Wooo…. dahsyat tajuk tu bro… apatah lagi esok nak Raya Korban ni….. takkanlah nak cabar SV sendiri plak… ingat bro… terkorban nanti bro...siapalah kita tanpa SV…. jadi kenalah hormati mereka…. hormati kepakaran mereka.
Aku setuju sangat memanglah SV perlu dihormati…. Bagi salam…. Buat dulu appointment…. Panggil dgn panggilan Prof…. tapi menurut sahaja apa kata SV …. dalam dunia scholar…. dunia PG bukan satu daripadanya.
Anda tak setuju?
Tak ada masalah kalau tak setuju…. Tapi tentu anda nak tahu apa rasional aku menulis tajuk di atas.
Maka dgn rendah diri aku mencoret 7 cara mencabar “pengetahuan” SV dan mencabar disini membawa makna boleh berbahas… mengkritik, memnta bukti atau tidak semestinya bersetuju 100% dgn pandangan dan pendapat SV….
Ciri utama SV adalah seseorang yang sepatutnya berpengetahuan yg mendalam dalam sesuatu bidang kajian… namun perkembangan demi perkembangan yang dipaparkan dalam artikel2 semasa menjadikan peluang terbuka utk sesiapa sahaja menguasai bidang tersebut…. khususnya bidang yangbukan menjadi focus kepada SV... utk memberikan pandangan alternative.
Pertama: Jadikan diri anda “expert” juga
Anda takkan mungkin boleh mencabar… tidak bersetuju atau berupaya memberikan penjelasan yang lebih baik atau alternative kepada SV jika anda sendiri tak menguasai pengetahuan tersebut. Jadi, tiada jalan lain selain mendalami pengetahuan tersebut terlebih dahulu… membaca bahan terbaharu.. terkini sehingga menguasainya….. malah boleh melebihi apa yang dikuasai oleh SV sendiri!
Boleh ker bro?
Apsal tak boleh? Ada SV membuat kajian dalam multimedia misalnya, hanya melihat multimedia sebagai tool berdasarkan multimedia learning theory…. tetapi tidak dari aspek instructional strategy yang membolehkan multimedia dgn segala theorynya lebih effective dan efficient. Jika anda menguasai aspek instructional strategy, anda punya kelebihan berbanding SV anda yang hanya bergantung kepada multimedia learning theory.
Kedua: Minta 3rd opinion – tak semua SV sama bro !
Anda boleh berbincang dgn SV atau expert yang lain… di IPTA yang lain…. malah expert luar negara… malah sifu tersohor berbanding SV anda…. yang boleh memberikan pandangan dan penjelasan yang lebih baik dari SV anda. Dgn penjelasan tersebut bolehlah anda berbahas dan berbincang serta memberi pandangan alternative… demi pemahaman yang lebih baik utk kajian anda sendiri.
Ketiga: Ego vs Ilmu
Ada SV yang memang “tak berapa” tahu satu2 aspek kajian anda. Katalah anda validate qnaire dgn Rasch model sedangkan SV ada adalah classical in approach. Oleh kerana ego… maka pendapatnya tidak boleh disanggah seolah2 dia ada “ilmu” tentang Rasch Model dgn memberikan komen yang tidak tepat…. spt Rasch Model tidak sesuai sedang dia tak pernah tahupun apa itu Rasch Model !
Keempat: SV serba tahu !
Ada SV yang ego tak mahu kalah. Ada SV yang sentiasa perasan dia tahu semua. Apa sahaja persoalan yang ditanya akan dijawab tanpa memperdulikan betul atau salah. Jika ada SV anda perasan dia spt Wikipedia yang tahu semua…. saya tak nak komen… full stop !
Kelima: Semak bukti dakwaan SV
Selalu juga SV kata contohnya “kajian yang baik adalah kajian yang ada impak”…. “Apa guna buat kajian kalau dah banyak orang buat” atau “Mana boleh buat PhD kalau tak original” atau mengatakan “proposal anda tidak lengkap” dll yang sewaktu dengannya.
Bukan susah…. minta sahaja bukti impak tersebut dari kajian SV sendiri atau minta kajian SV yang tidak pernah dibuat orang atau minta sebarang proposal yang dia buat. Paling best minta thesis PhD dia … dan minta tunjukkan apa sahaja dakwaannya supaya mudah difahami dgn bukti tersebut…. Termasuk meminta proposal masa dia jadi PG dulu…. kotlah dia masih simpan.
Keenam: SV sama spt anda
SV adalah manusia sama spt anda.... ada kalanya terlupa, ada kalanya wujud misconception, bias, cenderung kepada satu2 school of thought dan melakukan kesilapan. Jadi takkan anda tak boleh bagi pandangan dan pendapat alternative yang anda lebih faham dan tahu dari SV anda?
Jika SV boleh membawa, membuat kajian dan menguasai sesuatu bidang, begitu juga dengan anda. Dalam era ICT ni, anda boleh mendapat bahan jauh lebih banyak dari SV anda, apatah lagi fokus kajian anda maybe tidak sepenuhnya dikuasai SV. Jadi kenapa takut nak cabar SV anda?
Ketujuh: SV pun berbalah sesama sendiri !
Pernah dengar SV pertama tak setuju dgn SV kedua. Bukan cam pernah dengar jer tapi ramai yang telah mengalaminya ! Apa maknanya ini? Ini maknanya… pendapat merekapun saling bercanggah dgn masing2 saling mempertahankan pendapat masing2 wpun bercanggah. Oleh itu memang wujud ruang utk anda juga melihat dan mengetahui kelemahan pendapat dan pandangan SV anda. Hal yang sama berlaku juga semasa viva…apabila panel mpnyai pendapat bercanggah... dgn mempersoalkan pendapat yang satu lagi...
Jadi tulisan aku ini bukanlah sesuatu yang baru … jadi kepada bakal-bakal SV…. anggaplah perbahasan dalam dunia scholar patut menjadi satu fenomena positif yang sihat yang akan memeriahkan lagi dunia tersebut…. bukan sebaliknya dianggap negatif…hanya kerana anda telah mempunyai PhD, DBA dll yang setaraf ...
OT - Rembau
No comments:
Post a Comment