Calon master /PhD dari aliran pure science (spt engineering, Physics, Chemistry..) perlu membuat "system research" (research berdasarkan sistem) manakala calon dari social science (spt education, management, religion, psychology..) pula perlu membuat "theory research" (research berdasarkan theory)..
Ko faham tak ni?
Sebelum tu jgn tak tahu….. aku bertuah sebab berkesempatan membuat kedua2nya – system dan theory researches.
Amende tu?
System Research:
Oleh kerana aku dari bidang Chemistry… iaitu pure science, maka aku membuat thesis lebih kepada sistem…. Thesis final year aku adalah mengkaji tahap dan punca pencemaran sistem air sebuah muara sungai.
Aku mengkaji sub-system sungai tersebut dgn parameter spt pH, BOD, COD, temperature, heavy metal dll…. pH (bukan pHD) air adalah sub-system yang melibatkan perubahan pH air mengikut concentration ion hidrogen …. tanpa perlu mengupas theory yang menjela2 untuk menyokongnya sebagaimana dalam social science.
Keutamaan research system adalah implementation spt penghasilan prototype, algorithm atau simulation yang cuba membetulkan masalah, kelemahan dalam system secara direct. Kajian dalam sistem yang dijalankan menggunakan data pada skala ratio yang selalunya diperolehi dari instrument yang precise… maka tak ler pening kepala nak justify validity dan reliability dgn segala macam tok neneknya.
Kesukaran system research adalah menghasilkan “new solution” to “real problem” !
Theory Research:
Kemudian aku melalu satu transformasi…. beralih dari pure science kepada social science, lebih tepat education. Maka bermulalah aku menjadi seorang theoretician.
Theory research sering melibatkan “hypothetical problem” yang cuba “diselesaikan” dgn penghasilan model, modul, prosidur, new approach, new stting atau new instrument….
Jika system research bergerak kehadapan, menyelesaikan masalah semasa yang real , maka theory research banyak bergerak kebelakang mengupas theory2 yang releven sebelum menyelesaian masalah yang lebih berbentuk “hypothetical” berbanding real.
Inilah sebabnya thesis science selalunya lebih nipis. Straight forward berbanding thesis social science…
Ingat….. calon dgn background system (pelajar-pelajar aliran science) boleh membuat theory research (education, management, IT application…) kerana sifat pengetahuan bidang social science yang tidak teknikal ….. tetapi amatlah jarangnya calon dgn background theory (pelajar aliran social science) utk membuat system research kerana memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam.
Contohnya …. seorang jurutera boleh membuat research tentang "management" tetapi seorang ahli sejarah tidak boleh buat system research spt dalam "engineering"..
Moga sedikit perkongsian ini dapat membuka satu lagi ruang pengetahuan dalam minda bakal2 SV.....sebab apa yang aku tulis ni confirmed tak diajar dalam kelas Research Methodology....
OT
No comments:
Post a Comment