Anda membaca journal oleh A (2010) … terdapat pelbagai citation didalamnya. Tiba2 anda tertarik pada satu pernyataan yang ditulis oleh A (2010) tetapi telah dipetik dari satu sumber yang ditulis oleh B (1999).
Adakah anda boleh menulis begini:
“ B (1999) mentioned that the……..…. (as cited in A, 2010) ”.
Ini prinsip yang perlu difahami dulu:
a. Anda perlu membaca sumber citation (A, 2010) terlebih dahulu (ini memang anda lakukan)
b. Anda boleh memetik sumber kedua (B, 1999) jika hanya memenuhi syarat sumber tersebut
- tidak diperolehi kerana kerana tidak diterbitkan lagi
- tidak diperolehi dgn cara-cara yang lazim
- bukan dalam bahasa yang anda fahami
Ini bermakna anda “dilarang” membuat “as cited in B (1999) ” jika
- sumber kedua melibatkan perbincangan isu / argument yang CORE / crucial berkaitan kajian anda
-sumber kedua ditulis oleh leading author yang berkait rapat dgn argument kajian anda
- sumber kedua dalam bacaan anda adalah sumber lazim dari journal kerana ia diterbitkan
- sumber kedua adalah buku yang lazimnya dijual, diterbitkan, biasa terdapat di library wpun tidak terdapat dilibrary anda
- sumber jurnal atau buku atau apa sahaja sumber yang boleh diperolehi secara lazim termasuklah dgn subscribe, membeli terus dari publisher atau membuat interlibrary loan.
- diterbitkan dalam bahasa yang anda fahami....
Kenapa dilarang?
Anda adalah scholar yang membuat master atau PhD….. kemuncak dunia scholar.... dunia akademik dan dunia research. Anda perlu membaca dan memahami sumber kajian / isu / agument yang CORE berkaitan dgn kajian anda sendiri... bukan melalui pemahaman dan penulisan sumber lain.
Jika anda ambil jalan mudah dan tidak boleh membuktikan bahawa sumber kedua tersebut memang tidak boleh diperolehi dgn cara2 yang lazim utk anda baca dan fahami utk anda cite…. (tidak termasuk journal / buku yang memang boleh diperolehi), maka credibility anda akan terjejas sebagai scholar…. yang tahunya hanya mengambil sumber kedua…. yang tidak dibaca terlebih dahulu …. Apatah lagi anda bakal di katakan “expert”.
Abis selama ini ramai jer orang buat ok per? Apsallak ko kata tak boleh? Tak ada sapa2 bagi tahu aku tak boleh….Susah lah mcam tu…
Bukan tak boleh….. tapi ada syarat….
Kalau ramai yang langgar syarat tu …. Atau tak ada yang bagi tahu…. takkan anda nak ikut mereka bila aku bagi tahu….. jgn lah marahkan aku plak… blajalah sesuatu supaya jadi lebih baik…. supaya anda tidak expert ikut2an sahaja....
OT
No comments:
Post a Comment