Anda ingin belajar ke luar negara? Pastikan anda mendapat tempat di universiti dgn ranking 100 terbaik dunia....
Jika hanya bersandarkan ranking 100 terbaik dunia... otak pentium 5 aku terfikirkan perkara berikut:
Pertama:
Mendapat tempat di universiti ranking 100 dunia, belum tentu secara otomatik pelajar akan mendapat SV yang juga hebat dan bertaraf dunia. Tidak mungkin semua SV di satu-satu universiti wpun ternama..... semuanya hebat. Tentu ada yang biasa2 sahaja.
Kedua:
Universiti dalam ranking 100 yang didambakan maybe ternama bagi fakulti tertentu dan bidang tertentu bukan semua fakulti, semua bidang, semua kemudahan atau semua SV.
Ketiga:
Universiti yang kurang ternama dgn ranking yang maybe lebih rendah juga mempunyai SV atau researcher yang tersohor kehebatannya dalam dunia akademia.
Prof Treagust adalah tokoh world class tersohor dalam bidang Chemistry / Science Education tetapi menjadi Professor di Curtin University of Technology (CUT), Perth selain menjadi Pengerusi SMEC (Science and Mathematics Education Centre), sebuah university luar ranking 100 terbaik dunia. Pelajar science / chemistry education seluruh dunia mencari beliau utk berguru.
Keempat:
Ranking university boleh berubah2 malah telah kedengaran ia boleh dimanipulasi…
Kelima:
UM adalah univerisiti ranking 1 di Malaysia tetapi berada dalam 401 – 501 ranking dunia. Jika ini dijadikan ukuran…. Maka keutamaan menghantar graduan ke obersi hendaklah universiti ranking 400 terbaik dunia, bukannya 100 spt yang diberikan perhatian sekarang. Kenapa? Sebab universiti dgn ranking 400 pun dikira lebih baik dari UM…. apatah lagi UKM, UPM dll yang rankingnya lebih rendah dari UM !!
Keenam:
Cer ko selidik researcher tempatan yang ternama dalam bidang masing2 sekaran ini.... yang tersohor dan mempunyai track record yang baik.... adakah mereka tersebut graduan dari 100 university ranking dunia atau bukan? Tentu pelik jika graduan dari IPTA tempatan jauh lebih tersohor dan mendapat banyak pencapaian yang hebat dari yang pernah belajar di university 100 ranking dunia.
Ketujuh:
Oklah.... baik juga jika ramai yang berpeluang mendapat tempat di university 100 ranking dunia khususnya pulang sebagai "Dr". Namun, kehebatan ini tidak akan membawa banyak makna jika "Dr" tersebut tidak meneruskan kehebatannya dalam dunia research tetapi sebaliknya hanya memegang jawatan pentadbiran...
Kelapan:
Tentu banyak budget utk belajar di mana2 100 univesity terbaik dunia.... harap2 berbaloi bila balik ke Msia.... bantulah naikan ranking IPTA pula.... jgn ada yang tak balik sudah lah....
Maafkan jika aku tidak berfikir spt cendiakawan yang lain... mungkin kerana aku tidak belajar di universiti 100 terbaik dunia.....
Akhirnya .... aku tak ada masalah dgn 100 university terbaik dunia.... tahniah dapat belajar di sana .... begitu juga tahniah kepada semua pelajar dimana sahaja dalam mahupun luar negara..... kerana anda adalah aset negara masa depan....
OT
No comments:
Post a Comment