Sebelum aku tulis lanjut, aku ingin menyentuh skit soal gesaan menghantar artikel sebagai petunjuk KPI bagi pensyarah seolah2 tertulis bahawa tugas hakiki pertama pensyarah adalah “menerbitkan artikel”. Aku confused. Bukan itu sahaja…. berlaku conflict of interest dalam susunan authorship kerana “merit KPI” yang lebih tinggi diberikan kepada first author.
Aku juga biasa terdengar gesaan SV supaya kajian master/PhD memberi impak kepada society. Kalau dah semua hasil kajian diterbitkan sebagai artikel dalam journal…. Impaknya hanyalah kepada SV sendiri dalam bentuk mendapat KPI. Artikel yang diterbitkan tersebut akan menjadi rujukan akademik…. bukannya utk memberi impak kepada society spt yang digesa! Aku confused!
Dua fenomena di atas secara lansung akan memberikan impak kepada penerbitan buku akademik pula kerana buku tidak dinilai se”gah” artikel…. dgn ranking yang rendah dalam KPI.... wpun penghasilannya jauh lebih sukar dan memakan masa. Sebuah buku akademik utk bacaan society termasuk menjadi rujukan dan bacaan ribuan pelajar tentu lebih besar impaknya dari satu artikel akademik yang dirujuk beberapa kali sahaja utk tujuan akademik spt penulisan thesis. Malah selepas beberapa tahun, tak siapa lagi akan merujuk artikel tersebut…. berbeza dgn buku yang boleh di revised dan updated. Aku confused lagi.
Pada hemat aku..... buku sgt penting utk bacaan society.. maka seorang SV khususnya seorang Prof perlu menulis buku… kerana ini satu indicator dia seorang knowledgeable dan pengetahuannya disebarkan kepada society. Buku Multimedia Learning oleh Prof R.E. Mayer umpamanya menjadi rujukan utama dan tersohor bagi society kerana dibaca oleh guru, pelajar, pensyarah dalam pelbagai bidang dan individual yang terlibat dalam multimedia. Aku percaya, ratusan ribu individu telah mendapat manfaat dari buku Multimedia Learning ini – termasuklah aku !
Ekoran dari ini…. saranan aku…. jika anda bertemu dgn mana-mana Prof, tanyakan buku yang beliau telah terbitkan…. tapi bukannya buku compilation of artikel, atau dia sebagai editor sahaja atau chapter in book tetapi sebuah karya lengkap oleh Prof berkenaan. Bertanya bukan satu kesalahan !
Babak 2: Authorship - Conflict of interest ?
Aku berbalik kepada tajuk post ini setelah aku menerima pertanyaan sejauh UK…. tentang susunan nama author dalam artikel. Ramai supervisee tidak kisah pun lalu membenarkan (secara sedar atau tidak) individu lain yang menjadi penulis pertama (first author) bagi kajian mereka dan artikel yang mereka tulis.
Isu siapa patut jadi the first author apabila menghasilkan artikel utk publication perlu ditangani dengan tenang, jujur tanpa perlu mengundang konflik. Dalam hal ini, aku ingin berkongsi pendapat dgn semua supervisee yang bakal menjadi SV beberapa prinsip utama dalam penentuan first author bagi artikel hasil kajian supervisee peringkat Master / PhD. Prinsip ini perlu difahami dgn hati terbuka demi etika sebagai academician.
Pertama:
Baca sekiranya ada…. peraturan, prinsip atau apa sahaja bahan bercetak yang di keluarkan oleh IPTA anda berkaitan authorship. Jadikan ini sebagai panduan. Jika tak ada (pelik jugak kalau tak ada)… baca langkah kedua berikut.
Kedua:
Authorship bagi artikel sangat bergantung kepada contribution dgn first author adalah penyumbang terbanyak. First author (namanya paling atas dalam senarai penulis dalam artikel) adalah seseorang yang (i) benar2 telah menjalankan kajian dan (ii) benar2 telah menulis artikel tersebut.
Dalam kes kajian PhD/ Master…. NO DOUBT, first author adalah supervisee yang jalankan kajian yang responsible for doing the research, mankala SV(s) adalah co-author(s) kerana sumbangan sebagai penyelia.
Adalah sangat JANGGAL dan MENGELIRUKAN jika SV menjadi first author bagi kajian master /PhD supervisee, sedang kajian, LR, data collection, analysis data, termasuk menulis manuskrip dilakukan oleh supervisee….
Ketiga:
Bagi kajian supervisee, SV boleh menjadi corresponding author. Corresponding author adalah individu yang dipilih bagi bertanggungjawab segala urusan correspondence dengan publisher atau sesiapa yang berminat dengan artikel tersebut.
Keempat:
First author boleh juga corresponding author, jika dia juga bertanggungjawab dalam semua urusan correspondence dengan publisher atau sesiapa yang berminat dengan artikel tersebut.
Kesimpulan:
Menjadi hak anda untuk bertanya dan mendapatkan clarify jika anda diminta menjadi hanya penulis kedua (second author) atau seterusnya kepada semua artikel yang ANDA TULIS HASIL KAJIAN ANDA SENDIRI …………..sebab bertanya BUKANLAH satu kesalahan....
Aku tidak menyentuh authorship bagi artikel yang terhasil dari kajian yang dibiayai oleh grant atau sebarang kajian yang bukan dilakukan oleh supervisee utk mendapatkan master / PhD.
Aku sekadar memberi pendapat .... moga perkara ini menjadi perhatian anda yang bakal menulis artikel untuk diterbitkan....bakal menjadi SV dan bakal bergelar Prof !!
OT
No comments:
Post a Comment