Ini sambungan post aku semalam. Tajuk di atas bukan satu provokasi… tapi satu yang aku lihat disebut dan dimomokkan secara berterusan wpun realitynya penuh flawed, imperfect dan skewed.
Ada yang mencelah….. dgn memberikan Einstein sebagai contoh. Oh tidak….. ada berapa Einstein dunia ini? Aku percaya 100000 calon PhD pun diletakkan sebaris tidak dapat menyamai apa yang disumbangkan oleh Einstein. Ini bukan soal perbandingan, ini persoalan novelty apa yang sebenarnya ditagih dari terhasilnya naskah PhD?
Oklah…. Aku nak surrender sekejap…. Biarlah kita bandingkan calon PhD dgn Einstein supaya banyak pihak berpuas hati.
Pertama:
Adakah akan terjadi satu fenomena calon2 PhD sebaik sahaja mendapat “Dr” akan turut dicalonkan utk diianugerahkan Nobel Prize kerana novelty kajian mereka yang jika tidak setandingpun tetapi hampir menyamai sumbangan Einstein?
Kedua:
Perlu ditambah satu lagi syarat bergraduat iaitu “paten”. Hasil kajian PhD yang di paten kan sahaja akan layak bergraduat, selain dari menghantar ke jurnal impak tinggi. Ini kerana setiap naskah thesis mempunyai novelty…. Dan novelty ini layak dipohon “paten” utk menjadi intellectual property... akan adalah pengganti Einstein...
Ketiga:
Apa… paten tinggi sangat? OKlah….. kita turun skit ke copyright. Setiap naskah thesis hendaklah memohon copyright dan melalui satu interview membuktikan “novelty” thesis tersebut dihadapan panel penilai (spt yang aku lalui utk animasi yang aku hasilkan) .. bagi menilai kelayakan mendapat copyright dari IPO (Intellectual Property Organisation) dinegara masing2… tanpa sijil perakuan copyright, maka graduation akan pending…
Amacam.... boleh?
Aku tinggalkan persoalan diatas utk direnung2kan...
Aku tidak arif bidang hard sciences…. tapi dalam social sciences…. nama2 hebat dan tersohor terutamanya dalam bidang yang aku ketahui spt Prof R.E Mayer, Prof Sweller, Prof Treagust, Prof Novak semuanya menghasilkan theory spt Concept Mapping, Multimedia Learning Theory, Cognitive Load Theory, Dual Coding, Analogy Theory of Science Learning yang menjadi rujukan terkini terhasil SELEPAS sekian lama membuat kajian ….BUKAN ketika menjadi calon PhD. Malah ada yang menghasilkan teori yang tidak sama spt kajian PhD mereka dahulu.
Ini termasuklah juga nama2 tersohor yang lain spt Tony Buzon dan de Bono yang menghasilkan perbagai sumbangan yang novel selepas mendapat PhD.
Tapi LEBIH MALANG...... terdapat ratusan ribu lagi researcher yang selepas sekian tahun bergraduat dgn PhD atau setara…. Tiada sapapun tahu tentang mereka kerana tiada apa2 yang novelty pun yang disumbangkan secara signifikan dalam kajian masing2… sekadar deretan artikel dalam jurnal2 sahaja…..yang sebahagiannya itupun menumpang artikel pelajar PhD mereka.
Abih camnor?
Sekadar bahan bacaan hujung minggu…. Cheers !!
OT
No comments:
Post a Comment