.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 8, 2014

Tajuk 664: What is the criteria of the best thesis to GOT - original atau SOT ?

Aku tersenyum bila tiba2 perkataan GOT (Graduate On Time) mula menjadi sebutan..... kecoh sekolah siswazah….KPM... malah disebut2 juga di Malaysia Hall London !

Aku ingat lagi.. ada yang perli… mencebek bibir bila aku mula2 menulis dalam blog sambil menyarankan bahawa thesis PhD / Master perlu disiapkan dalam tempuhnya sambil mengubah pelajar yang novice kpd “expert in the making”… maka antara saranan aku supaya kuasai bidang kajian dan pilihlah tajuk kajian yang memungkinkan anda GOT !

Malah aku telah mendefinisikan “The Best Thesis” adalah SOT (Submitted On Time)… supaya boleh GOT..... kerana bagi aku the best thesis bukanlah thesis yang "original" dan kononnya mesti memberi impak kepada mana-mana pihak.
Nasib mereka hanya perli dan mencebek… tak sampai kata aku giler… kalau tidak…. Fuhh sama taraf le aku dgn Einstein !!

Aku menulis isu ini secara khusus pada 14 April 2013 dalam blog aku drotspss tentang definisi “The Best Thesis” supaya GOT. Bagi aku "The best thesis is a thesis SOT (submitted on time)” ... malah patut ada award utk ini !!
Award….. mana bley bro….

Pertama:
Satu fakta yang aku nak bagi tahu .....antara kriteria the best thesis adalah tesis yang mengutarakan tajuk yang penting, thesis yang ditulis dengan baik, tesis yang ada “unsur” originality.

Secara ringkas, tiada thesis yang sepenuhnya original sebab dari format, research method, analisis data malah theory dan literature review semuanya telah ada... lihat sahaja citation2 dalam thesis (maknanya telah dijalankan sebelumnya). Maybe isu baru atau variable baru dalam kajian yang menjadikan thesis ada unsur originality, bukannya thesis tersebut keseluruhannya original.



Kedua:
Katalah setiap tahun ada 100 thesis dihasilkan dari sebuah IPTA setiap kali konvo. Dalam 100 tu berapa agaknya yang betul2 original? Tentu tak ada. Yang ada adalah thesis yang menepati criteria wajib, itupun dah cukup baik….dgn unsur originalitydi sana sini…

Ketiga:
Jgn lupa..... katalah 100 thesis tersebut dihasilkan oleh 100 pelajar PhD.... sedangkan IPTA tersebut mungkin mempunyai 5000 pelajar PhD dgn 500 darinya pulak dah luput tarikh cuti belajar mereka beberapa semester. 1000 lagi sedang berada digarisan penamat sedang thesis jauh lagi nak tamat. Dan dalam 100 thesis tu pun maybe tiada satupun tesis yang berjaya disiapkan dalam tempoh 3 tahun !!

Keempat:
Bagi aku yang kerdil ini… penghasilan thesis PhD (atau Master) yang terbaik adalah bukti keupayaan individu menjalankan kajian saintifik yang sistematik secara independent. Dan jika dia berjaya laksanakan dalam tempuh yang diberikan, itu adalah “the best thesis”.

Kelima:
Kalau anda buat PhD kat Malaysia anda tak terasa.... sebab wpun dah masuk 4 tahun.... anda masih boleh "ek" lagi orangpun tak perasan. Tapi kalau anda gi oversea .... visa dah mati....sponsor tak bagi biasiswa lagi... abis mana anda nak pergi....?

Kalau balik Msia tentu malu ler jugak..... tentu kawan2 kata ... aaikk sambung lagi kat Msia.... cam tu baik buat kat Msia jer !
Tentu akan ada mulut2 yang kata ntah2 anda gi vacation bukan buat dissertation! Itu tanggapan org yang tak boleh elak.... tahu kenapa .....sebab dlm timeline facebook anda penuh dengan gambar kesana kesini.... main snow lagi ....dan tak der satupun gambar anda sedang buat research.....abeh cam no.....

Masa nilah anda akan tahu betapa "The best thesis is a thesis submitted on time" !! Malah IPTA anda sendiri tak akan tanyapun.... originalkah thesis yang anda siapkan tu atau.... dapat award the best ker.... sebab the best ketika itu adalah “thesis submitted on time”...

Namun lebih sadis lagi…..tak kisahlah anda buat PhD kat UK ker atau kat UKM atau kat US ker atau USM ..... dahlah buat kajian yang terlalulah biasa-biasanyer tapi masa yang diambil untuk menyiapkan tesis tersebut tersangatlah luar biasa lamanyer !!!

Keenam:
Kajian PhD “yang original” seperti hampir tidak wujud bro. Kalau wujudpun kerana pelajar tersebut hanyalah “sebahagian” dari satu projek yang telah lama berjalan.. bukan dimulakan dari scratch oleh pelajar tersebut secara individu utk kajian PhDnya.

Contoh:
Satu contoh “The Best Thesis” telah dianugerah kepada seorang pelajar nukleur fizik berkaitan kajian ALPHA (Antihydrogen Laser PHysics Apparatus). 

Pelajar tersebut menjadi student MSc/ PhD bagi satu kumpulan penyelidik terbaik dunia yang telah lama mengendalikan projek ALPHA di makmal CERN (European Organization for Nuclear Research), makmal terbaik dunia (sponsored dari 12 negara Eropah) dgn peralatan jutaan dollar. Maka peluang membuat PhD spt di CERN kelihatannya seperti sukar diperolehi di tempat lain...
Abis kalau macam tu…. tak perlulah nak buat kajian2 yang dasyat2 bro?

Ada ke aku kata tak perlu ?

Bagi aku…..buatlah apa sahaja kajian yang anda nak buat antara langit dan bumi…dan segala isi laut…..yang outstanding yang break through yang apa sahaja….jika anda dapat disiapkan dalam 3 tahun…. Jika tidak, baik anda tungguh lah dulu niat tersebut…. Fokuslah pada kajian yang boleh mengajar anda membuat research dgn baik dan sistematik…. Then hantar thesis tu on time… GOT.... dapatkan PhD…. timba pengalaman baru…. barulah mintaklah geran juta2 utk ubah apa sahaja yang anda termampu…. Jika anda termampu !!

Barulah anda terbaik bro…. bukan sahaja akan dapat title “Dr” dalam 3 tahun… then boleh terus segera berkhidmat…. terus menjalankan research … lalu menyumbang kepada mesyarakat secara lebih signifikan ….bukannya panic kerana selepas 5 tahun masih terkial2 menyiapkan tesis bombastic yang dah masuk fasa static…..
OT - GOT it !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...