.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 30, 2014

Tajuk 649: Problem statement – Workable dan Researchable !!

Aku nak tulis pasal problem statement yang workable dan researchable supaya kajian ko juga akan workable dan researchable.

The heart of a research is the PROBLEM STATEMENT (PS). Kalau aku baca tesis.. aku baca hok ni dulu… baru terbuka selera nak baca seterusnya. Kalau PS simple sangat, dan aku dah boleh agak dapatannya…. terbantutlah selera aku.

Cer ko bagi contoh.

Katalah ada kajian experimental… nak bandingkan kaedah ajar Sejarah traditional VS guna lakonan dgn bantuan skrip dan bimbingan guru. Cer ko agak hasilnya? 

Tentu hasilnya akan menyebelahi kumpulan experimental... klise !




Maybe 10 tahun dulu kajian sebegini masih diterima…. tambahan skop kajian terlalu “personal” dikhuatiri tidak diminati oleh scholar lain, local mahupun antarabangsa. 

PS sebenarnya juga adalah isu yang menyatakan keperluan kenapa kajian ko penting dan urgent utk dijalankan, pendek kata justification for the research to be conducted. Ko perlukan pembacaan yang luas dan mendalam dalam topic kajian ko supaya ko boleh mendapatkan satu isu / PS yang specific yet interesting. 

PS mestilah researchable dan workable. Apa maksdunya ini? Dua istilah ini membawa maksud PS ko mestilah mempunyai focus atau scope yang khusus supaya ko boleh selesaikan. Misalnya ko hanya memilih satu theory dalam ekonomi (yang ada beratus2 teori) sebagai asas menyelesaikan masalah kajian ko. Ia juga bermaksud…. Kajian ko mesti mempunyai satu dimensi yang khusus. 

Contohnya kajian gelandangan (homeless) ko hanya mengkaji aspek “mental health” sahaja atau “drug dependency” sahaja dan bukan utk masalah gelandangan secara umum kerana terdapat multifactor dan pelbagai dimensi.

Jadi workable atau researchable membawa maksud “the problem must be precisely specified and capable of being addressed with “available resources”.

Apa la plak available resources tu? 

Yang penting adalah:

1. Literature review – to get the theoretical framework dan sound methodology !
2. Researcher must have background knowledge 
3. Expert (SV lah)
4. Budget (jika melibatkan upah dll)

Dalam pengenalan tesis, ko perkenalkan dulu problem secara umum…. spt masalah gelandangan akibat pelarian, kekurangan pendidikan, masalah keluarga, ekonomi, urbanisasi, dadah, mental health … then ko juruskan kepada PS yang specific utk kajian ko katakan “mental health” dan ko juga perlu bersedia dengan “potential solution” utk PS ko tu.

Topic gelandangan ini kini semakin hangat !!!

OT

Friday, August 29, 2014

Tajuk 648: Coursework dan Thesis – a totally different ball game !

Inilah realiti dunia aku, dunia ko dan dunia kita - dunia postgraduate !!

Izinkan aku kembali ke zaman menjadi calon master / PhD. Aku lebih selesa menulis tajuk di atas spt mengimbau ketika aku berada di zaman tersebut…

Kenapa perlu ada coursework? Coursework perlu utk aku mendalami pengetahuan dalam bidang kajian. Mengambil coursework membolehkan aku mempelajari teori dan segala aspek yang berkaitan dengannya. Mengambil coursework tidak menakutkan aku…. umpama meneruskan tradisi undergrad. Exampun ok jer… dgn sedikit tugasan, markah biasanya excellent !!

Abis apa masalahnya bro?

Bukan masalah, tetapi sedikit ulasan. 

Selepas selesai coursework…. perkara yang paling menakutkan diperingkat Master dan PhD adalah thesis dan penyelidikan. Ini yang benar2 menakutkan aku. 

Takut? Apsallak…..

Ini lah pengalaman baru kebanyakkan postgraduate spt aku…. Malah ramai kawan2 aku yang lost in action…. syahid ditengah jalan…. gagal menyiapkan thesis sedang mereka excellent dalam coursework… mengalahkan aku. 

Aku sempat mengamati dan memerhati senario berikut:

1. Thesis adalah satu proses yang kompleks. Cukup kompleks. Wpun proses penulisan tesis ini kompleks tapi setahu aku tidak pula diajar secara “serious” dan “formal” sebagaimana coursework…. sedang apa yang dipelajari dalam coursework lebih mudah diperolehi dari bacaan pelbagai sumber dan rujukan yang banyak…. manakala penulisan thesis pula spt diletakkan terus dibahu aku dan rakan2 aku sepenuhnya… tanpa ada satupun kelas yang mengajar aku apa-apa….

2. SV ? Memanglah SV ada…. tapi sesedar aku…. SV tak pula mengajar aspek2 teknikal dan mekanikal penulisan thesis….menjalankan kajian. Jika adapun lebih berbentuk memberi komentar…. Itu tak ok… ini perlu ditambah…. itu tak cukup dalam, sana pula belum cukup kritis….. sedapkan lagi ayat disini... dan sekali sekala menyegah - Hah ….. mana ko dapat pernyataan ni ? apa rasional ko tulis ini ? Ko sapa nak nak dakwa begitu begini? Fuhh semangat…. Separuh jiwa ku hilang…

3. Thesis juga melibatkan proses yang detail…. dgn segala mechanistic nya yang asing bagi aku….lebih asing dari makhluk asing… malah prosesnya pula detail bukan sahaja kandungannya tetapi juga sehingga titik dan comma perlu berada ditempatnya yang betul.

4. Pencarian tajuk kajian pun sudah cukup memberi satu cabaran besar kepada aku. Ramai juga kawan2 aku yang teraba2 dalam terang…. bagaimana utk mendapatkan tajuk yang “doable”, “researchable” dan “workable”….sdg aku dan dan kawan2 aku tak ada pengalaman tersebut.



Pencarian tajuk pula perlu disertai dengan pencarian gap dan problem statement…. Maka makin bercelarulah apa yang hendak ditulis, dipetik dan dihuraikan. … kerangka itu dan kerangka ini…. pemilihan teori, variable, construct, dimensi, instrumen… dan ohh…. segala macam rempah ratusnya. Sehingga dalam kebanyakkan kes….aku berdoa supaya kajian aku doable bukannya mengundang trouble. … teraba2 mencarinya sendirian tanpa mempelajarinya “through formal means” !

4. Apa…. Subjek Research Methodology? Yaa…. Memang aku ambil subjek Research Methodology… subjek wajib… namun pengisiannya lebih kepada pengucapan semula apa yang tercatat dalam buku2 teks research methodology…..bukan sangat utk menyediakan kemahiran mechanistic proses penulisan tesis dan pengendalian penyelidikan. Pendek kata…. you still need to know “HOW” ?

5. Sementara itu….. cousework ditawarkan dan diambil oleh sekumpulan calon. Aku dan kawan2 aku berada dalam satu kelas yang sama… mndapat tugasan yang skopnya sama…. Boleh berbincang bersama…. Tapi ini tak berlaku kepada penyediaan proposal, penulisan thesis…. masing2 dgn dunia sendiri mencari apa yang belum pernah diterokai….ada masalah… lu fikirlah sendiri !

6. Aku percaya…. bukan mudah utk bertemu dan berbincang dgn SV… ada yang sibuk dan ada yang OK…. ditambah dgn gaya supervision yang pelbagai…. yang longgar dan ketat…. maka dalam situasi yang tak menentu ini…. rujukan utama aku adalah rakan2 master / PhD yang lain… terutama yang telah melalui proses tersebut. Setiap arahan SV selalunya akan dirujuk juga kepada rakan sebaya dan senior dan bagaimana mereka dahulu melakukannya….. malah byk kes… rakan sebayalah “main SV”…. tanpa sesiapapun sedari…. sehingga ada yang sebahagiannya mengambil strategi trial-n-error dari rujukan naskah2 rakan sebaya…yang lebih senior !

Come on bro…. ini level postgraduate lah…. kalau tak sanggup berdikari bro… menyediakan proposal sendiri… semua nak kena ajar… jgn ler berhajat nak ambil master /PhD…. betul tak? Lagipun dah berapa ramai yang lulus…. Tak ada halpun !

Yeap… aku suka jawapan tu….dan setuju sgt memang ramai yang lulus.

1. Aku sekadar melontarkan cadangan…. Jika itulah jawapannya maybe elok juga dijalankan sedikit kajian dan interview…. observation yang transparent….. 

Kenapa mereka boleh lulus?
Bagaimana mereka lulus? 
Apa yang mereka lakukan utk lulus ?

2. Malah kalau tu lah juga jawapannya.... supaya berdikari…. bagus juga courseworkpun jgn ditawarkan…. Biarlah calon tu membaca dan berdikari memahaminya sendiri. Lagi baik jika tak ada supervision lansung…. barulah lebih real…. Semuanya hasil pencarian calon sendiri 100% … baru mantop ! Barulah benar2 berdikari…. Ada berani ? 

3. Master /PhD memang utk melahirkan researcher yang independent…. melahirkan researcher yang berdikari perlu disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Dgn latar belakang postgraduate yang pelbagai… yang muda, berusia… full time dan part-time…. semuanya perlu dibekalkan dgn kemahiran yang cukupi. 

Maybe aku boleh share satu kisah calon PhD seorang lecturer di sebuah IPTA yang menghabiskan masa satu semester menyenaraikan semua tajuk2 dalam bidang kajiannya supaya dia boleh mendapatkan satu tajuk yang tidak ada kena mengena dengan tajuk2 yang telah dibuat sebelum ini….sebagai bukti kajian yang bakal dilakukan adalah original dan tak pernah dibuat orang lain. Perghh.... berderau darah aku !!

Begitulah juga aku diberitahu…."buatlah kajian yang tak pernah orang buat".... mujurlah aku tidak menerimanya bulat2… dan aku tahu berapa ramai lagi yang mempunyai pemikiran yang sama !!

4. Aku pun suka mencadangkan lagi supaya ditanya kepada calon2 yang sedang menyiapkan porposal…. Tahukah mereka elemen yang perlu ada dalam penyediaan pernyataan masalah…. apa beza signifikan dan implication…. apa maksud membuat citation dgn merujuk kepada sumber asal.. dan aku boleh senaraikan 100 lagi soalan. Adakah mereka tahu apa yang mereka buat, apa yang perlu mereka buat dan dimanakah mereka memperolehi pengetahuan tersebut?

5. Kemahiran dalam penulisan tesis ibarat kemahiran mengunakan pisau. Ajarlah dahulu kemahiran tersebut ... percayalah setiap orang yang mahir menggunakan pisau akan menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan berbeza wpun dari pisau yang sama... tapi jika tiada kemahiran.... dibiarkan sahaja mencuba.... bukan sahaja hasilnya tak seberapa... tangan pula penuh kesan2 luka.....

Inilah senario yang aku dan kawan2 aku dahulu lalui .... sekarang bagaimana?

Akhirnya tujuan aku hanya satu... supaya calon2 master / PhD merakam segala pengajaran dan kemahiran yang diperolehi.... dan salurkan dgn penuh hikmah kepada bakal2 calon yang mendatang... supaya akhirnya terhasillah researcher yang fokus dalam penulisan tesis dan penyelidikan, bukan tersasar ke sana sini sebelum menemui destinasi .... LUV U ALL !!

OT

Tajuk 647: Kenapa ada “working title” ?

Aku nak tanya – kenapa ada istilah “working title”? Apa perlunya perkataan “working”? 

Ramai yang faham working tittle adalah tajuk kajian awal yang belum pasti lagi…. yang boleh berubah2…. 

Aku cuma nak tambah lagi. Tajuk kajian yang ko tulis pada proposal itulah “working title” atau aku ringkaskan WT sahaja. WT ini muncul sebagai tajuk kepada proposal ko. Ia dinamakan WT kerana ko masih dalam proses refine kajian ko as your study proceed. WT sebagai guidance , sebagai direction utk kajian sebenar dan bagaimana ko develop kajian ko as your thinking progresses. 

Jadi istilah WT ini membolehkan ko menyiapkan proposal ko tanpa memerlukan pendetailan dan kejituan perlaksanaan kajian ko … kerana WT membolehkan berlakunya perubahan hatta jika terpaksa melibatkan perubahan tajuk. 

Katakan ko siapkan proposal dalam tempoh 3 bulan dgn WT berkaitan dengan aplikasi mobile application dalam education …tetiba setelah ko mula mendalami e-learning, ko sedar wujud keperluan lebih mendesak utk mengkaji aplikasi augmented visual reality (AVR) pula. Maka berlakulah perubahan pada WT tapi masih berasaskan teori berkaitan e-learning... sedang ko dahpun selesai defend proposal tersebut ! 

Bila WT berubah..... berlakulah perubahan objective kajian dari mengkaji mobile application ke AVR… maka tajuk kajian ko pun berubah. 


Namum begitu...WT boleh kekal sehingga ko siapkan tesis jika tiada keperluan utk perubahan. Namun kewujudan WT adalah sebagai petanda bahawa perubahan boleh berlaku dan dibenarkan berlaku hatta selepas proposal disiapkan kerana tajuk proposal tersebut masih bertahap WT !!

Jadi kenapa ada yang menyiapkan proposal bertahun2…. Sedang tajuk proposal tu hanyalah WT…. yang ada ruang utk berlakunya perubahan….? Proposal kajian kualitatif lagi banyak kemungkinan utk berubah kerana sifat kajian tersebut yang flexible dan evolving. 

Jadi proposal hanyalah satu blue print maka terdapat ruang utk perubahan.... dan sesuatu yang boleh berubah jgn pula dinilai secara strict sehingga tak siap2 proposal dan tak defend2 sampai "berkurun lamanya".... kerana akhirnya yang dinilai nanti adalah thesis ko bukan proposal !

OT

Tajuk 646: Disini lahirnya sebuah cinta: Routine atau Something?

Aku percaya, ramai calon master/ PhD kelihatan gelisah dan sedikit boring. Kenapa keghairahan mengharungi hari2 sebagai calon Master / PhD makin hening? Ko baru calon…. belumpun sampai hari yang mana panel VIVA mengundi utk memilih samada ko PASS with MAJOR or MINOR.

Jadi jgn boring bro !

Sebelum aku menulis lanjut …. aku nak ko perhatikan kanak-kanak bermain. Lihat wajah mereka…. adakah mereka gelisah? Adakah mereka boring? Mereka enjoy... ketawa…. tak macam kebanyakan calon master / PhD… banyak moyok dari seronok !

Hidup kanak-kanak enjoy…. fun dan funny. Tanpa mainan pun mereka enjoy. Lihat kanak2 yang berlonggok di barisan belakang masjid dan surau…. dgn jari sepuluh pun mereka boleh main… diiringi bermacam2 lagu yang mereka cipta. Kalau jumpa kotak kosong pun mereka boleh main dan buat macam2…. Sebab otak mereka penuh dengan kreativiti… sangat fokus dgn apa yang mereka buat… leka berjam2… mereka enjoy apa yang mereka buat…. collaborated lagi….. sehingga bermain yang boleh dianggap sebagai ROUTINE itupun mereka sentiasa belajar SOMETHING…. 

Ko lak camner? Semuanya macam ROUTINE jugak ke? Routine yang lama2 … boring… dan kadang2 byk confusing dari dapat something ?

Kalau ko memang rasa spt diatas…. Aku nak ko fikir begini. Ko berada dipuncak ilmu dan dalam persediaan untuk menyumbang sesuatu dalam bidang ko melalui penyelidikan yang ko jalankan. 

1. Disini lahirnya sebuah cinta

Ko mesti belajar melahirkan sebuah cinta. Dgn cinta… keghairahan akan berterusan, bukan hanya satu simpton yang hilang bila terdampar mencapai climax. Cinta membuat ko terus ghairah.... berterusan... dan keghairahan ni membawa kepada kesanggupan utk berkorban masa, tenaga, tumpuan dan wang ringgit. 

Jika ko bersama yang dicintai… masa 3 jam terasa spt 3 minit. Ko akan fokus…. dan tak sabar utk bertemu lagi dan lagi dan lagi tanpa jemu. Ko akan pastikan semuanya perfect…. 

Namun.... jika ko tak rasakan semua ini… cinta ko makin pudar…ko kena pugar…. lakukan sesuatu wpun sukar !

2. Ketahuilah kelebihan ilmu…. 

Ko manusia terpilih. Ko dipilih menjadi calon…. utk menimba dan menyumbang ilmu. Tiada yang lebih baik dari mencintai ilmu…. menimba dan menyampaikannya…. 

Mencintai manusia…. manusia punya banyak kekurangan…. Mencintai ilmu… ia akan membawa kelebihan… Know what you don’t know… is knowledge and even statistics should be based on knowledge… not number alone.



3. Pelbagai sumber….

You are not alone. Ko ada kawan, DSG, SV, lecturers, reading materials, workshop. Buatlah pelaburan masa, fikiran dan kewangan utk menimba apa sahaja dari pelbagai sumber tersebut sebagai bukti cinta ko utk mendapatkan ilmu. 

Dua minggu lepas aku joint bengkel SMARTPLS… duduk depan meja penceramah… barisan nombor 1 lagi…. Sekali sekala terkena tempias air liur penceramah tersebut… tak apa... demi mendapatkan dan mencintai ilmu dan somehing new !

4. Mudah dan murah….

Ini kisah cinta utk mepelajari sesuatu yang baru…. aku ada kawan yang pergi ke German bbrp tahun lepas utk blaja SmartPLS… (sebab tak ada di Msia ketika itu) dgn pelaboran puluhan ribu ringgit. Bayangkan … dgn pelaboran sebanyak itu sekarang…. ko dah boleh masuk pelbagai bengkel… dari SMARTPLS… hingga basic SPSS….. proofreading, article writing and publication…. yang diadakan saban masa…. 

5. Master / PhD adalah hobi
Jika ko enjoy apa yang ko buat…. seronok dan tidak pernah puas…. Master / PhD ko akan bertukar menjadi hobi… hobi yang serious tapi penuh dgn excitement…. Yang dikongsi dgn ratusan ribu lagi postgraduates seluruh Malaysia malah seluruh dunia !!! Ko patut berbangga memiliki hobi yang digilai dan dicemburui di seluruh dunia... yang akhirnya membawa gelaran Dr.

Ini post terbaharu dalam DSG yang dipost 3 jam lalu... Tahniah Sofia Hayati Yusoff. 

“Alhamdulillah.. I have passed my viva. 2 months is given for corrections. Tq all for the support and prayers..” Sofia Hayati Yusoff

Setiap hari ada sahaja post seperti ini…. ko bila lagi?

OT 

Tajuk 645:Postgraduate: Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini - Bhg 2

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. PhD bukan matlamat, tapi satu tiket utk perjalanan yang akan mengubah hidup anda… dari pengikut kpd pemimpin… dari pelajar kepada pengajar … dari hanya menerima kepada terbuka ruang utk memberi… 

Transformasi adalah satu perkataan yang berat. Menghasilkan filem 2D ke 3D satu transformasi. Mencetak buku teks ke penghasilan courseware satu transformasi. Menjadi penyabar dan pemaaf dari seorang yang pemarah juga satu transformasi. Dari undergrad ke postgrad memerlukan transformasi... dari first degree ke master ke PhD.... sudah pasti memerlukan transformasi diri !

Salah satu langkah menjayakan tranformasi adalah “membuat pilihan” yang memungkinkan berlaku atau tidaknya transformasi tersebut. 


Hanya anda sahaja yang memiliki keistimewaan tersebut… SV atau aku atau orang lain hanya boleh memberi sedikit motivasi !!

Maybe beberapa contoh mudah ini boleh menjelaskan maksud aku.

Terdapat peserta bengkel aku yang hilang skill yang diajar sementara sebahagian lain peserta dari bengkel yang sama, berjaya menguasai dan terus mengamalkannya.... sambil mampu punya mengajar... !!

Apa perbezaan mereka ini?

Inilah pilihan. Ada peserta yang membuat pilihan utk tidak praktiskan apa yang diajar sebaik sahaja selesai bengkel. Mereka pilih utk relex brother relex...biarkan dulu masa berlalu, memilih untuk menyatakan "nantilah..", "lama lagi" 
“ini susah, itu susah’ sedang hal yang sama tidak berlaku kepada peserta lain, malah peserta lain tersebut memilih utk mengambil inisiatif terus mencuba dan mencuba maka sekali menguasai mereka akan terus menguasainya ! 

Aku juga terima bbrp PM yang panjang lebar bertanya kaedah persampelan X yang mereka gunakan. Bila aku kata yang mereka gunakan itu salah, lantas mereka panic… Bila aku kata, apa yang mereka buat tersebut adalah teknik Y… maka bertambah panic lagi…. Lalu merayu meminta penjelasan demi penjelasan… demi penjelasan…. Persis kanak-kanak merengek bila mendengar motosikal aiscream dengan lagu “Mat Kool” lalu depan rumah ! 

Come on bro….Ini bukan pilihan utk membuat pembedahan atau tidak yang melibatkan kepakaran dan nyawa orang lain…. tetapi hanya melibatkan pemilihan mudah…. Memilih utk menguasai sesuatu yang mudah dan asas.... yang dapat dikuasai oleh sesiapa sahaja… memilih untuk membaca sekali, dua kali, hatta 10 kali tentang sesuatu konsep... dari beberapa sumber (on atau off line) bukan terus buat slamber.... sambil mengeluh kenapa semuanya susah belaka?

Minta maaf….. bila ada yang PM …. Apa beza SPSS dgn Mendeley? ATLAS.ti tu peta ker - apa kena mengena dgn PhD ? Jika sekadar nak tahu apa itu Mendeley atau ATLAS.ti pun malas nak “google” ...Lu fikirlah sendiri tahap transformasi mereka ini !!

Lihat apa yang berlaku antara jam 7 – 8 am setiap hujung minggu. Jika ada 100 orang, hanya 5 orang memilih utk berjogging, memilih utk membuat senaman…. sedang 95 lagi memilih utk sambung tidur…. memilih utk tidak berbuat apa2…. dan kemudian pura2 panic bila cholesterol mencanak naik, sedang kesihatan semakin menurun !

Mendapat PhD memerlukan satu transformasi. Mulakan dgn membuat pilihan yang membawa kepada transformasi tersebut. Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan membuat pemilihan bagi diri sendiri…

OT

Tajuk 644: Postgraduate: Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini - Bhg 1

Dua hari ini agak tight. Aku masih di Kuching…. tp masih sempat mencoret sesuatu. 

Kepada semua postgraduate….. 

Hanya anda sahaja memiliki keistimewaan ini... satu perkara yang jika anda capai akan mengubah hidup anda SECARA SIGNIFIKAN….berterusan dan maybe secara “drastic”. 

Paling istimewa…. hanya anda sahaja yang boleh mencapainya sedang orang lain hanya melihat dari jauh dan dari kejauhan….penuh envy dan maybe sedikit jeles!

Apakah dia agaknya? 

Tak tahu?

Masakan anda tidak tahu.... itulah PhD !!

Kenapa plak?




Tanyakah kawan2 anda yang spt hilang punca…. tertekan…. takut…. resah dan gelisah…. spt kelam semuanya dihadapan…..bukan sehari dua... bukan sebulan dua tetapi bertahun....

Sebaik sahaja lulus VIVA… maka semuanya itu spt fatamorgana sahaja…spt mimpi semalam.....mulai beransur hilang !!

Dan sebaik sahaja anda mendapat surat senat menyatakan anda layak bergraduate…. dgn mendapat ijazah kedoktoran.... maka fatamorgana yang beransur hilang tadi … bertukar menjadi kegembiraan yang tidak terucap…. kelegaan yang tidak bertepi…. maka bermulalah satu episod baru dalam hidup anda….. dan hidup anda serta merta berubah ! Secara tiba-tiba anda tidak lagi di panggil Puan Fazrina, En. Faez sebaliknya Dr. Faz dan Dr. Faez...!!

Anda akan melalui episod transformasi… jika anda menjadi pensyarah….dan penyelidik di mana sahaja…. kajian anda kini hanya dibatasi langit dan bumi sahaja. Berkaryalah…. menyumbanglah…. dan berikanlah bimbingan kepada yang masih bergelar calon PhD…. 

Percayalah…. PhD akan mengubah hidup anda dgn perubahan yang mungkin tidak anda mimpikan selama ini…GO FOR IT !!

Othman Talib
Kuching International Airport

Tuesday, August 19, 2014

Tajuk 643: Apa ler pulak jurnal Q1, Q2, Q3 dan Q4?

Akan ada IPTA wajibkan pelajar master mesti submit paper Q3/Q4 manakala PhD pula Q1/Q2.... misalnya...

Amende ler tu? 




Q adalah quartile, pengiraan berdasarkan sukuan (25%) mengikit ranking IF dalam bidang / field yang sama. 

Aku bagi contoh. 

Katakan ko nak banding jurnal dalam bidang computer and education... ada 8 jurnal A - H dgn ranking mengikut IF spt berikut mengikut urutan [Jurnal] [IF] [Q]. Perhatikan jurnal A, B berada dalam 25% top... dan G, H 25% bottom.

A  3.22  Q1
B  3.10  Q1
C  2.76  Q2
D  2.66  Q2
E  2.45  Q3
F  1.90  Q3
G  0.54  Q4
H  0.34  Q4

Maknanya pelajar master boleh hantar artikel ke jurnal E,F,G,H atau yang lebih tinggi. Pelajar PhD hanya boleh hantar je jurnal D, C, B, A sahaja.

Yang ini kalau tak faham.... kena up grade RAM !!

OT

Tajuk 642: Fahami Impact Factor (IF)

Aku lama dulu dah menulis pasal JCR, indexed spt scopus, dan IF yang sering disebut oleh pihak universiti / SV utk menilai tahap artikel yang dihantar, termasuklah utk kenaikan pangkat.

Zaman dah berubah… kalau dulu ko boleh naik pangkat asal ada jurnal artikel, tak kisahlah dimana artikel tersebut diterbitkan. Tapi la ni jgn main2…. skit2 terkeluarlah perkataan high impact journal.

Apa itu IF?

IF adalah - average number of times articles from the journal published in the past two years have been cited in the reference year.

Jika sebanyak 155 artikel dalam jurnal A pada tahun 2010 dan 2011 diterbitkan dan sebanyak 800 kali keseluruhan jurnal tersebut dicited maka :

IF = 800 / 155 = 5.16 (utk tahun 2010 - 2011)

Jika sebanyak 200 artikel dalam jurnal A diterbitkan pula pada tahun 2012 dan 2013 dengan sebanyak 1500 kali keseluruhan jurnal tersebut dicited maka :

IF = 1500 / 200 = 7.50 (naik lah IF...utk tahun 2012 - 2013)

Journal yang tak ada IF bukan bermakna tak ada yang cite... tapi journal tersebut maybe hanya di indexed sahaja.... sebab terlalu kecil IF... buat abeh bogheh jika nak kira.... 

OT

Tuesday, August 12, 2014

Tajuk 641: APA ITU COACHING FEEDBACK ?

Byk feedback yang unhelpful spt:

Pertama.
Feedback yang mengandungi maklumat yang hanya diketahui oleh pemberi…. Tapi lansung tak ada idea bagi penerima. Contohnya… “Bagaimana nak publish paper kalau macam ni lah objektif kajian awak?”. Manalah “budak” tu tahu, baru nak buat objektif kajian dalam proposal….dah dapat feedback cam tu…

Kedua
Feedback yang jump to conclusion macam….”Kalau macam ni LITERATURE REVIEW yang awak tulis, tak lepaslah PhD awak”… baru nak tulis LITERATURE REVIEW dah terus buat kesimpulan yang sadis... sentap 2 minggu tak lalu makan !

Ketiga:
Feedback pujian-pujian pun tak akan … spt “Well done !”, “Gud job”…. Ntah apa yang well done dan gud job tu…. kembang kuncup "budak" tu..... tapi amende yang well done diapun tak tahu !!

Keempat:
Feedback negatif “Sapa ajar u tulis finding macam ini?” pun tak akan membantu.... tapi akan mem"batu"kan penulisan pelajar..

COACHING FEEDBACK

Maka kepada bakal2 SV….. belajarlah membuat feedback berbentuk coaching…. bukan main lesing jer….

Contoh coaching feedback:
a. “RESEARCH QUESTION ini perlu tally dgn objektif kajian yang u buat”

b. “Betulkan objektif dengan memasukkan variable kajian”

c. “Sila rujuk artikel Author (2013) atau sebarang artikel e-learning utk dapatkan operational definition”

d. “Perlu baca juga tulisan Mayer dari tahun 2000 – 2004 utk tahu asas pembinaan teory ini”

e. “Well done… the way you synthesized the argument to support you thesis statement here is superb !”

Susahlah macam tu. 



Memanglah susah, SV pun kena baca juga kajian pelajar dan bahan lain yang releven... baru boleh jadi coach yang baik.... kalau setakat bagi feedback gitu2 jer.... baik tok sah...

Jadi coaching feedback adalah perkataan yang ko kena pegang dan atas alasan yang sama juga mengapa sebahagian SV tak tahu nak beri komen atau feedback…. tapi lebih nak tunjukkan kesalahan sambil sambil menonjolkan diri sendiri…. ini juga berlaku masa defend proposal dan viva !!

Maaf sebab sedikit berterus terang.... tapi niat aku satu.... supaya bakal2 SV memahami bahawa tugas SV bukan mudah hanya kerana ko dah ada PhD, DBA, EdD dll yang setara....

Tiga element dalam COACHING FEEDBACK :

Aku sedar tak ramai yang kisah pasal feedback. Apa yang penting dapat beri feedback dan satu pihak lagi dapat feedback. Lepas tu pandai-pandailah nak dibuat apa dgn feedback tu…

Aku tak terkata bila dapat respon yang menyatakan feedback yang diperolehi spt berikut:
"ayat kamu ni x sedap” , “x cukup lg nie” , “ kena baca lagi”, “kena perkemas lagi”. dll yang sewaktu dengannya. Ini bukan aku yang reka…. tapi dari respon yang aku terima…. 

Feedback di atas menunjukkan satu indicator bahawa pemberi feedback sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan, apatah lagi yang menerimanya…. so tak wujud coaching atau supervision disini. Jika tak wujud supervision…. maka sukarlah penerima utk melakukan improvement !

Jadi sebelum bagi feedback, fikirkan tiga elemen ini… supaya feedback mempunyai unsur coaching.

Pertama:
Apakah tujuan feedback yang diberi? 

Kedua: 
Adakah feedback akan difahami penerima?

Ketiga:
Move from ganeral feedback to specicific one !

Jika ko main bagi feedback jer….. fuhh…. tunggang langganglah dunia supervision
Secara ringkaskasnya…. Pls be THOUGHFUL before giving any feedback..

OT

Tajuk 640: SV, SUPERVISEE dan FEEDBACK !!

Feedback bermaksud (dgn izin) helpful information / comment that is given to someone to inform / say / instruct in written or verbal form what can be done to improve / modify a performance / product the next action.

Kita semua sering mendapat feedback… esp. bila hantar kertas peksa….ini feedback yang formal…. dan sering ditulis dgn pen merah oleh cikgu. 

Feedback adalah satu instrument / process / medium yang teramat pentingnya dalam dunia supervision….. antara SV dan supervisee….. sebab supervisee perlukannya utk memperbaiki perjalankan research dan penulisan thesis. Feedback antara SV dan supervisee selalunya berlaku secara informal.

Jadi apa masalahnya? 

Tak adalah masalah jika feedback tersebut mencapai maksudnya….spt definisi operasi di atas…dan diberikan dgn teliti utk difahami dan dilaksanakan oleh penerima.

Namun…. satu nasihat kepada diri aku dan bakal2 SV…. bahawa terdapat 11 situasi yang menjadikan feedback…. wpun penting , tidak membawa banyak makna… khususnya dalam situasi informal… written mahupun verbal…. apatah lagi tak ada pulak rubric atau skema markah atau skor utk dirujuk…. 

Moga bakal-bakal SV belajar utk tidak melakukan 11 perkara ini….

Pertama:
Bila feedback berlaku secara informal…. maka wujudlah feedback yang confusing… samada isi yang dikomen nak diperbetul, diganti atau bagaimana?

Kedua:
Selalu juga…. feedback yang diterima hanya difahami oleh SV yang expert…. tidak tercapai aqal dan kefahaman supervisee… yang novis yang menerimanya. So terngaga jer lah dulu…. nak tanya takut kena sergah !!

Ketiga:
Bukan sahaja confusing …. kadang2 vague….. tak tahu apa sebenarnya perlu dilakukan utk improvement.

Keempat:
Ada juga feedbacak yang contradict antara satu sama lain. Mula2 bagi feedback suruh buat B then lepas buat B dapat feedback suruh buat A semula !

Kelima:
Tidak kurang juga berlaku, feedback main SV bercanggah dgn feedback co-SV… wo wo wo…. tercepit lah ko ditengah-tengah…. 

Keenam
Wujud juga feedback yang tidak relevan….. contohnya… “Saya pergi London next week…” Atau “kat mana u beli kertas A4 ni?”

Ketujuh:
Emmm…. terdapat feedback yang “merendahkan” penerima ….. tak perlulah aku bagi contoh kat sini… kecualilah ko sukarela nak bagi contoh ko sendiri… sedih tau !

Kelapan:
Feedback sangat ringkas spt “?” atau “!” …. tu jer !

Kesembilan:
Maybe ada juga feedback yang membawa maksud “Lu fikirlah sendiri”

Kesepuluh:
Feedback yang minta feedback !!

Kesebelas:
Lansung tak ada feedback !! Hu hu

OT

Tajuk 639: PhD / Master dan ranking dunia....Maafkan jika aku berfikir begini...

Anda ingin belajar ke luar negara? Pastikan anda mendapat tempat di universiti dgn ranking 100 terbaik dunia.... 

Jika hanya bersandarkan ranking 100 terbaik dunia... otak pentium 5 aku terfikirkan perkara berikut:

Pertama:
Mendapat tempat di universiti ranking 100 dunia, belum tentu secara otomatik pelajar akan mendapat SV yang juga hebat dan bertaraf dunia. Tidak mungkin semua SV di satu-satu universiti wpun ternama..... semuanya hebat. Tentu ada yang biasa2 sahaja. 

Kedua:
Universiti dalam ranking 100 yang didambakan maybe ternama bagi fakulti tertentu dan bidang tertentu bukan semua fakulti, semua bidang, semua kemudahan atau semua SV.

Ketiga:
Universiti yang kurang ternama dgn ranking yang maybe lebih rendah juga mempunyai SV atau researcher yang tersohor kehebatannya dalam dunia akademia. 

Prof Treagust adalah tokoh world class tersohor dalam bidang Chemistry / Science Education tetapi menjadi Professor di Curtin University of Technology (CUT), Perth selain menjadi Pengerusi SMEC (Science and Mathematics Education Centre), sebuah university luar ranking 100 terbaik dunia. Pelajar science / chemistry education seluruh dunia mencari beliau utk berguru. 

Keempat:
Ranking university boleh berubah2 malah telah kedengaran ia boleh dimanipulasi…

Kelima:
UM adalah univerisiti ranking 1 di Malaysia tetapi berada dalam 401 – 501 ranking dunia. Jika ini dijadikan ukuran…. Maka keutamaan menghantar graduan ke obersi hendaklah universiti ranking 400 terbaik dunia, bukannya 100 spt yang diberikan perhatian sekarang. Kenapa? Sebab universiti dgn ranking 400 pun dikira lebih baik dari UM…. apatah lagi UKM, UPM dll yang rankingnya lebih rendah dari UM !!

Keenam:
Cer ko selidik researcher tempatan yang ternama dalam bidang masing2 sekaran ini.... yang tersohor dan mempunyai track record yang baik.... adakah mereka tersebut graduan dari 100 university ranking dunia atau bukan? Tentu pelik jika graduan dari IPTA tempatan jauh lebih tersohor dan mendapat banyak pencapaian yang hebat dari yang pernah belajar di university 100 ranking dunia.

Ketujuh:
Oklah.... baik juga jika ramai yang berpeluang mendapat tempat di university 100 ranking dunia khususnya pulang sebagai "Dr". Namun, kehebatan ini tidak akan membawa banyak makna jika "Dr" tersebut tidak meneruskan kehebatannya dalam dunia research tetapi sebaliknya hanya memegang jawatan pentadbiran...

Kelapan:
Tentu banyak budget utk belajar di mana2 100 univesity terbaik dunia.... harap2 berbaloi bila balik ke Msia.... bantulah naikan ranking IPTA pula.... jgn ada yang tak balik sudah lah....

Maafkan jika aku tidak berfikir spt cendiakawan yang lain... mungkin kerana aku tidak belajar di universiti 100 terbaik dunia..... 

Akhirnya .... aku tak ada masalah dgn 100 university terbaik dunia.... tahniah dapat belajar di sana .... begitu juga tahniah kepada semua pelajar dimana sahaja dalam mahupun luar negara..... kerana anda adalah aset negara masa depan....

OT

Tajuk 638: Respon aku - ADVICE TO POTENTIAL PhD CANDIDATE

ADVICE TO POTENTIAL PhD CANDIDATE

Artikel yg di terbitkan oleh The Star. Sedikit respon dan tambahan.

1. If you are planning to do your doctoral studies just for the “Dr” title - don’t.

Title “Dr” adalah antara motivation terkuat utk mendapatkan PhD. Sapa boleh nafikan? Bezanya, tidak ada byk makna title tersebut jika berhenti membuat penyelidikan selepas mendapat title “Dr”.

Tanpa title "Dr", saya percaya... (wpun tak ada statistik) maybe ramai pensyarah di IPTA / IPTS tak kisahpun nak ambil doctorate degree...

2. If you want your supervisor to suggest the topic for your research - you are not ready for it. It has to be your thesis not your supervisor’s thesis.

Dalam dunia yang multitasks, multidisciplinary, collaborative, networking, 
lot of research grants…. byk kajian boleh dijalankan dgn idea yang “sepakat”. 

Tidak boleh buat tesis yang hanya SV atau calon sahaja yang ada kepakaran. Sebab itu calon diberikan SV dalam bidang yang more or less the same… dalam fakulti yang sesuai …. TESL tidak boleh berada dalam Department of Chemisty atau sebaliknya. Dgn pengalaman, SV masih boleh cadangkan topik yang lebih tip top dan relevan… 

3. If you are thinking how quickly you can finish it before you start, you need to think again about your commitment to your studies.

Dunia penuh sekarang penuh dgn research tools…. maybe macam CSI. Kalau dulu nak analisis chemical spectrum dalam lab makan berbulan2, preparation thin layer chromatography (TLC) lagi…. nak extract pula berminggu… kena calibrate bagai….(saya pernah tidor dalam lab !!). 

Kini dah ada computerised high pressure liquid chromatography dan tools lain yang canggih…. Semuanya berlaku dalam beberapa jam sahaja. Dan ini tidak terkecuali dalam social science…terdapat byk software yang boleh membantu accelerate your journay....spt MENDELEY, ATLAS.ti...

4. If you think you can farm out to others to do your literature review, research work and statistical analysis, there will be neither pride nor sense of accomplishment in completing your work. No matter what, those who did your work will know your true worth. And others will hear of it.

Ini boleh sahaja berlaku dalam dunia research. Dalam collaboration research terutamanya yg dilakukan oleh sekumpulan pensyarah…. theory dan analisis data dalam team research tersebut mungkin dilakukan oleh researcher yg berbeza… but the findings are theirs.

Dalam membuat Phd pula... ada pengecualiaan spt dalam sains.. terdapat kajian yang melibatkan contohnya “radioactive”…. Calon hanya hantar sample (katakan ke MINT) dan hanya tunggu dapatan utk buat interpretasi data sahaja. 

Namun nature research doctorate mestilah sepenuhnya kajian boleh dilakukan sendiri oleh calon (kecuali dalam sesetengah kajian sains)… maka menjadi tjawab supervisor juga memastikan calon menjalankan kajiannya sendiri.

5. If your choice of university is one that you think will easily pass you, you have no belief in yourself. You are not worthy of the title.

Saya berpendapat… isu plagiarism (termasuk di university ternama) adalah isu yang lebih serious.

6. If you are ready to see yourself as a learner, a researcher, one who wants to deepen your knowledge and honestly contribute to your field, then take up your doctoral study.

Agreed !

7. There seems to be target set on now any PhD holders we want in Malaysia by a certain date. Let’s not go down the numbers track in this race. Let’s settle for the quality of the doctoral thesis and not the sheer meaningless quantity.

Bila IPTA bertambah, IPTS wujud disana sini…. Tentulah quantity calon PhD akan bertambah…. so we also need quality supervisors too… 

OT

Thursday, August 7, 2014

Tajuk 637: Tahu tak apa itu system thesis dan theory thesis?

Post ini utk berkongsi info kepada bakal SV…. samada dari aliran pure sciences mahupun aliran social science.

Calon master /PhD dari aliran pure science (spt engineering, Physics, Chemistry..) perlu membuat "system research" (research berdasarkan sistem) manakala calon dari social science (spt education, management, religion, psychology..) pula perlu membuat "theory research" (research berdasarkan theory).. 

Ko faham tak ni?

Sebelum tu jgn tak tahu….. aku bertuah sebab berkesempatan membuat kedua2nya – system dan theory researches.

Amende tu?

System Research:
Oleh kerana aku dari bidang Chemistry… iaitu pure science, maka aku membuat thesis lebih kepada sistem…. Thesis final year aku adalah mengkaji tahap dan punca pencemaran sistem air sebuah muara sungai. 

Aku mengkaji sub-system sungai tersebut dgn parameter spt pH, BOD, COD, temperature, heavy metal dll…. pH (bukan pHD) air adalah sub-system yang melibatkan perubahan pH air mengikut concentration ion hidrogen …. tanpa perlu mengupas theory yang menjela2 untuk menyokongnya sebagaimana dalam social science.

Keutamaan research system adalah implementation spt penghasilan prototype, algorithm atau simulation yang cuba membetulkan masalah, kelemahan dalam system secara direct. Kajian dalam sistem yang dijalankan menggunakan data pada skala ratio yang selalunya diperolehi dari instrument yang precise… maka tak ler pening kepala nak justify validity dan reliability dgn segala macam tok neneknya.

Kesukaran system research adalah menghasilkan “new solution” to “real problem” !



Theory Research:
Kemudian aku melalu satu transformasi…. beralih dari pure science kepada social science, lebih tepat education. Maka bermulalah aku menjadi seorang theoretician. 

Theory research sering melibatkan “hypothetical problem” yang cuba “diselesaikan” dgn penghasilan model, modul, prosidur, new approach, new stting atau new instrument….

Jika system research bergerak kehadapan, menyelesaikan masalah semasa yang real , maka theory research banyak bergerak kebelakang mengupas theory2 yang releven sebelum menyelesaian masalah yang lebih berbentuk “hypothetical” berbanding real. 

Inilah sebabnya thesis science selalunya lebih nipis. Straight forward berbanding thesis social science…

Ingat….. calon dgn background system (pelajar-pelajar aliran science) boleh membuat theory research (education, management, IT application…) kerana sifat pengetahuan bidang social science yang tidak teknikal ….. tetapi amatlah jarangnya calon dgn background theory (pelajar aliran social science) utk membuat system research kerana memerlukan pengetahuan teknikal yang mendalam. 

Contohnya …. seorang jurutera boleh membuat research tentang "management" tetapi seorang ahli sejarah tidak boleh buat system research spt dalam "engineering"..

Moga sedikit perkongsian ini dapat membuka satu lagi ruang pengetahuan dalam minda bakal2 SV.....sebab apa yang aku tulis ni confirmed tak diajar dalam kelas Research Methodology....

OT

Tajuk 636: Mencari research gap - Aku kahwin empat... ko bila lagi?

Tak abis lagi dgn gap. Masih ada yang bertanya dgn alasan dah pening kepala mencari gap.

Gap ni macam satu “kekurangan” dalam kajian-kajian lepas. Mudahnya mencari "kekurangan" orang lain…. begitulah mudah mencari "kekurangan" kajian2 lepas… so jgnlah sampai pening2 kepala. 

Itulah sebabnya aku suruh ko kuasai Mendeley, supaya ko boleh terokai apa sahaja…. termasuk melakukan pencarian gap dgn satu teknik yang aku dah lama cadangkan - hybridization atau kahwin campur !

Idea hybridization ni tercetus lama dah…. sebab itu banyak kajian aku menggunakan hybridization termasuk kajian mobile application terbaharu aku OTRA (Organic Transition Reaction Apps) yang melibatkan animation + behaviourism + multimedia + mobile learning…. kahwin empat tu bro !!

Aku menulis semula tentang hybridization petang ni kerana ramai yang pening memikirkan tajuk…. belum lagi nak menulis proposal utk aku refresh idea tersebut, supaya dapat dimanfaatkan oleh calon2 yang baru mendaftar atau yang sedang terapung2 diawangan utk mendapatkan tajuk.

Sebelum ko berangan untuk dapatkan apa-apa tajuk…. lakukan literature search dalam bidang kajian ko sendiri terlebih dahulu. Teliti seberapa byk kajian yang walaupun berbeza perspektif dari segi theory tetapi mempunyai unsur2 / variables yang “overlapping” dan theory2 tersebut spt mempunyai tujuan yang sama…. 

Maaflah jika contoh aku masih dalam pendidikan. Constructivist learning theory misalnya dianggap sebagai theory “purba” kerana telah banyak mewarnai dunia pendidikan sejak lama dahulu. Kini dunia pendidikan sedikit berubah dgn kehadiran gadget yang membawa bersamanya mobile technology dgn feature seperti accessible anywhere, anytime; easy searching for information, user controlling and monitoring; instant notification dan exchange (downloading / uploading) data or information; mobile application etc.

Walaupun features ini tidak dihasilkan dengan mengambilkira constructivist learning theory (kerana dihasilkan bukan dari perspektif education) tetapi semuanya boleh memberi advantages kepada dunia pendidikan… dan mobile tech. spt menyamai matlamat distance learning. Oleh itu, keduanya boleh dikahwinkan – maybe dengan nama baru “constructivist mobile learning” for distance learning aka PJJ.

Hybridization ini akan menjadi extention kepada knowledge dalam kedua2 bidang (education dan mobile mobile technology) dan ini juga menambah understanding as contribution to knowledge spt menjawab persoalan “How to use mobile tech. in the most constructive and meaningful way ? atau “ In what way that mobile tech. can improve learning / understanding / engagament?” atau “how mobile tech. support effective conversations for learning?” 

Ko juga boleh kawinkan Multimedia Learning Theory dgn Mobile Technology dgn nama mungkin Multimedia mobile learning theory…. atau kahwinkan PCK dgn Mobile Technology atau PBL dgn Mobile Technology… dll.

Bukan dalam education sahaja, dalam bisness atau tourism pun boleh dikahwinkan dengan mobile tech. Contoh kajian spt “Mobile Electronic Guidebook for e-tourism business / management / hospitality” atau “The impact of mobile tech. on e-tourism bisness strategy / visiting behaviour” dll. Pendek kata kalau ko search dan membaca dalam bidang ko….. akan adalah artikel2 yang berbeza theory tetapi spt overlapping tujuannya atau variablenya yang boleh ko kahwinkan. 

OT

Tajuk 635: 10 kenangan di Kelas Research Methodology

Aku dulu adalah guru Kimia matrikulasi berbelas tahun. Aku tak ada degree mahupun diploma in education. Aku graduated in Chemistry. Jgn tak tahu, aku pernah kerja sebagai Chemist sekejap di Jabatan Kimia, PJ sebelum jadi guru Kimia.

Bila aku nak sambung master in education, aku terus diberikan status probation wpun belum memulakan pengajian ! Bila 1 st semester bermula….. masuklah aku ke dalam kelas Research Methodology (RM). Nampaknya kelas RM taklah sesusah mana… lagipun banyak buku rujukan sehingga buku Creswell dah macam jadi bible utk kelas RM. 1st semester macam honey moon jer… sebab aku ambil 2 paper… berbanding kalau SPM mahu 10 paper.... kalau Amalina dia ambik 17 ooo...

Lepas tu masuk 2nd semeter mulalah nak buat proposal. Masa ni barulah aku panic. Apsal agaknya aku tak tahu buat proposal sedang aku dah masuk kelas RM?

Aku nak senaraikan kenapa ini berlaku…. berdasarkan pengalaman exclusive aku:

1. Kelas RM adalah pengetahuan umum bagi pengenalan kepada aspek2 penyelidikan. Jika yang diajar itu umum sahaja, maka focus aku pun jadi tumpul. Maksudnya aku tahu apa yang di ajar tapi aku tak faham bagaimana nak apply apa yang aku tahu dalam research aku …. !

2. Bermulalah aku mencari tajuk….bila ditanya oleh lecturer tajuk kajian. Maka aku dan kawan2 pun mencarilah sesuatu yang “original” yang kununnya tidak lagi dibuat oleh pelajar lain…. Sambil tu mengharapkan ianya menjadi satu research gap. Maka lagi feninglah aku nak cari yang “original” tu ! Maka aku terfikir utk buat kajian pasal modul dalam pengajaran Kimia…. sebab aku agak-agak tak ada kajian tentang perkara tersebut… aku main agak-agak jer…

3. Dah dapat tajuk…. aku tak tahu apa dan bagaimana nak tulis dalam proposal, termasuklah latar belakang kajian, sebab tak pernahpun di ajar dalam kelas RM. Kalau aku tak faham teknik persampelan, aku boleh rujuk buku… boleh tanya kawan2….malah berlambak2 buku yang ada. Tak cukup dgn buku, bahan2 Internet pun banyak. Namun tak jumpa plak camner nak sediakan latar belakang, menulis problem statement…. operational definition dll tu…. sehinggalah ke penulisan literature review yang kritis.

4. Bila dah mula menulis…. timbul plak isu citation….. bila nak tulis citation depan, tengah atau belakang text…. pun tak diajar, bagaimana plak nak buat paraphrase, reprase, summarize dll lagi…. abis akupun tulis jer lah ikut sesedap tangan aku menulis. 

5. Aku masih ingat ada yang menyatakan kalau master mesti rujuk artikel 5 tahun kebelakang… tapi PhD mesti 3 tahun kebelakang! Kenapa ada perbezaan tu tak plak aku tanya…. cuma pelik sampai sekarang aku masih dengar benda tu…

6. Bila nak mula dapatkan artikel yang 5 tahun kebelakangan tu…. timbul la plak masalah pencarian artikel secara sistematik… sampai la ni aku percaya kelas RM tak ajar kemahiran ni… termasuk aplikasi asas spt Boolean… sdgkan pencarian artikel tu sepatutnya sebahagian dari RM …. 

7. Aku ingat lagi…. bila sampai nak tulis LR …. keluarlah ayat… According to X (2009) kemudian According to Y (2003)….hampir setiap permulaan paragraph…. Sebab tak tahu plak camner yang tulis secara kritis.. Pelik jugak… sebab aku kena fikir sendiri amende yang kritis tu sedangnya menjadi syarat penulisan LR yang baik…. sedang tak ada bukupun mengupas hal ini. Abis kat mana nak blaja? 

8. Ini bahagian paling best…. Kena siapkan bab 1 dulu. Apa lagi….. akupun mereka-rekalah lebih kurang objektif kajian dan pernyataan masalah dll yang ada dalam bab 1 sebab belum buat lagi pembacaan literature yang mendalam utk bab 2. Rupanya inilah yang paling menyakitkan kepala…. Sebab bila nak tulis bab 2 barulah tercari2 artikel yang parallel dgn objektif dan persoalan kajian …. terkial2 ! Masa ni nak tanya sapapun tak tahu… Aku terfikir gak.... kalau benda ni tak diajar dalam kelas RM, takkan diajar pulak dalam kelas statistik !

9. Kalau bab 2 dah tersangkut .. maka nak tulis bab 3 …. lagi takut !! 

10.Thesis statement? Aku baru tahu benda ni selepas tamat master aku… tak adapun dalam kelas RM sebut benda ni…. tanpa thesis statement… sampai kesudahan kepala aku asyik berfikir…. Apa sebenarnya kajian yang aku nak buat ni? Aku agaklah....… sampai la ni pun tak diajar bina thesis statement dalam kebanyakkan kelas RM.

Pelik.

Itu senario dulu2... sehingga aku beranggapan RM mengajar apa yang ada dalam buku tapi minta pelajar fikir dan buat sendiri apa yang tidak diajar dan tak ada dalam buku? 

Ko tak rasa cam tu ker?

OT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...