Izinkan aku utk keluarkan ko dari persepsi tersebut …. Jika ko naklah…. Jika tak nak tak apa… aku tak paksa…..
Apa itu research gap ?
Secara ringkas gap adalah “missing element in the existing research literature that you can fill with your research findings” atau “something that has not yet been fully researched”….
Jika berdasarkan definisi di atas…. ada banyak research gap utk ko buat kajian….
Yer ker?
Aku nak ringkaskan research gap tersebut sebagai PITAM…. Supaya ko tak pitam mencari research gap lagi dgn syarat ko kena mmbuat literature search then membaca dgn teliti....bukannya terus fikirkan tajuk yang pelek2.... kununnya tajuk tersebut akan ubah polisi itu dan ini dan akan memberi impak maksima kepada kementerian itu dan ini.... fuhhh....
a. Population (P)
Kajian lepas tidak menyentuh semua criteria yang boleh represent population spt jantina, different academic background, lokasi (bandar dan luar bandar), agama, budaya, pekerjaan, SES dll…. maka ada gap disitu !
b. Intervention (I)
Kajian lepas menggunakan intervention yang tidak lagi sesuai utk kajian semasa spt menggunakan telephone communication sedang situasi semasa menggunakan ICT.
c. Theory (T)
Gap wujud bila pembacaan ko menunjukkan kajian lepas tidak menguji sesuatu theory secara comprehensive atau memerlukan theory tersebut dikaji dalam konteks semasa… atau ko fikir perlu digabungkan beberapa theory utk dikaji dll..
d. Analysis (A)
Menggunakan analysis yang boleh memberikan jawapan / finding yang lebih mendalam berbanding kajian lepas… spt membuat CFA berbanding hanya chronbach alpha bila membuat adoption kepada soal selidik… menggunakan ANCOVA… bukan hanya ANOVA utk quasi experimental design dll
d. Methodology (M)
Kajian lepas menggunakan methodologi / research design yang tidak comprehensive….. atau adanya keperluan utk membuat mixed method pula…. Ini juga adalah gap !
Kesimpulan:
Pengisian gap tersebut akan menjadi contribution to knowledge dalam bidang kajian ko sebab ko extend the understanding in the field of investigation.
Pandai2lah ko sesuaikan PITAM tersebut dalam bidang kajian ko sendiri. Malah ko boleh gabungkan antara Intervention dgn Methodology atau antara Population dengan Theory dan Analysis..... terserah mengikut objektif kajian ko sendiri... Jadi mendapatkan gap bukanlah susah…. yang susah sebab ko tak dijelaskan apa itu research gap… ko main ikut jer…. ditambah dgn cara ko mencari tajuk pelik2 dulu… ntah sapa ler yang ajar buat cam tu..
OT
No comments:
Post a Comment