.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, September 18, 2013

Tajuk 517 - TAJUK TESIS – Fikirkan 3 langkah awal ini !!

Dalam Tajuk 516 aku menulis betapa calon master/PhD sering menggali kubur sendiri kerana memilih tajuk tanpa sebarang pembacaan dan penelitian awal….. semua main ikut rasa dan sentiment sahaja.

Tu lah pasal bro…. akupun dulu cam tu gak he he…

Tapi aku ada satu kisah yang sampai kepada aku…. seorang pelajar Msia buah PhD di obersi…
Kisah apa tu bro…

Dia ni memang suka rujuk artikel….. jadi sebaik sahaja sampai di obersi…. dia mencari sebanyak mungkin artikel dalam kajian yang dia nak buat…
Baguslah macam tu….

Tapi bro…. ko tahu dia buat apa?

Manalah aku tahu…

Dia senaraikan semua tajuk artikel2 tersebut…. senaraikan semua keywords…. dan dia cuba mendapatkan tajuk kajian yang TIDAK ADA  dalam senarai artikel2 tersebut !!

Fuhhh…apsallak cam tu?
Sebabnya dia fikir buat PhD mestilah sesuatu yang belum pernah dibuat lagi… dan dia nak impress kan SV dia kat obersi tu dgn tajuk kajian yang belum pernah ada dalam artikel !!

Abis?

Abislah dia bro… dia tak sedar pulak bahawa tajuk pilihan dia tu akan mendatang masalah untuk mendapatkan sumber rujukan…. Dia nak samakan PhD dengan konsep R&D agaknya. PhD dijalankan oleh “student” manakala R&D dilaksanakan oleh experts dgn budget yang lumayan dan kemudahan yang cukup. Kalau ko bukan expert jgn mimpi nak joint team R & D mana2 company…





Jadi dalam entry ini aku nak tulis lah pula…. Langkah2 yang perlu ko ikut ….semasa menentukan tajuk tesis ko….. supaya fenomena gali kubur sendiri tu akan terkubur dgn sendirinya….

Ini 3 langkah yang aku nak cadangkan…. wpun aku dah sentuh disana sini dalam blog aku ni….

Pertama:
Perlu dan sayugia dimaklumkan bahawa pencarian isu yang”baru” dan “original” bukan bermakna isu tersebut tidak pernah dibuat orang lain. Yang “baru” dan “original” tersebut seeloknya melibatkan variable, methodology serta analisis data…. dalam sesuatu isu….bukannya isu itu sendiri ! I


Ini kerana isu yang “baru” sukar untuk mendapat rujukan dan bahan maka ko akan membuang masa……... contohnya isu dalam “home schooling” yang tidak banyak kajian dilakukan dan sukar mendapatkan academic published materials termasuk buku akademik juga. Satu kes yang sampai ke cuping telinga aku ni… seorang pelajar yang dah bbrp semester mendaftar… masih belum ada proposal “Home schooling” yang disogokkan oleh SVnya....kerana ketiadaan rujukan…

Sebagai permulaan…. kKetahui “Topic of Interest’ ko sendiri dan sediakan beberapa kata kunci supaya ko boleh mulakan Literature Search. Tiada masalah jika ko berminat dalam beberapa aspek berbeza tetapi mesti dalam “Topic of Interest” yang sama. Sediakan 2, 3 tajuk buat permulaanpun tak apa… tajuk yang ko minat.. researchable dan feasible. Ingat jangan pilih tajuk yang lansung tidak muncul dalam mana2 rujukan walaupun SV ko beriya2 benar sukakan tajuk tersebut…. dan kalau dia paksa jugak…. suruh dia jer yang buat… abis citer !! 

Kedua:
Tajuk tu seboleh mungkin dapat memberi impak kepada kerjaya ko sendiri…. bukan untuk kepentingan SV mahupun jabatan dan fakulti. Alasannya mudah…. Ini kajian ko…. apsal pulak jabatan yang nak tentukan tajuk kajian ko….asalkan tajuk tersebut ada kepakaran di jabatan tersebut dah ler. Lainlah ko pensyarah di jabatan tersebut dan akan menjadi pakar dalam bidang yang diajar di sana !! Pemilihan tajuk yang betul bukan sahaja memberi advantages kepada kerjaya ko dan jika ko belum bekerja….. pilih tajuk yang akan menjadikan ko “bakal pekerja yang terhangat dipasaran”.

Ketiga:

Ko bukan expert. Ko maybe belajar part-time. Jadi ketahuilah limitations ko. Jadi bro....pastikan ko dah ada idea akan instrument yang bakal ko gunakan, ada idea tentang methodologi dan level of analisis serta sampling frame ko... 

Camner aku nak ada idea tu?

La... kan langkah pertama ko adalah Literature Search... kat situlah ko dapat idea...

Aahlah... lupo lah den !

Satu kisah....seorang pelajar di IPTA pantai timur Semenanjung yang ambil masa 6 bulan nak set waktu temuduga dengan CEO usahawan kecil dan sederhana SME…. punyalah sibuk 
CEO-CEO tu wpun baru kendalikan company SME….Jadi jgn lah mimpi pulak nak interview CEO syarikat multinational…. hanya kerana ko nak buat PhD…. kecualilah ko tu anak "somebody" dan bukannya "nobody"!! Kalau ko nak interview jugak CEO dapatkan PhD ko dulu then apply grant then pergilah interview CEO syarikat yang terlibat …. malah silap2 haribulan ko pulak yang akan jadi CEO selepas dapat PhD.... masa tu ko pun tak pandang wpun sebelah mata pelajar PhD yang nak interview ko..... kerana hari2 ko meeting dari KL sampai London then singgah di Paris....utk main golf !! Betul tak?


Tak main golf.... main go kart jer..
Alamak tak bestlah tak dapat interview CEO tu... tak gempaklah PhD tu....

Kalau ko nak betul2 gempak .... bukan interview CEO.... ko interview jer  CEO macamTony Fernandes atau Bill Gate..... silap haribulan ko sampai kat gate jer !!

Dgn penguasaan dan pembacaan awal serta precaution limitation ko...…. barulah ko cuba finalise tajuk…. supaya menepati pengetahuan yang ko dah mulai kuasai disamping ambilkira keterbatasan masa dan kewangan ko. Jgn perasan nak buat kajian satu Malaysia kalau library kat IPTA pun ko sesat sebab tak pernah pergi !! Jika tak…. sit down dgn SV ko dan bincang supaya SV boleh berikan pandangan. Cuma bro…. kadang2 ada SV yang tak kisah benda2 ni… kalau boleh dia memang nak ko ambil sample satu Malaysia…. malah kalau boleh satu ASEAN !! Tepuk dada dan tanya pengetahuan dan limitasi ko !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...