Seharian aku dirumah mertua... pagi jogging.... ptg ronda2 dgn anak2 di Pavilion... dan sebaik sahaja sampai Bangi, aku mencoret lagi. Aku menulis dalam konteks umum…. kepada bakal-bakal SV… sama spt pelajar aku sendiri yang bakal menjadi guru yang perlu ditegur, diperbetul dan diberitahu the do’s dan the don’ts menjadi seorang guru. SV dan guru adalah insan scholar yang menjadi contoh sebab mereka adalah bakal pendidik.
Pertama: Jgn underestimate
Jgn under estimate supervisee sebelum mereka diberi ruang dan jalan utk menunjukan kebolehan mereka. Banyak supervisee yang sgt experienced dalam pelbagai industry sebelum menjadi supervisee dan berhadapan dengan real world berbanding sebahagian SV, khususnya yang setahun jagung.
Kedua: Passing judgment
Elakkan dari mengenakan standard sendiri kepada supervisee. Terdapat SV yang memberi syarat begini dan begitu jika mahu disupervised. Contohnya, SV hanya menyelia supervisee yang menggunakan research method yang dia familiar sahaja….
Ketiga: Destructive comments
Memang supervisee datang dgn pelbagai kelemahan… maka sedaya upaya jgnlah siang2 dah bagi destructive comment…. Apatah SV suka sangat menceritakan kehebatan sendiri sehingga supervisee kecut perut …………terasa langit dgn bumi...
Keempat: Give proper recognition
SV boleh sahaja memuji supervisee yang komited dan dedikasi… maybe boleh juga hantar mereka menyertai conference…
Kelima: Elak pilih bulu
Terdapat SV yang lebih selesa dan menunjukkan favoritism kepada supervisee tertentu spt bekas rakannya atau bekas pelajarnya….
Keenam: Berilah feedback yang “jelas”
SV dah terbukti smart jadi berikanlah coaching feedback yang explicit supaya mudah diikuti supervisee memperbaik kelemahan mereka
Ketujuh: Simpan maklumat
Supervisee perlu proaktif dalam mencari, membaca dan memahami segala info berkaitan dgn kajian sendiri. Namun begitu, ada info yang maybe vague, sukar difahami oleh supervisee, maybe confused wpun dah byk info dibaca.... dan memerlukan penjelasan dari SV. So.. janganlah simpan maklumat dan kedekut memberikan penjelasan tersebut, sambil meminta pelajar mencarinya sampai lubang cacing….
Lapan: Cool …..
Dunia scholar adalah dunia waras… bukan dunia tengking menengking, tepuk meja atau campak buku ! WPun ada supervisee yang tidak komited dan tidak bersikap dedikasi… jika mereka main2 dan tak perform… hujung semester tick sahaja keputusan “memuaskan” atau “tidak memuaskan”... tapi bercakaplah dan beri nasihat dngn nada yang sesuai….
Senarai ini boleh sahaja ditambah…. Namun ini sekadar peringatan buat diri aku sendiri sambil share dgn bakal2 SV….
OT
No comments:
Post a Comment