.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 13, 2014

Tajuk 626: LAPAN SEBAB SEKSANYA STATISTICS dan SPSS !!

Apa maksud SPSS?

Jika ko tulis SPSS adalah “Statistical Package for Sosial Science”…. IBM mungkin akan saman ko.. sebab secara rasmi IBM dah guna nama "IBM SPSS statistics", atau ringkasnya "SPSS" sahaja. Dalam thesis tulis jer macam “after analysing this data using SPSS …” atau “after analysing this data using IBM SPSS statistics” ….. Ada faham ka?

Maybe ada 100 sebab kenapa ramai yang takut dgn statistics. Tapi aku nak tulis lapan sahaja. Aku tak terror maths…. maknanya aku lagi tak terror statistics. Darjah keyakinan aku tinggi berdasarkan taburan normal utk aku membuat inferens dari statistics paramatrik, setelah memenuhi semua assumption, jika aku ambil sample secara random maka aku percaya lebih 90% calon master/Phd termasuk dalam kategori ini. Mulalah tak faham tu? Emmm…

Aku ringkaskan jerlah…. 8 sebab tersebut adalah:

Pertama
Jargon – belajar statistik sama spt ko belaja bahasa baru…. katakan sebagai contoh org kelantan belajar bahasa JAWA… sedang anak JAWA pun dah tak tahu (dan malu) nak cakap JAWA selain “Kabare Wak” apatah lagi ko yang kecek klate sokmo. Terdapat pelbagai jargon – type 2 error, statistical power, regression, eigen value, weighted average, Z score, confidence interval, least square, chi square, sum of square, critical….. sebijik macam bahasa JAWA, ini belum formula maths yang ntah apa2….

Kedua
Different context – jargon di atas bukan sahaja sukar difahami, malah mempunyai maksud berbeza dalam context yang biasa digunakan. Dalam context seharian …. Jika ko critical maknanya ko “KO” tapi dalam statistik critical bermakna data ko “OK”. Pulok !

Ketiga
Different perspective – statistik dijalankan dgn mengambil SMALL data (sample) to draw a conclusion / generalisation to a BIG data (population), dgn mengarapkan a SMALL p value (p < 0.05) supaya hasil dari a BIG effect size. Kejap SMALL kejap BIG !! Oooo aloh !



Keempat
Ko bukan sahaja kena faham statistik yang ko run dgn SPSS tu, tapi ko kena faham juga research design ko. Dari research design atau hipotesis…. Ko mesti faham bila nak guna t-test, ANCOVA, MANOVA, regression dll. Jika ko tak faham research ko sendiri… then ko pun tak faham statistik dan tak tahu pulak nak run SPSS… maknanya ko ni diselubungi 3, 4 lapis tak faham – Mak ai ….

Kelima
Bukan semua statistics cover dalam SPSS - SPSS kadang-kadang guna term yang berbeza dari statistics, kalau statistics ko blaja dependent sample, SPSS plak guna paired-sample… Factor Analysis dalam SPSS adalah factor reduction. Bukan tu sahaja, dalam statistik tak cover pun Kromogrov-Smirnov for normality test, dalam SPSS benda tu ada ler plak. Mampuih !

Enam
Setakat mana ko blaja statistik? Paling tinggipun sampai factor analysis, itupun dah dinamakan advanced statistik.. wpun pemahaman ko tak lah se advanced mana.. Ko faham ker maksud rotated component matrix, eugine value > 1, KMO dll tu? Berapa kerat lah pulak yang ambil advanced statistik ni? Tapi bila ko nak buat research, FA tu kira macam statistik tahap biasa-biasa jer…. sedang ko tak belajarpun sampai tahap tu…. ini belum lagi guna dan faham amende SEM/ AMOS atau M-Plus…yang melibatkan multivariate yang multi level !! Perghhh !

Tujuh
Yang ini sensitif skit - yang jadikan statistik bukan sahaja susah tapi menderitakan.. apabila MAYBE ada lecturer statistik syok sendiri tanpa dia sedari. Apatah lagi yang pure statistik… yang buat research, makan dan tido dgn statistik…. then ajar plak buah cempedak luar pagar yang dari group social science…. Maka membebellah sorang2 semasa mengajar statistik…. sambil sorang2 menganga mulut mendengar tanpa sehabok pun faham !! 

Lapan
Sering kelas stat tak ajarpun SPSS atau ajarpun dah hujung2 kelas.... maka tak tahulah nak guna SPSS dgn stat yg diajar....

Last sekali..... ini utk peringatan ! 
Garbage in garbage out – ini bab paling best… sebab SPSS main klik2 jer dah dapat outcome. .. sebab kalau tak faham sangat statistik pun macam ok jer…. buka SPSS… masuk data dan run… TA DAAAAA …. dapat lah jawapannya !! Salah ke betul ker, blakang kira bro…. he he he. Tapi yang ini jgn ko amalkan….nanti data ko masuk longkang !!

Cukup dulu… aku nak jumpa wartawan hari ni…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...