.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 19, 2013

Tajuk 519: Tesis mesti gempak? Dimanakan akhirnya TESIS tersebut bersemadi ?

Ramai yang geleng kepala bila aku tulis dalam entry yang lepas tajuk tesis PhD tak perlu yang bunyinya gempak-gempak…. untuk dapatkan impak yang gempak.....Tak perlu sampel yang dasyat-dasyat…. sebab bagi aku yang penting adalah "proses menjalankan kajian itu" yang perlu gempak sebab yang original adalah “data” yang dipungut dan analisis yang dijalankan secara rigorous dengan kemahiran yang diperolehi dari proses menjalankan kajian tersebut.

Tapi ada satu lagi yang ko terlupa….

Amende… bagilah tau

Kajian PhD perlu untuk menghasilkan satu saranan dan cadangan yang gempak seperti perubahan polisi kearah yang lebih baik…. SV aku pernah berkata… "Apa guna buat PhD kalau kajian tidak ada impak kepada masyarakat dan polisi... ?"….bukankah ini hanya mengabihkan boreh yo…..jawab bro jawab….

Aku setuju perkataan “impak” tersebut dan “polisi”….


Kan aku dah kata…. tapi ko selalu merendahkan tahap PhD bro….

Iskkhh….. aku hanya kata setuju dgn dua perkataan tersebut…. bukan setuju dengan apa yang ko tulis…dan sebelum aku explain.... cer ko tanya SV ko tu... apakah sumbangan kajian dia sendiri semasa dia buat PhD - kepada masyarakat dan perubahan polisi? Aku nak tahu apa polisi yang dia dah ubah dgn PhD dia dan apa pula impak maksima dapatan PhD dia pada masyarakat? Ingat...aku bukan nak tahu apa dia buat selepas dapat PhD tapi ketika dia buat PhD....

Alamak.... seganlah aku nak tanya...... 


Ko segan nak tanya.... tapi SV ko lagi segan nak bagi tau kalau tesis PhD dia dah lama bersemadi dalam library tanpa impak apa2..... 

Aku no komen.....

Ok tak per.... aku nak sambung lagi.....

1. Aku tak pernah merendahkan kajian master / PhD, malah aku sebut dimana2 bahawa PhD is the highest academic qualification....


2. Cer ko bagi tahu satu statement dari mana2 sumber yang menyatakan kajian master / PhD MESTI memberi impak kepada masyarakat dan perlu mengubah polisi?

3. Yang aku tahu dan semua pelajar tahu dan dibagi tahu…. tesis PhD dan master mesti hasilkan journal artikel… sebagai syarat bergraduate….bukan hasilkan cadangan mengubah polisi itu dan ini...

4. Kalau disyaratkan tesis mesti terbukti memberi impak dan terbukti boleh mengubah polisi (bukannya hasilkan artikel)…. maaf katalah…. selepas 5,6 tahun maybe baru ada 2,3 orang jer yang berjaya bergraduate….itu maybe dari bidang hard sciences….spt engineering atau medical.... sedang ratusan ribu lain terutama dalam bidang social science sedang menghitung hari utk quit….. percayolah cakap den !

5. Juga…cuba ko bagi tahu aku…. dalam ratusan ribu naskah PhD yang terhasil, mana satukah yang pernah dijadikan sumber rujukan dalam masyarakat atau rujukan polisi  walapun sample ko ambil satu Malaysia? Aku nak tanya......tesis siapa yang jadi rujukan TPM bila siapkan Plan Pembangunan Pendidikan Negara  2013-2025? Cer ko bagi tahu aku ! Berapa ratus tesis PhD yang dah dihimpun utk siapkan PPPN tersebut? Tesis master.... lagilah tak main !!



6. Di manakah naskah tesis ko nanti akhirnya akan di semadikan? Kalau ko bukan pegawai KPM tapi buat kajian bidang pendidikan, adakah tesis ko disimpan di KPM untuk rujukan perubahan polisi di KPM? Kat library IPTA ko pun maybe tak sapa nak rujuk tesis tu.... nikan pulak utk disimpan di KPM....

7. Akhirnya tesis ko akan tersusun rapi di perpustakaan IPTA / IPTS…. Yang makin lama nilainya makin hilang….Ada sapa kesah? Yang kesah adalah junior ko yang buat kajian bidang yang sama.. yang lama2 akan hanya jadi tempat mengumpul habuk.....

8. Kalau adapun satu dua tesis yang dahsyat…. Itu adalah “isolated cases” berbanding dengan ratusan ribu lain yang tidak dihiraukan oleh masyarakat atau polisi makers.

Abis kalu macam tu buat apa ada kajian master dan PhD?

Soalan yang cerdik.... tapi ramai yang beri jawapan yang tak berapa cerdik....meh aku bagi tahu…. ada beberapa sebab:

1. Untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang kajian ko.... ini matlamat asas dengan pernyataan yang jelas "contribution to the body of knowledge" sebab pengetahuan sentiasa perlu direview dan dikembangkan...

2. Menambah pengetahuan dan kemahiran membuat kajian kepada novis-novis macam ko.....supaya ko boleh menyumbang suatu dan memberi impak selepas ko bergraduate

3. Melahirkan bakal2 expert masa depan dalam sesuatu bidang… SELEPAS bergraduate…. sebab ko bukan expert lagi semasa menjadi calon PhD / Master..

4.Melahirkan bakal2 expert SELEPAS mendapat PhD yang kemudiannya akan dipertanggungjawabkan untuk memimpin masyarakat, mengkaji polisi2, menghasilkan polisi2 baru, product baru, dan mengembangkan R & D.

Maknanya?

Maknanya…. Kajian peringkat master / PhD hanyalah satu "latihan intensif" student-research-centred untuk buat kajian dan exploration...  dgn fokus perlu diberikan kepada mencari pengetahuan dan kemahiran menjalankan kajian secara sistematik…. BUKAN dibebankan dengan keperluan untuk mengubah mana2 polisi….atau memberi impak pada masyarakat !

Aku masih tak caya…..katakan itu semua hanya tipu belaka....

Relex lah bro.....cam nilah….. kalau data kajian yang ko tulis dalam artikel ko pun tak dapek nak diterbitkan dalam journal ber”impak” tinggi…. Jgn ler pulak ko mimpi data ko tu nak beri impak kepada masyarakat atau mengubah mana2 polisi…. Nak kuar dalam journalpun dah kena reject beberapa kali !!

Aku tetap tak percaya…. aku bangkang….

OKlah…. Satu contoh sempoi aku nak bagi ko…

Bagilah….. aku tetap tak percaya….



Emmm.... "Prof Koo Kay Kim graduated dgn PhD bidang politik tetapi tulisannya
memberi impak kepada perkembangan sukan negara...."
Ko tahu berapa byk tesis terhasil dalam bidang curriculum and instruction? Ada ribu2 bro…. ribu2 wa cakap lu !

Apa maksud ko?

Ko tahukan… KBSR dah tukar ke KSSR. Sapa yang tukar tu?

KPM lah….

Apakah rujukan KPM utk hasilkan KSSR tu? Thesis PhD dalam curriculum and instruction atau thesis master?

Manalah aku tahu.... 


Ko tak tahu atau pura2 tak tahu? Kalau ko nak tahu....pegawai KPM telah jelajah serata dunia….. dari Australia, NZ…. US sehingga ke negara2 Scandinavian utk develop KSSR dengan setiap subject ada benchmark masing2 yang bertaraf international…. dan KPM sendiri jalankan pilot utk uji KSSR….. sebab mereka dah ada pakar2 yang tahu selok belok kajian…. tak kisah samada mereka tu dari bidang berlainan dalam pendidikan ….tahu tak? Soalan aku lagi…. adakah mana2 thesis PhD apatah lagi master dalam curriculum and instruction yang dihasilkan oleh pelajar PhD / master yang dirujuk atau dijadikan “benchmark” KSSR….. ? Tak ada bro...aku ulang... tak ada !!

Maknanya?

Maknanya….. pegawai KPM meneliti curriculum negara lain dan meminta penyelidik di KPM menjalankan kajian wpun tidak ada kena mengena dengan kajian mereka semasa menghasilkan tesis master mahupun PhD. Impak kepada curriculum dan polisi tidak berlaku SEMASA mereka membuat tesis tersebut tetapi berlaku SELEPAS mereka menjadi pegawai di KPM.

Emm....

Aku terdorong utk menulis lagi dan lagi isu ini kerana ada pelajar siswazah 1st semester yang telah bercita2 utk buat kajian keberkesanan kurikulum JQAF dan ada pula yang nak kaji kurikulum sekolah Cina samada ianya perlu diteruskan mahupun tidak oleh KPM... fuhhhh.... meremang bulu mata aku mendengar tajuk gempak tersebut....... sedang aku tanya apa itu multiple regression pun tak boleh jawab apatah lagi RAMSEA yang mereka tak pernah dengar pun !!!

Jadi?

Jadi mengapa macam nak giler menekankan aspek kononnya tesis mesti memberi impak kepada masyarat dan kepada itu dan ini.....sedang nak publish dalam impak journal pun belum tentu lagi... termasuk SV pun tak lepas artikel nak publish dalam journal berimpak tinggi ! Oleh itu....ketika menentukan kajian dan menghasilkan tesis…fokus perlu diberikan kepada “the acquisition of knowledge and rigorous research skills” semaksima mungkin.... bukannya impian mengubah itu dan ini…. sehingga pelajar tertekan dan terbeban dan terperosok dgn momokan kononnya tesis mesti hasilkan sesuatu yang gempak dan memberi impak.....sedangkan itu tidak berlaku !! 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...