.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, October 23, 2014

Tajuk 674: Renungan.... Novelty kajian PhD adalah satu ilusi….Bhg 1

Aku di airport KB menunggu secawan teh tarik. Sementara itu izinkan aku menyelami erti “novelty” dalam menghasilkan thesis. Maaf, jika aku berpendapat bahawa novelty yang ditekankan itu tidak lebih dari satu “momokan” yang berakhir dgn ilusi….

Lain macam bunyinya bro…cam menyonsang jer....

Katakan dalam sains sosial…. setiap tahun ada ratusan ribu thesis terhasil dan akan menjadi jutaan thesis selepas beberapa tahun di seluruh dunia….dan jika “novelty” ini adalah satu yang menjadi keutamaan…. bermakna ada jutaan thesis dgn sesuatu yang “novel” dihasilkan…

Persoalan aku…. Dimanakah agaknya nilai JUTAAN novelty yang terhasil tersebut berada…. selain dari penghasilan artikel yang dihantar ke jurnal2 tertentu sahaja yg wpun didakwa kononnya NOVEL tapi masih gagal menembusi panel jurnal impak tingi sehingga layaknya hanya jurnal scorpus shj? Banyak juga buku2 edisi baru dihasilkan setiap tahun namun isinya masih teori2 lama yang established sekian lama… tanpa banyak dibincangkan dapatan2 terkini wpun terdapatnya jutaan novelty terhasil... sepatutnya...

Ada sesiapa yang merasakan kewujudan novelty tersebut termasuk di M’sia? Jika ada… nyatakan kepada aku walapun SATU dari ratusan ribuan thesis yang terhasil…. dan tunjukkan kesannya yang hebat itu sehingga kering air liur pihak tertentu menekankan pentingnya aspek novelty dalam sesebuah thesis wpun yang becakap itu mungkin tidak pernah menghasilkan apa2 yang novel pun!

Novelty yang selalu ditekankan adalah penghasilan satu model “baru”, penyelesaian “baru” kpd masalah lama….. formula “baru”…. ataupun memberi “kesan” kepada community. Adakah ini yang sebenarnya menjadi motif utama membuat thesis dan mendapat PhD atau ijazah yang setara?

Apa yang dicapai di atas tidak lebih dari “sedikit modification” dari aspek yang dipelajari dari apa yang ada sebelumnya….. dan diaplikasikan dengan menggunakan sampel yang berbeza, variable yang sedikit berbeza, theory sedia ada yang di konseptual semula, atau menganalisis data dgn statistical analysis data yang mungkin berbeza. Sukar pula utk menelah wujudnya novelty disini.

Abis kalau tahu sangat…. Apa guna buat thesis jika tak ada noveltynya?

Sebelum aku jawab…. thesis adalah hasil penulisan yang sistematik dan sainstifik tentang satu kajian yang dimulai dengan mengupas pernyataan masalah… objektif kajian yang focus kepada sesuatu aspek dari masalah tersebut, kupasan theory yang kritikal yang melengkari masalah yang dikaji… diikuti dgn pemilihan methodology yang sesuai utk mencapai objektif kajian.

Semua ini adalah komponen utama dalam sesebuah thesis dan bukanlah sesuatu yang “novel”…. kerana semuanya dilakukan dengan rujukan yang intensif dari sumber sedia ada...

Bagi aku….novelty yang jelas dari sesuatu thesis adalah sumbangannya kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran “baru" yang mula dikuasai oleh calon…. yang sebelumnya begitu naif, novice tentang bidang yang ingin dikajinya.

Peluang membuat kajian dan mempelajari segala aspek yang berkaitan secara sistematik dan saintifik inilah kesan “novel” thesis PhD tersebut…. melebihi novelty yang dimomok2kan…. keupayaan mengupas isu dalam bidang kajian mendalam, membuat literature review secara analytical dan kritis…. mempelajari bagaimana memastikan instrument yang digunakan mempunyai validity dan reliability yang tinggi…. menjalankan kajian secara sistematik… mengupas dapatan dalam satu perspektif yang lebih komprehensif lalu berupaya menulis artikel sebagai bukti contribution to the body oleh knowledge adalah tanda novelty yang “jelas” kepada calon itu sendiri.

Dgn penguasaan inilah calon akan melalui satu transformasi dari novice ke expert dan dgn proses menjalankan kajian yang berterusan…. Dgn team work yang baik… dana yang banyak…. maka kajian2 mendatang oleh “pakar ini” akan lebih memungkinkan kewujudan “novelty” berbanding dgn momokan semasa beliau menjadi pelajar... yang novis

Kesimpulan.
Novelty thesis bagi aku terletak lebih kepada pengetahuan, kemahiran dan penguasaan “baru” yang diperolehi oleh calon melalui pengalaman beliau menjalankan kajian secara sistematik / saintifik dan rigorous…. Menguasaan theory dan methodology yang sebelumnya asing….. lalu menyumbang “sedikit” kepada body of knowledge….. melebihi momokan novelty utk mendapatkan sesuatu yang “baru” yang “tidak ada sebelumnya” …… yang kelihatannya seperti ilusi dari jutaan thesis yang telah terhasil....

Aku tidak minta anda bersetuju…… sekadar meminta anda berfikir sahaja…itupun jika anda mahu..jika tidak... tiada paksaan....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...