.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 29, 2014

Tajuk 645:Postgraduate: Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini - Bhg 2

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. PhD bukan matlamat, tapi satu tiket utk perjalanan yang akan mengubah hidup anda… dari pengikut kpd pemimpin… dari pelajar kepada pengajar … dari hanya menerima kepada terbuka ruang utk memberi… 

Transformasi adalah satu perkataan yang berat. Menghasilkan filem 2D ke 3D satu transformasi. Mencetak buku teks ke penghasilan courseware satu transformasi. Menjadi penyabar dan pemaaf dari seorang yang pemarah juga satu transformasi. Dari undergrad ke postgrad memerlukan transformasi... dari first degree ke master ke PhD.... sudah pasti memerlukan transformasi diri !

Salah satu langkah menjayakan tranformasi adalah “membuat pilihan” yang memungkinkan berlaku atau tidaknya transformasi tersebut. 


Hanya anda sahaja yang memiliki keistimewaan tersebut… SV atau aku atau orang lain hanya boleh memberi sedikit motivasi !!

Maybe beberapa contoh mudah ini boleh menjelaskan maksud aku.

Terdapat peserta bengkel aku yang hilang skill yang diajar sementara sebahagian lain peserta dari bengkel yang sama, berjaya menguasai dan terus mengamalkannya.... sambil mampu punya mengajar... !!

Apa perbezaan mereka ini?

Inilah pilihan. Ada peserta yang membuat pilihan utk tidak praktiskan apa yang diajar sebaik sahaja selesai bengkel. Mereka pilih utk relex brother relex...biarkan dulu masa berlalu, memilih untuk menyatakan "nantilah..", "lama lagi" 
“ini susah, itu susah’ sedang hal yang sama tidak berlaku kepada peserta lain, malah peserta lain tersebut memilih utk mengambil inisiatif terus mencuba dan mencuba maka sekali menguasai mereka akan terus menguasainya ! 

Aku juga terima bbrp PM yang panjang lebar bertanya kaedah persampelan X yang mereka gunakan. Bila aku kata yang mereka gunakan itu salah, lantas mereka panic… Bila aku kata, apa yang mereka buat tersebut adalah teknik Y… maka bertambah panic lagi…. Lalu merayu meminta penjelasan demi penjelasan… demi penjelasan…. Persis kanak-kanak merengek bila mendengar motosikal aiscream dengan lagu “Mat Kool” lalu depan rumah ! 

Come on bro….Ini bukan pilihan utk membuat pembedahan atau tidak yang melibatkan kepakaran dan nyawa orang lain…. tetapi hanya melibatkan pemilihan mudah…. Memilih utk menguasai sesuatu yang mudah dan asas.... yang dapat dikuasai oleh sesiapa sahaja… memilih untuk membaca sekali, dua kali, hatta 10 kali tentang sesuatu konsep... dari beberapa sumber (on atau off line) bukan terus buat slamber.... sambil mengeluh kenapa semuanya susah belaka?

Minta maaf….. bila ada yang PM …. Apa beza SPSS dgn Mendeley? ATLAS.ti tu peta ker - apa kena mengena dgn PhD ? Jika sekadar nak tahu apa itu Mendeley atau ATLAS.ti pun malas nak “google” ...Lu fikirlah sendiri tahap transformasi mereka ini !!

Lihat apa yang berlaku antara jam 7 – 8 am setiap hujung minggu. Jika ada 100 orang, hanya 5 orang memilih utk berjogging, memilih utk membuat senaman…. sedang 95 lagi memilih utk sambung tidur…. memilih utk tidak berbuat apa2…. dan kemudian pura2 panic bila cholesterol mencanak naik, sedang kesihatan semakin menurun !

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. Mulakan dgn membuat pilihan yang membawa kepada transformasi tersebut. Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan membuat pemilihan bagi diri sendiri…

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...