.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, August 12, 2014

Tajuk 640: SV, SUPERVISEE dan FEEDBACK !!

Feedback bermaksud (dgn izin) helpful information / comment that is given to someone to inform / say / instruct in written or verbal form what can be done to improve / modify a performance / product the next action.

Kita semua sering mendapat feedback… esp. bila hantar kertas peksa….ini feedback yang formal…. dan sering ditulis dgn pen merah oleh cikgu. 

Feedback adalah satu instrument / process / medium yang teramat pentingnya dalam dunia supervision….. antara SV dan supervisee….. sebab supervisee perlukannya utk memperbaiki perjalankan research dan penulisan thesis. Feedback antara SV dan supervisee selalunya berlaku secara informal.

Jadi apa masalahnya? 

Tak adalah masalah jika feedback tersebut mencapai maksudnya….spt definisi operasi di atas…dan diberikan dgn teliti utk difahami dan dilaksanakan oleh penerima.

Namun…. satu nasihat kepada diri aku dan bakal2 SV…. bahawa terdapat 11 situasi yang menjadikan feedback…. wpun penting , tidak membawa banyak makna… khususnya dalam situasi informal… written mahupun verbal…. apatah lagi tak ada pulak rubric atau skema markah atau skor utk dirujuk…. 

Moga bakal-bakal SV belajar utk tidak melakukan 11 perkara ini….

Pertama:
Bila feedback berlaku secara informal…. maka wujudlah feedback yang confusing… samada isi yang dikomen nak diperbetul, diganti atau bagaimana?

Kedua:
Selalu juga…. feedback yang diterima hanya difahami oleh SV yang expert…. tidak tercapai aqal dan kefahaman supervisee… yang novis yang menerimanya. So terngaga jer lah dulu…. nak tanya takut kena sergah !!

Ketiga:
Bukan sahaja confusing …. kadang2 vague….. tak tahu apa sebenarnya perlu dilakukan utk improvement.

Keempat:
Ada juga feedbacak yang contradict antara satu sama lain. Mula2 bagi feedback suruh buat B then lepas buat B dapat feedback suruh buat A semula !

Kelima:
Tidak kurang juga berlaku, feedback main SV bercanggah dgn feedback co-SV… wo wo wo…. tercepit lah ko ditengah-tengah…. 

Keenam
Wujud juga feedback yang tidak relevan….. contohnya… “Saya pergi London next week…” Atau “kat mana u beli kertas A4 ni?”

Ketujuh:
Emmm…. terdapat feedback yang “merendahkan” penerima ….. tak perlulah aku bagi contoh kat sini… kecualilah ko sukarela nak bagi contoh ko sendiri… sedih tau !

Kelapan:
Feedback sangat ringkas spt “?” atau “!” …. tu jer !

Kesembilan:
Maybe ada juga feedback yang membawa maksud “Lu fikirlah sendiri”

Kesepuluh:
Feedback yang minta feedback !!

Kesebelas:
Lansung tak ada feedback !! Hu hu

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...