Pagi raya 3… spt biasa bangun solat dan jeng jeng jeng…. aku mbuka laptop sebelum sidai baju, maka terilhamlah tajuk di atas… khusus bagi mereka yang telahpun selesai semester 1 atau 2.
Sebelum ko jalan raya.... jer ko check simpton2 ni !
Simpton1
Persoalan asas masih banyak yang tidak difahami. Apa bezanya persampelan berkelompok dan stratified? Tak ada idea macamana nak analisis soal selidik, bila nak guna t-test dan kenapa ada statistik deskriptif dan inferens. Juga tak jelas camner nak tulis problem statement atau operational definition… pendek katamacam2 ko tak tahu....
Simpton2
Takut nak jumpa SV sebab fikirkan banyak benda yang tidak difahami. Kali terakhir jumpa SV adalah…. alamak lupalah pulak !
Simpton3
SV pulak yang risau sebab ko tak muncul-muncul sepanjang semester…. sampai SV yang sms ko… tapi itupun ko tak nak balas... sebab ko ingat tu sms ex-awek ko nak ajak dating semula...
Simpton4
Ko hairan kenapa sibuk2 cari dan baca jurnal sebelum ko tentukan tajuk kajian ko. Bagi ko, tajuk kajian dah lama ada dalam storage processore pentium duo core kepala ko.
Simpton5
Ko tak tahu dan tak ambil pot pun pasal jurnal..... apa itu jurnal CIJ, indexed, scopus, impact factor dll…. buat semak kepala jer.... asal google dapat jurnal oklah….sebab bukan diajarpun benda2 tu masa kelas research methodology pun… jadi penting ke?
Simpton6
Ko gumbira sebab ada buku utk rujukan. Kalau buku statistik ko ada Chua… kalau research methodologi ko ada Creswell dan Konting dan kalau berkaitan pendidikan ko ada Mook Soon Sang…. dan dgn buku2 ini ko siapkan proposal ko .... beres !
Simpton7
Apa kena siapkan proposal awal2 lagi? Tak ada arahan pun kena buat cam tu? Mana boleh kena siapkan proposal dalam semester 1…. awal lagi tu !
Simpton8
Jantung ko macam berhenti bila ko dengar kawan2 ko berbual tentang multivariate analisis… pasal Rasch model, PLS, SEM, AMOS, Winstep, CFA, EFA, PCA … amende semua tu bro? Adakah itu satu bahasa baru?
Simpton9
Ko masih tak jumpa tajuk kajian. Dah 3 kali tajuk kajian ko kena reject. Ko lansung tak berkemampuan utk pertahankan tajuk kajian ko sendiri …. begitu naif !!
Simpton10
Ko tak rasa pun perubahan sejak ko mula jadi calon master atau PhD…. cam sama jer. Ko tak rasa macam sibuk atau tertekan….. ko tetap relex cam dulu…. sambil menjadikan lagu "Relex brother relex" sbg sumber ilham ko.....hu hu
Simpton11
Ko ingat semua grade coursework ko A….. maka research dan thesis ko akan A jugak…. sebab ko ingat keduanya ada korelasi yang positif !
Simpton12
Ko tak pernah sekalipun adakan supervisory committee meeting…. wpun kat ofis hari2 meeting !
Simpton13
Milestone? Apa tu? Rolling stone aku tahulah !
Simpton14
Apa lagi ni….. LaTex? Reference Manager? Navigation Pane? Comelah don’t put me in pain !! Apa benda semua tu?
Simpton15
Wow…. Tajuk kajian aku memukau… kajian hubungan antara IQ dgn kegemaran makan kuih pau.... belum ada yang buat lagi sebegini kaw…. Satu2nya kajian diseantero dunia dari Paris sampai Chongkau…. kalau direject jugak..memanglah melampau dan kalau ada yang komen tajuk ni tak sesuai memang nak kena penampau !!
Simpton16 - bonus
Ko malu2 kucing nk jawab mcm anak dara yg mahu disunting sdg ko dah beranak pinak... bila sedara mara dan kawan2 tanya "Macamana study?" soalan yg sama ditanya sejak 3 Syawal lepas..
Pic - Gaya retro 80an....
OT
No comments:
Post a Comment