkan hanya mengkhusus kepada sesuatu bidang spt pendidikan, atau psikology ….. tidak akan membawa banyak makna…. malah dalam kebanyakkan kes… tidak membawa apa2 yang dianggap bermakna !!

Silakan makan kuih raya… sambil teruskan pembacaan. 

Menggunakan statistik yang advanced bagi menghasilkan satu model dalam satu disiplin tertentu berpandukan satu teori tertentu dalam hanya satu disiplin tertentu adalah baik tetapi ia masih “a piece of cake”. Maka aku terfikir…wpun hanya statistik yang basic / intermediate digunakan tetapi berfungsi memberi gambaran “how those pieces are connected” akan lebih memberi makna sebagai CTK dalam sesatu kajian. Kajian yg cuba utk mencari jawapan kepada “how those pieces are connected” akan melibatkan penguasaan beberada disiplin selain menagih “ceativity” dan mungkin juga “innovation” penyelidik. 

Maaf bahasa aku makin canggih.

Aku sekadar memikirkan bahawa calon PhD / Master yang telah menguasai satu disiplin… perlu sekurang2nya ada pengetahuan dalam disiplin2 lain yang saling berkaitan dgn kajian yang ingin dilakukan. Setidak2nya…. beberapa disiplin yang releven utk difahami dan jika boleh dikuasai. PhD yang selama ini “memberi fokus yang mendalam dalam satu2 disiplin” supaya terhasillah pakar dalam satu2 bidang tertentu pada hemat otak intel pentium aku ni telah semakin kurang relevan.

Aku terus berfikir.

Aku sendiri telah melaluinya. Aku mempunyai asas dalam pure chemistry diperingkat first degree. Oleh kerana aku nak jadi pensyarah, maka aku mengambil pedagogy (kaedah mengajar) diperingkat master…. dgn melalui sedikit kesukaran. Aku terpaksa belajar SPSS yg juga asing pada aku dan pelajar lain ketika itu. Then aku belajar membuat animasi dan mendalami teori multimedia yang juga asing bagi aku utk aku integret dalam pengajaran Kimia aku… dgn menambah komponen animation ketika diperingkat PhD. So aku masuk bengkel animation dan belajar software Flash from scratch !!

Jika peringkat master aku hanya buat quantitative…. peringkat PhD aku masukkan qualitative. Kini dgn sedikit creativity, aku cuba buat innovation sesuatu yang “baru” dalam dunia pendidikan kimia iaitu membina mobile application yang aku namakan OCRA – Organic Chemistry Reaction Apps. Mobile application ini dah siap dan akan dipresent dalam ECEL2014 di Denmark November depan. Aku sekadar ingin jadi seorang yang versatile… sekurang2nya utk kepuasan diri sendiri.

Aku dalam dilema.

Pihak pengurusan selalu persoalkan aku – apa bidang kepakaran aku sebenarnya? Mereka tak boleh terima jika aku katakan aku menguasai 3 bidang….Pendidikan Kimia, Pedagogy dan Multimedia… Bagi pihak pengurusan, kepakaran perlulah hanya satu…. barulah pakar sedang bagi aku kepakaran perlu colourful . barulah meaningful… dalam dunia yang semakin complex dan diversed ini...

Jika aku tanya…. semua kenal Edward de Bono…. medical doctor yang juga ada PhD dalam psychology. Tentu anda kenal juga Prof Muhaya (tak lama lagi confirm dapat Dato) yang juga pakar mata tapi menguasai pengetahuan Islam berkaitan psikologi. Kata2 dan pendapat kedua mereka ini jauh lebih mendalam dan berkesan dari hanya mendengar pandangan pakar psychology sahaja…. betul tak ?

Emmm…. !!

Jadi motif post aku ini adalah utk melihat graduate school mampu menghasillkn graduan yang multi skilled, multi disciplinary bagi mengkaji apa sahaja fenomena dgn lebih realistic dan bermakna. CTK mestilah terhasil dari intersection pelbagai perspective disipline bagi merungkai complexity fenomena tersebut. CTK tidak boleh lagi berkisar hanya “within one particular field” tetapi mesti menuju kearah “between different fields”….

Woo.. itu macam susah ler.

Apa yang susah? PhD / Master adalah self education in nature. Maknanya graduate school kena lebih flexible…. Maybe membenarkan pelajar mengambil kursus merentas disipline…. Dan ini perlu dimulakan diperingkat master. 

Aku faham…. akan wujud halangan… kebanyakkan expert khususnya dalam social science di institusi pengajian tingga tidak akan bersedia utk membuat “paradigm shift” tersebut.

Jika ada pelajar dalam pendidikan yang mahu membuat kajian pencapaian pelajar dgn aspek genetic….atau pelajar sport science utk kaitkan dgn “syariah compliance sport” maka siang2 lagi tajuk tersebut akan di reject ! Cayolah cakap den.... dgn alasan "Tidak berkaitan dgn kepakaran dijabatan ini"...

Ingat bro… aku bukan nak cadangkan pelajar pengajian Islam buat kajian pasal theory engineering…. Atau pelajar bidang psychology membuat kajian nahu dan saraf dalam Al-Quran. Tetapi sekurang2nya gabungan disipline yang saling berkaitan dan releven supaya CTK yang terhasil lebih memberi makna. 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...