Dalam pengajaran sains ada satu strategi namanya MASTERY LEARNING (ML). ML bertujuan memecahkan objektif pengajaran kepada objektif yang lebih kecil yang mudah dicapai.
Dalam dunia POSTGRADUATE (PG) hal yang sama boleh dipraktiskan. LANGKAH PERTAMA dalam dunia PG adalah menguasai dahulu topic dan area of investigation yang anda berminat utk membuat kajian. Sebelum mencapai matlamat tersebut. Anda boleh sahaja pecahkan lagi kepada matlamat lebih kecil yang lebih mudah dicapai. Berikut contoh 3 langkah tersebut:
Langkah Pertama:
Mencari article / bahan rujukan secara selective dan sensitive dalam topic dan area of investigation melalui GABUNGAN penggunaan operator Boolean (AND, OR, NOT), signage operator (*, +, -, ?), operator specific dari mana2 reference manage (eg. ELSIVIER melalui Mendeley menggunakan operator yang unik) atau mana-mana publisher (dgn fungsi advanced search).
Jika anda tak jelas amende yang aku tulis di atas…. Bermakna anda tidak tahu “How to do things right the first time”.
Ingat…. Bukan TAJUK kajian yang pertama anda perlu cari dan risaukan… tapi pencarian artikel yang releven dgn topic dan area of investigation.
Langkah Kedua:
Selepas membaca mainstream articles … anda perlu tahu argument / isu / problem yang telah wujud dalam topic dan area of investigation yang menjadi kajian sehingga kini. Kalau tak tahu… camner anda nak mendapatkan satu argument “baru” utk kajian anda pula yang boleh menyumbang kepada knowledge.
Contoh:
Kebanyakkan kajian lepas membuat kajian berkisar kepada argument spt berikut sebagai contoh - Guru hadapi kesukaran mengajar konsep sains yang kompleks. Argument yang wujud ini boleh diwakilkan dgn thesis statement yang umum spt:
"Pengajaran sains memerlukan bahan pengajaran yang memudahkan penerangan konsep abstrak (topic), oleh itu bahan pengajaran multimedia diperlukan kerna keupayaan multimedia menggabungkan unsur audio, video dan text bagi memudahkan pemahaman konsep yang abstrak (argument) melalui pembinaan bahan pengajaran multimedia berasakan multimedia learning theory (support)"
Setelah membaca pelbagai artikel…. Thesis statement di atas telah banyak dikaji dan saturated… maka anda memerlukan satu thesis statement yang “baru” wpun dgn topic yang sama… ketika inilah anda melihat potensi gabungan animation dan instructional strategy pula.
Maka thesis statement kajian anda menjadi:
"Pengajaran sains memerlukan bahan pengajaran yang memudahkan penerangan konsep abstrak (topic masih sama), oleh itu perlulah dibina animasi dengan ciri konstruktivis yang digabungkan dengan instructional strategy (argument) melalui pembinaan bahan pengajaran multimedia berunsurkan animasi konstruktivis yang interaktif dan boleh dikawal bagi menvisualkan konsep sains yang abstrak (support)"
Langkah Ketiga:
Setelah jelas apakah thsis statement anda…. Bolehlah merangka pernyataan masaalah pula spt ringkasan:
i. Pengenalan:
- Multimedia hanya salah satu medium pengajaran
ii. Masalah:
- Apa sahaja medium pengajaran KURANG BERKESAN jika dipersembahkan tanpa strategi pengajaran yang sesuai.
- Oleh itu bahan multimedia juga KURANG BERKESAN tanpa strategi pengajaran yang sesuai (author, year)
- Gabungan video, audio dan text hanyalah COSMETIK jika tidak dibina berdasarkan apa-apa strategi pengajaran
iii. Support
- Bahan multimedia dalam bentuk animation yang dibina dgn pendekatan konstruktivis boleh visualkan konsep abstrak
- Animation berpotensi utk meningkatkan pemahaman jika digabungkan dgn instructional strategy mastery learning
Aku termenung..........
Kenapa agaknya di Msia ni tak kisah sgt pasal 3 aspek di atas …. .acapkali aku dengar… pengucapan pertama SV adalah:
- Apakah tajuk kajian nak buat ?
- Kenapa nak buat tajuk ini ?
- Apa isu nak dikaji?
Cukuplah soalan-soalan ini mematikan suis otak pelajar utk memberikan jawapan… kerana tidak kisahpun 3 langkah-langkah awal yang aku bincangkan dalam post ini yang perlu dilakukan terlebih dahulu…
OT
No comments:
Post a Comment